Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Penerbitan - Antara kesungguhan atau pengalaman semata-mata (Bahagian II/III)

Pedas yang perlu dirasa
Perkara "terbalik" yang sentiasa berlaku adalah Penyunting, malah Ketua Badan yang mungkin berjawatan sebagai "Pengarah Urusan" pada waktu itu turut sama menyunting bahan yang melibatkan ejaan semata-mata walau perkara ini boleh diselesaikan oleh editorial. Ejaan, tatabahasa malah ayat-ayat yang perlu ditulis contohnya jarang diambil berat oleh editorial. Bahkan ada yang tidak mengambil endah sekiranya artikel yang dipertanggungjawabkan hanya disalin daripada individu lain sepenuhnya (amalan copy-paste). Ini amat mengecewakan. Jika kita bercakap soal kualiti, malah ketulinan fikrah mahasiswa itu sendiri, tindakan juga turut sama mengiyakannya iaitu dengan menghasilkan artikel sendiri, bukan dengan cara plagiarisme. Merujuk tidak salah, kemudian mengambil bahan rujukan tersebut sebagai membantu malah menyokong artikel yang ditulis saya mengganggapnya sebagai percambahan fakta. Itu tidak mengapa bahkan digalakkan. Yang tertolak di sini ialah amalan menyalin secara penuh artikel individu lain, kemudian menyebarkannya tanpa menulis sama nama penulis asal tersebut. Ini yang sentiasa berlaku dalam Penerbitan. Malah saban tahun perkara ini juga yang berulang-ulang.

Sepatutnya Penyunting / Pembaca Pruf yang dilantik hanya melihat kepada permasalahan yang lebih besar iaitu melibatkan tajuk, fakta yang bercanggah dengan etika bahagian Penerbitan dan sekiranya ia menyentuh soal politik Malaysia atau Mesir tanpa asas. Atau melibatkan perkara politik yang "memberatkan" satu pihak sahaja. Malah penyiaran gambar-gambar yang kurang sopan juga ditegah dengan pendedahan aurat sama ada wanita atau lelaki. Perkara inilah yang sepatutnya beredar dibahagian Penyunting. Dengan kata lain, jika ia dapat dilaksanakan, tugas yang terpundak oleh semua krew akan dapat berjalan dengan selancar-lancarnya melalui bidang tugas masing-masing. Pun begitu, untuk menyerahkan bahan mentah tadi kepada Penyunting dan pihak persatuan sendiri (seperti Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM), sebaiknya melalui proses reka-letak dahulu melalui pereka-bentuk. Pereka-bentuk akan menjadikan ia sebagai sebuah buku yang hampir sempurna untuk tatapan Penyunting bagi melihat, dan melakukan proses editing sebaiknya. Dengan menjaga halaman muka-surat, kualiti persembahan, susun atur huruf yang teratur dan mempunyai cover, pereka-bentuk perlulah dalam kalangan yang mempunyai kecenderungan dan minat supaya tugas yang terpundak dibahunya dapat disusun dengan penuh cermat dan beretika.

Kerahan tenaga
Proses menerbitkan bahan makalah ini tidak berhenti di situ sahaja. Selesai penyuntingan artikel dilakukan atau bahan berkenaan yang melibatkan gambar-gambar, ia akan diserahkan semula ke bahagian pereka-bentuk untuk pembetulan terakhir. Di sinilah kesemua tugas-tugas yang selama ini terpundak pada semua krew yang menyediakan artikel akan tertumpu pada pereka-bentuk. Jika ada ralat, seperti isi yang lebih, tidak cukup, hilang atau sebagainya, pereka-bentuk perlu bertanggungjawan atas reka-letaknya itu. Jadi, di sinilah ia perlu cermat, malah bersungguh-sungguh sama untuk membuat recheck terakhir sebelum proses cetakan berjalan. Tidak kisah menggunakan apa-apa aplikasi seperti produk Microsoft, Adobe, Corel atau apa sahaja yang sesuai untuk bidang penerbitan kerana semua ini melibatkan kesesuaian dan kemahiran pereka-bentuk terbabit. Jika mahir kesemuanya, ia merupakan nilai tambah supaya dapat menghasilkan sebuah makalah yang baik, cantik dan tersusun rapi. Apabila berpuas hati, maka proses percetakan boleh dilakukan.

Jika anda pernah terlibat dengan proses cetakan, anda mestilah mempunyai sedikit-sebanyak berkaitan dengan harga, tempat dan format cetakan itu sendiri. Biasaanya jika Suara Kampus, kerana ia merupakan majalah, malah dianggap aktiviti penting sesebuah persatuan, ia dicetak dikilang dengan harga yang begitu besar dalam lingkungan LE 2500-3500. Malah lebih. Ia bergantung pada kuantiti dan saiz majalah itu sendiri. Jika buletin atau makalah picisan seperti risalah, ia hanya melibatkan proses fotostat sahaja tidak melalui pihak kilang. Ketika ini atau selama mana seseorang memegang tugas ini, ia perlu faham dan mempunyai maklumat ini. Jika tidak, perjalanan sebagai seorang "Pegawai Pemasaran" akan dianggap lemah, tidak aktif malah terlepas pandang sama sekali bidangnya sendiri.

Siap cetak sahaja, proses yang wajib dilakukan juga adalah pengesahan cop daripada pihak berwajib seperti PMRAM. Ia akan memudahkan proses edaran supaya dapat diperluaskan oleh pasaran-pasaran yang lain termasuklah untuk mengedar ke cawangan-cawangan lain selain daripada Kaherah. Selain daripada menyentuh isu keselamatan, setiap bahan bercetak yang lain, seperti iklan, pamflet dan sebagainya perlulah mendapat cop pengesahan pihak berwajib dahulu.

Penerbitan - Antara kesungguhan atau pengalaman semata-mata (Bahagian I/III)

Sekadar Picisan?
Walaupun orang kata cibisan, nampak mudah dan hanya sekadar biasa sahaja, hasilnya juga tidaklah hebat dan sebagainya, tetapi itulah penerbitan. Lebih-lebih lagi ia dikaitkan dengan tugasan kita ketika berpesatuan di Mesir. Walau kita mengatakan ia sukar, meletihkan dan pening tetapi orang sekeliling bukan mudah percaya bahkan orang akan melihat cara proses yang dilakukan nampak seperti "goyang kaki." Betulkah begitu? Tidak sama sekali! Seperti saya katakan sebentar tadi, ia memang sukar walau disekeliling anda mempunyai ahli jawatankuasa yang ramai bahkan ditambah dengan pengalaman yang ada tetapi anda akan rasa ia masih lagi sukar. Lebih malang jika tiada minat, usaha dan sabar berpanjangan.

Proses menghasilkan buletin atau majalah seperti Suara Kampus sebagai contoh, memerlukan langkah yang cukup lengkap iaitu daripada pemilihan anggota kerja atau disebut sebagai krew/editorial, sehinggalah kepada mereka yang bekerja untuk reka-bentuk layout dan pemasaran. Seawal proses iaitu pengumpulan tenaga kerja ini terpundak bawah Ketua Editor yang dilantik oleh Ketua Badan atau Lajnah masing-masing.  Kemudian, akan dilakukan mesyuarat untuk membincangkan kertas kerja secara lumat dan sebati dimana persetujuan perlu dicapai dalam beberapa perkara besar melibatkan rubrik atau isi kandungan bagi makalah tersebut. Bunyi sukar? belum lagi...itu hanyalah proses biasa iaitu bermesyuarat. Proses yang mencabar adalah ketika mana artikel yang diperlukan oleh Ketua perlu dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Di sinilah berlaku pelbagai ralat yang memungkinkan proses untuk diterbitkan menjadi masalah, ralat seperti lewat untuk cetak dan sebagainya. Untuk menetapkan tarikh, ketua perlulah memainkan peranan dengan melihat kewajaran sesuatu bahan tersebut dihantar pada tarikh tertentu. Contoh, jika menghasilkan majalah, sudah tentu tarikh dipanjangkan sehingga tiga minggu bahkan sebulan. Apatah lagi, sekiranya kekurangan krew untuk bertindak. Namun, bagi penghasilan bahan penerbitan yang sedikit atau nipis, masa yang diambil hanyalah seminggu atau kurang daripada itu seperti buletin dan risalah. Pendek kata, lihat pada rasional apakah bentuk yang kita nak hasilkan.

Kepenatan yang ditanggung
Proses menerima bahan yang lewat daripada tarikh asal menyebabkan kekalutan yang teramat bagi pihak Ketua Editor. Malah di sini juga, ketua perlu berkorban untuk backup kerja-kerja yang terbengkalai atau tidak dihantar oleh editorial yang lain. Bayangkan jika ada lima orang editorial tidak menghantar artikel, jadi Ketua perlulah menyediakan lima artikel tadi supaya dapat dikumpulkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Bagaimana jika lebih daripada lima? Sukar bukan? Begitulah suka-duka kerja berpersatuan khususnya pengalaman sedia ada sendiri. Pelbagai alternatif perlu difikir dan dilakukan seperti meletakkan tarikh kedua untuk pengumpulan bahan, meminta bantuan Timbalan yang dilantik dan sebagainya yang dikira sesuai supaya bahan yang ditetapkan sebelum ini wujud sebelum proses suntingan dilakukan. Bukan itu sahaja, Ketua juga bertanggungjawab dan berhak menyunting, menambah baik, reject, atau sebagainya mengikut daya dan pengetahuan masing-masing. Bahkan sebaiknya, Ketua turut sama berbincang bersama Penyunting terhadap artikel-artikel yang dihantar. Ia menambahkan kebaikan bagi kesemua pihak kerana terdapat suntingan yang lebih cermat dan baik sekiranya dilakukan secara berkumpulan.

Antara kesukaran tugas Ketua di sini ialah menetapkan atau menyelaraskan artikel yang dihantar mengikut format yang diinginkan seperti saiz fon, format spacing, jenis font dan apa-apa yang terbabit. Walaupun cara dikumpulkan mungkin berbeza iaitu sama ada melalui kemudahan e-mel, bahan softcopy yang disimpan dalam cakera flash, malah ada yang bertaip pada kertas, kesemuanya perlu diambil berat memandangkan tidak semua krew yang dilantik mempunyai pengetahuan yang sama dalam perkara ini. Memadai mereka menghantar, ia sudah cukup lega. Ketua Editor juga perlu menyelaraskan kembali pelbagai butiran yang bersangkut paut sesebuah artikel dengan bahagian kolum tertentu. Ia penting supaya kolum-kolum yang telah ditetapkan sebelum ini tidak bertindan dengan artikel yang tidak sepatut berada pada tempatnya atau mudah kata, salah meletakkan artikel pada kolumnya sendiri. Jika tidak, proses untuk memasukkanya ke layout mungkin menimbulkan masalah lain. Jadi, selepas daripada bahan dihantar, pastikan Ketua Editor menyemak dahulu sebelum menyerahkannya ke Penyunting!

Saturday, April 3, 2010

Isu Royalti — Cermin tahap pemikiran pemimpin Malaysia

Manusia dikurniakan pelbagai sifat. Marah, suka, minat, cemburu dan sebagainya. Sifat-sifat ini merupakan nikmat yang dicipta khusus kepada manusia supaya ia dapat menggambarkan bahawa makhluk itu ialah manusia, bukan makhluk yang lain. Apabila soal manusia, sudah tentu berbilang kaum sama ada Melayu sebagai bumiputera di negara Malaysia, kaum China, India dan kaum orang asli di pelusuk negeri. Mempersoalkan isu yang dibangkitkan ini iaitu "adakah negeri Kelantan layak menerima royalti" bukanlah isu yang terlalu kritikal sehingga ia boleh diheret ke mahkamah, apatah lagi mahkamah antarabangsa. Tidak perlu sama sekali sekiranya sifat yang ada pada manusia iaitu suka, toleransi dan faham antara satu sama lain, wujud dalam diri pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang. Bahkan istilah "isu royalti" ini sendiri tidak sepatutnya wujud dan berlegar sehingga menjadi perkara besar di Malaysia lantaran ia sudah ditandatangani pada 35 tahun yang lalu diantara Dato' Haji Mohamed bin Nasir (Menteri Besar Kelantan) bersama Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah (Ketua dan Pengerusi PETRONAS) pada waktu itu. Seperti mana juga pandangan beliau yang dilontarkan baru-baru ini ketika memberi penerangan royalti untuk rakyat Terengganu, beliau mengatakan "sepatutnya ia tidak timbul sama sekali sebagai isu kerana ia dah lama selesai iaitu perlu bayar atau tidak, keputusannya, memang PETRONAS perlu membayar kepada Kerajaan Negeri yang terbabit." Walaupun beliau merupakan ahli tegar UMNO dan sebagai pemimpin UMNO sehingga sekarang, tetapi sikap ini harus dipuji dan mendapat respons yang baik memandangkan beliau sendiri yang terlibat mengasas PETRONAS. Namun, Najib Abdul Razak sendiri memberi kenyataan yang dangkal dan tidak berfakta sama sekali ketika parlimen bersidang pada bulan Februari 2010 baru-baru ini di mana kerajaan Kelantan hanya berhak menerima wang ehsan oleh PETRONAS.

Cuba kita renung sejenak dan berfikir dengan waras, berpegangkan fakta yang berada di hadapan mata kita. Apakah tahap yang boleh kita letakkan kepada pemimpin yang sebegini rupa? Saya sama sekali boleh katakan tahap IQnya = 0/10! Jika kenyataan tersebut dibuat, apa guna perjanjian pada tahun 1975 yang lalu? Adakah perjanjian tersebut hanya bertempoh atau ada had tertentu? seperti agama had hari had hari? Atau kerana bimbangkan kerajaan Kelantan akan bertambah maju dek royalti diberikan? Soal jarak yang ditimbulkan iaitu melebihi tiga batu nautika sama sekali tertolak. Dalam perjanjian tersebut, perkara ini tidak timbul bahkan langsung diberikan kepada Kelantan sebanyak 5%. Sekarang saya jelas dapat melihat masih ada ahli parlimen yang tidak mementingkan sama sekali rakyat yang diperintah bawah kawasannya. Kalau sebut Kelantan, sudah tentu mereka mempertahankan hak. Bagaimana pula Terengganu? Baru-baru ini Menteri Besar Terengganu sendiri mempersoalkan kenapa hanya membayar wang ehsan menunjukkan beliau ada taring dan boleh "memakan mangsa" di hadapan. Tapi alangkah kecewa kerana taring tersebut tumpul bahkan mungkin hampir patah hanya kerana penumbuk ahli politik yang seangkatan dengan beliau sendiri apabila soal ini diketengahkan.

Baiklah, kita beralih kepada wang ehsan akibat daripada "Kelantan tidak layak menerima royalti" ini. Kenyataan ini sama sekali mengakibatkan perangai pemimpin UMNO yang selama ini dangkal, menyebabkan ia lebih lagi menampakkan kebodohan mereka sendiri. Cuba kita guna hujah secara logik akal, iaitu "jika Kelantan tidak layak menerima royalti, maka status Kelantan adalah sama dengan negeri-negeri yang lain seperti Selangor, Perak, Perlis, Melaka dan sebagainya, maka serahkanlah kepada negeri-negeri ini wang ehsan sama!."

Sedarilah, jika kerajaan pusat serius dengan gagasan satu Malaysia dan perjuangan Ketuanan Melayu yang dijulang-julang malah menjadi tema seumur hidup UMNO, silakanlah memberi royalti kepada negeri (Kelantan dan Terengganu) ini yang mana hampir 95% berbangsa Melayu! Jika kalian dan juga calon bebas yang menubuhkan PERKASA ini mahu memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu sehingga menjulang-julang keris, nah! Inilah masa kalian! Ingatlah, rakyat memerhatikan tindak-tanduk dan perilaku kalian yang berada di atas ini. Jangan mudah lupa, nampak rakyat yang berada di bawah adalah kecil menandakan kalian besar, bahkan kami sebagai rakyat akan melihat kalian juga kecil jika kami pandang dari bawah ini. Jadi, fikirlah wahai pemimpin yang bertuanankan Melayu! Jadi, jangan marah apabila kami tonjolkan sifat marah ini pada tempatnya nanti!

Friday, April 2, 2010

1 Malaysia, adakah kearah masyarakat yang bermuafakat?

Sebagai warganegara Malaysia, saya berbangga tanah air saya mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Masyarakat yang ditanam sekian lama tema kemurnian, adab dan toleransi oleh pemimpin tidak kira sama ada ia dicanang oleh pemimpin kerajaan mahupun pembangkang menandakan kedua-dua figure ini serius dalam menanam benih cintakan negara berasaskan pemuafakatan. Suasana ini amat dirasai apabila sesebuah negeri memainkan peranan penting untuk menarik pelancong mahupun pelabur berkunjung ke negeri masing-masing. Ketika itu, akan terdapat promosi yang melihatkan bahawa Malaysia "Unik", "Harmoni" "Masyarakat Sopan" dan sebagainya. Perkara ini merupakan inisiatif sendiri oleh bahagian pelancongan bagi setiap negeri mahupun negara bagi mempromosikan negara Malaysia di mata dunia. Ia berterusan sehinggalah sekarang. Namun, disebalik celah slogan-slogan tersebut, rakyat sendiri tertipu dan mula mempersoalkan slogan ini (lebih-lebih lagi waktu sekarang). Manakan tidak, pelbagai isu dan kes yang terpapar di hadapan kita saban hari mengaitkan isu perkauman dan kebobrokan pemimpin malah penjawat awam. Malaysia sama sekali dipandang serong oleh dunia yang lain kerana gagal atau lambat atau lembab menanggani kes yang serius di mana melibatkan isu perkauman.

Apabila isu perkauman ini timbul, rakyat yang celik fikiran iaitu tidak menganggap media massa dan lidah pemimpin sebagai "modal berkuasa" amat-amat ditagih. Kenapa? kerana ia menandakan level fikiran rakyat tersebut adalah matang dan mengambil berat soal isu disekeliling mereka sendiri. Isu perkauman yang bermula dengan Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, mula merebak dari mulut hingga tindakan sehinggalah bertindak membakar tiga buah gereja dan dua masjid!. Sedangkan secara jelas dan berhemat, kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS) adalah kenyataan yang "menerang" bukan "menyerang" dimana, orang bukan Islam, boleh menggunakan kalimah Allah. Saya yakin, keterangan yang telah dikeluarkan oleh beliau bukan berteraskan politik semata-mata bahkan ia menunjukkan kredibiliti beliau sebagai ulamak dalam mengupas isu semasa sekaligus memberi keterangan kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya. Saya juga sependapat dengan padangan Muhammad Sabu dan Tian Chua di mana beliau mengatakan "perkara ini perlu diselesaikan oleh golongan ilmuan dan para ulamak, bukan boleh turun ke jalan raya untuk tunjuk perasaan." Ya betul! itulah ucapan yang bertanggungjawab dan pandai menilai dahulu sebelum bertindak. Yang sedihnya, ada segelintir masyarakat Islam yang tidak menghirau, malah tidak faham. Mereka menggunakan tindakan tunjuk perasaan (selepas solat jumaat) dan terpampang sepanduk "Melayu." Pelik! Adakah kerana polis dan Perdana Menteri sendiri memberi lesen untuk mengadakan demonstrasi atau kerana masih lagi jahil? Mereka yang mengibarkan sepanduk Melayu seolah-olah hanya faham Islam hanya untuk kaum Melayu sahaja di Malaysia. Inilah yang dikatakan tindakan tidak faham dan berulamakkan kepada pemimpin kebangsaan semata-mata.

Isu ini semakin panas dan bergolak apabila berlakunya tindakan menyerang rumah ibadat. Yang ironinya, sehingga sekarang, rakyat tidak tahu siapakah penjenayah tersebut! Walaupun terdapat penangkapan yang dijalankan oleh pihak polis, tetapi belum ada keputusan lagi yang dibuat! Amat malang! Adakah kerana YB Azmin Ali pernah mengatakan penjenayah tersebut disyaki daripada ahli UMNO atau kerana polis lambat menjalankan tugas? Dimana kredibiliti pihak yang berwajib ini menjalankan tugas? Adakah perlu ada "pelincir" dahulu baharulah "nak jalan?" ini yang rakyat kian persoalkan!

Tema Malaysia sebagai negara yang unik dan masyarakat yang sopan dan peramah masih lagi gelap dimata dunia apabila kes penangkapan siswa luar negara seperti Negeria dan Timur Tengah yang lain masih lagi tidak selesai bahkan menambah kecelaruan kepada keluarga mangsa sendiri. Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang ditubuh pada tahun 1960 ini, rupa-rupanya bukan disasarkan oleh masyarakat Malaysia yang dituduh pengganas semata-mata, malah warganegara lain turut kena tempias sama! Lebih malang lagi, ia hanya penangkapan dan tuduhan semata-mata, tiada bukti yang sabit kesalahan mereka bersalah! Adakah ini tindakan Najib Abdul Razak selepas beliau mengatakan akta ini akan dikaji semula selepas daripada beliau naik tampuk pemerintah nombor satu negara? Jika begini, baik rakyat berundang-undangkan rimba! Bagaimanakah agaknya kesudahan penangkapan ini?

Tema yang saya sebutkan di atas tadi, diamati sekali lagi dan terpaku dengan konsep baru yang dicanang oleh Najib Abdul Razak. Konsep ini, malah sehingga ia diistilahkan "gagasan" menjadikan ia konsep besar dimata masyarakat. Namun, bukankah Perdana Menteri ini tidak berfikir, rakyat bukan dahaga atau laparkan konsep baru. Rakyat hanya dahagakan tindakan! Bukan retorik, bahkan tindakan yang perlu diutamakan! Setiap kali bertukarnya Perdana Menteri, akan ada di sana konsep yang diuar-uarkan. Itu tak salah, malah merupakan nafas baru kepada rakyat. Tetapi, yang dipersoalkan adalah tindakan. Sehingga sekarang, saya menganggap konsep ini hanyalah retorik semata-mata bahkan konsep yang paling memalukan kerana ditengah-tengah ia digagaskan, isu perkauman pula terjadi. Amat malang!

Hah! saya tidak tahu nak sudahi artikel ini dengan ayat yang sesuai. Biarkan saya tinggalkan pembaca dalam keadaan tergantung dan berfikir. Apa yang boleh kita lakukan, berdoa dan teruskan berfikir secara ligat dan matang. Yang penting, jangan lagi kita termakan dengan ucapan sahaja tanpa perilaku yang mengiakannya.

Wednesday, January 13, 2010

DDR3 VS DDR2: Adakah berbaloi meningkatkannya?

Hal ini sewaktu ketika dahulu, kami (build gaming computer website) pernah menulis artikel mengenai perbandingan antara DDR2 dan DDR RAM. Sekarang, dengan pelancaran teknologi DDR3 yang baru, sudah sampai masanya kita melakukan perbandingan antara DDR3 dan DDR2 dan memutuskan apakah itu benar-benar layak untuk meningkatkan sistem yang kita sedia ada sekarang (DDR2). Selain perbezaan dalam kedudukan takik kunci, DDR3 RAM juga diproses dalam kadar frekuensi yang lebih tinggi daripada DDR2 RAM. Spesifikasi yang diberikan oleh JEDEC memberikan lebih banyak kelebihan dan prestasinya.

Perbezaan antara DDR2 dan DDR3
Pada rekabentuk yang umum, baik DDR3 dan DDR2 ia menggunakan 240 pin. Namun begitu, anda boleh melihat perbezaanya melalui kedudukan takik kunci yang menghalang pengguna daripada salah memasukkan jenis RAM ke motherboard mereka. Anjakan kedudukan takik kunci DDR3 juga bererti bahawa tidak serasi dengan DDR2 dan slot DIMM yang berasingan mesti digunakan. (Perhatikan gambarajah pertama) Apabila standard JEDEC menetapkan untuk DDR2 RAM, ia tidak pernah bertujuan untuk membuatnya lebih 800MHz. Spesifikasi rasmi menyatakan bahawa kelajuan proses ke DDR-400, DDR2 400-800, dan DDR3 800-1600. Kerana kenyataan bahawa DDR2 800 dan 1066 (sebuah versi overclock DDR2 800) ada, DDR3 800 dan 1066 akan menjadi tumpang tindih dengan kelajuan DDR2. Dengan demikian, hanya 1333 yang pertama mempunyai kelajuan DDR3 lebih baik frekuensi / kelajuan prestasi di atas DDR2 RAM.


Sementara perbezaan antara DDR1 dan DDR2 RAM terletak pada frekuensi pendua bus, DDR3 bekerja dengan menggandakan data prefetch. Hal ini dicapai dengan menggandakan 8 dalaman bank. Setiap dalaman bank boleh memproses 1 bit data. DDR2 SDRAM mempunyai hanya 4 bank dalaman dan muat 4-bit sampel, DDR3 SDRAM menggunakan dalaman 8 bank-bank untuk melaksanakan 8-bit prefetch. Kesan dari bank dalaman tambahan bererti bahawa DDR3 SDRAM boleh melipat-gandakan kelajuan pemindahan data tanpa perlu membuat perubahan ke reka-bentuk aslinya.

Keuntungan lain dari DDR3 adalah keperluan voltan yang sedikit. Tegangan yang diperlukan untuk DDR3 adalah 1.5V dimana 16% pengurangan berbanding voltan DDR2 iaitu 1.8V. Ini boleh diterjemahkan kepada 30% pengurangan konsumsi daya dibandingkan dengan RAM DDR2 yang beroperasi pada kelajuan yang sama. Tambahan pula, daya built-in-power pemuliharaan DDR3 seperti refresh separa dan thermal sensor, boleh memungkinkan penjimatan sistem kuasa lebih lama dengan fungsi kitaran minimal iaitu ketika sistem dalam proses kerja.

Namun, satu perkara yang menyebabkan pemain computer (gamer) beralih kembali kepada DDR2 RAM ialah kerana harga DDR3 RAM. Kapasiti 1GB RAM DDR3 1066MHz ketika ini dijual lebih daripada 200 dolar Amarika, yang merupakan dua kali ganda harga sebuah RAM 1GB DDR2 1066MHz. Meskipun tidak ada perbaikan signifikan DDR3-1066 RAM lebih daripada DDR2-1066 RAM.

Kesimpulan Dalam waktu terdekat ini, tidak dapat tidak bahawa DDR3 bersedia untuk menggantikan DDR2 sebagai standard memori RAM Komputer. Pada saat sekarang ini juga, harga yang kekal hampir tidak membuatnya komponen yang 'mesti-upgrade', kerana kita masih lagi mampu mendapatkan RAM DDR2 pada kelajuan yang sama untuk di bawah harga $ 150. Sehinggalah sampai waktu penurunan harga RAM DDR3 nanti.

DDR: Double-Data-Rate

Mengenali kapasiti bit komputer!

Secara ringkas, satu byte adalah unit asas pengukuran simpanan maklumat dalam ilmu komputer. Istilah "byte" berasal dari "menggigit," (bite) seperti dalam jumlah terkecil data komputer dapat "menggigit" sekaligus.

Istilah byte dicipta oleh Dr.Werner Buchholz pada bulan Julai 1956 iaitu fasa awal reka bentuk untuk IBM Stretch komputer. Pada awalnya, ia ditakrifkan dalam penggunaan oleh sebuah 4-bit ukuran byte-field, yang membolehkan satu bit kepada 16 bit. Kemudian ia dirasmikan atau diterima pakai sebagai standard oleh System/360.

B = 1 Byte = 8 bit
KB = kilobyte = 2 ke-10 kekuatan = 1,024 bytes
MB = Megabyte = 2 ke-20 = 1.048.576 byte
GB = GigaByte = 2 hingga 30 = 1073741824 bytes
TB = Terabyte = 2 ke-40 = 1.099.511.627.776 bytes
PB = PetaByte = 2 ke-50 = 1.125.899.906.842.624 bytes
EB = ExaByte = 2 ke-60 = 1.152.921.504.606.846.976 bytes
ZB = ZettaByte = 2 untuk ke-70 = 1.180.591.620.717.411.303.424 bytes
YB = YottaByte = 2 hingga ke-80 = 1.208.925.819.614.629.174.706.176 bytes

Apakah Blu-ray?

Blu-Ray (bukan Blue-ray) juga dikenali sebagai Blu-ray Disc (BD), adalah nama dari generasi selepasnya iaitu format cakera optik yang dikembangkan bersama-sama oleh Blu-ray Disc Association (BDA), sekumpulan elektronik terkemuka di dunia yang menghasilkan komputer peribadi dan pengilang media (termasuk Apple, Dell, Hitachi, HP, JVC, Motorola, Mitsubishi, Panasonic, Pioneer, Philips, Siemens, Sharp, Sony, TDK dan Thomson). Format ini dikembangkan untuk membolehkan rakaman, menulis ulang dan main balik video definisi tinggi (HD), serta menyimpan data dalam jumlah besar. Format ini menawarkan lebih daripada lima kali kapasiti simpanan DVD biasa dan boleh menyimpan sehingga 25GB pada single layer disc dan 50GB pada dual-layer disc. Kapasiti tambahan ini dikombinasikan dengan penggunaan keunggulan video dan audio codec yang menawarkan konsumen pengalaman HD yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Meskipun saat ini teknologi cakera optik seperti DVD, DVD ± R, DVD ± RW, dan DVD-RAM bergantung pada laser merah untuk membaca dan menulis data, format baru yang diperkenalkan ini adalah sebaliknya iaitu menggunakan laser biru-violet sebagai gantinya, maka nama yang diberi ialah Blu-ray. Walaupun jenis laser yang digunakan, produk-produk Blu-ray ini tetap dapat diserasikan dengan CD dan DVD melalui penggunaan BD / DVD / CD yang sama unit pickup optik. Keuntungan menggunakan laser biru-violet (405nm) adalah bahawa ia memiliki panjang gelombang lebih pendek dibandingkan laser merah (650nm), yang membolehkan anda memfokuskan laser spot dengan lebih presisi. Hal ini memungkinkan data akan dapat dikemas secara lebih ketat dan disimpan di ruangan sempit, jadi ia mungkin dapat memuatkan lebih banyak data pada disk meskipun saiz yang sama seperti CD / DVD. Ini selaras dengan perubahan aperture pada kadar 0,85 bertujuan untuk memungkinkan Blu-ray dapat mencakupi kapasiti 25GB/50GB. Perkembangan terbaru oleh Pioneer telah mendorong kapasiti simpanan 500GB pada satu cakera dengan menggunakan 20 lapisan.

Blu-ray saat ini disokong oleh sekitar 200 syarikat elektronik terkemuka di dunia, komputer peribadi, penulisan media, video game dan syarikat-syarikat muzik. Format ini juga mempunyai sokongan daripada semua studio Hollywood dan studio-studio kecil yang tak terhitung jumlahnya sebagai pengganti format DVD untuk masa ini. Banyak studio juga mengumumkan bahawa mereka akan mula meluncurkan filem baru di Blu-ray Disc pada hari-dan-masa disamping pengeluaran DVD.

Wednesday, May 13, 2009

Info Kesihatan ( Ubat-ubatan )

Info Kesihatan ( Ubat-ubatan )
Sumber:
Risalah Info Kesihatan
Bil.1
BKTD dan UKTD HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


Sabda Rasulullah s.a.w "Bagi tiap-tiap sakit itu ada ubatnya melainkan mati"
Berkata Humaka' "Mencegah itu lebih baik daripada merawat"

Senarai ubat-ubatan yang boleh digunakan jika anda sakit

Nama ubat: Flustob
Jenis-jenis penyakit: Demam + Hidung berair
Cara pemakanan: 1 biji / 3 kali 1 hari

Nama ubat: Brufen 400
Jenis-jenis penyakit: Demam + Sakit kepala + Sakit tulang + Sakit otot
Cara pemakanan: 1 biji / 3 kali 1 hari lepas makan

Nama ubat: Orafar Loz
Jenis-jenis penyakit: Sakit tekak
Cara pemakanan: Kemam setiap 4 jam

Nama ubat: Osipect
Jenis-jenis penyakit: Batuk berkahak
Cara pemakanan: 1 Sudu besar 3 kali 1 hari selama 7 hari

Nama ubat: Sinecod
Jenis-jenis penyakit: Batuk tidak berkahak
Cara pemakanan: 1 Sudu 3 kali 1 hari selama 7 hari

Nama ubat: Ketofan 50 ml
Jenis-jenis penyakit: Sakit gigi + gusi
Cara pemakanan: 2 Biji 2 kali setiap hari selepas makan

Nama ubat: Solcoseryl Oint
Jenis-jenis penyakit: Pecah bibir + lidah
Cara pemakanan: -

Nama ubat: Vental
Jenis-jenis penyakit: Asma + Sesak nafas
Cara penggunaan: 2 Kali sembur

Nama ubat: Rhinocort
Jenis-jenis penyakit: Resdung + Gatal hidung
Cara penggunaan: Sekali sembur dihidung

Nama ubat: Motilium Tab
Jenis-jenis penyakit: Muntah
Cara pemakanan: 1 Biji 3 kali sehari setengah jam sebelum makan

Nama ubat: Claritien Tab
Jenis-jenis penyakit: Hasasiah / Alahan + Gatal-gatal
Cara pemakanan: Sekali satu biji selama 7 hari

Nama ubat: Elocon cream
Jenis-jenis penyakit: Hasasiah / Alahan + Gatal-gatal
Cara penggunaan: Sapu

Nama ubat: Flagyl 500 ml
Jenis-jenis penyakit: Cirit-birit
Cara pemakanan: 2 Biji setiap hari selama 5 hari

Nama ubat: Buscopan
Jenis-jenis penyakit: Sakit perut
Cara pemakanan: Sebiji setiap 8 jam selama 5 hari ( Semasa perut kosong )

Nama ubat: 100 ml Spray ethylchlorid
Jenis-jenis penyakit: Sakit otot + Kejang otot
Cara penggunaan: Spray ditempat yang sakit


Nama ubat: Vitacid
Jenis-jenis penyakit:Demam panas + Selesema + Tambah tenaga
Cara pemakanan: Larutkan dalam air dan minum


Untuk peringatan:
Setiap ubat yang diambil pastikan bertepatan dan bersesuaian dengan sakit yang dihadapi. Sebagai langkah keselamatan, anda diminta mendapatkan nasihat doktor dan mereka yang arif terlebih dahulu.

Usaha mencari penawar adalah kewajipan bagi mereka yang sakit dan pergantungan sepenuhnya bukanlah pada doktor mahupun ubat yang dimakan, namun ia adalah wasilah yang perlu kita usahakan dan kepada Allah s.w.t jua sebaik-baik pergantungan dan Dialah Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Kesungguhan kempen Islam daripada ICNA Amerika.


Apakah perkara yang perlu saya tahu?
Iklan pada bas oleh iCNA

Dipetik dan diterjemah daripada http://www.icnabay.us

" WhyIslam bus campaign, You deserve to know! " adalah bermula pada 9 Februari 2009 yang lalu. Sebanyak 140 iklan atau lebih telah dikempen oleh MUNI bas di San Francisco.

Pertanyaan:
Apa yang dimaksudkan oleh " You deserve to know " Adakah ia untuk menarik minat, unik, sebagai nama projek? Teknik publisiti? Apakah makna yang merujuk kepada " you deserve to know " itu sendiri. Apa sebenarnya yang perlu saya tahu?

Jawapan:
" You deserve to know " adalah merujuk kepada perkara yang semestinya seseorang perlu tahu apakah Islam itu sebenarnya. Ia juga merujuk, sesiapa sahaja perlu sedar dewasa ini acuan yang ingin popular mengenai kepercayaan penganut Islam mula beransur-ansur hilang, maka penerangan dan penjelasan agama ini merupakan kewajipan terhadap muslim yang lain.

Pertanyaan:
Apakah 877-Why-Islam?

Jawapan:
Projek ICNA 877-Why-Islam adalah rintisan daripada perkara dimana pembawakan ini dikemaskini supaya lebih baik untuk memahamkan Islam kepada yang lain dan untuk menjelaskan salah anggap / salah faham mengenai Islam.

Daripada aktiviti pelekat, temuduga di stesen radio, iklan di bas dan dengan melalui bandar metropolitan yang berbeza dan sekitar New York Subway, ICNA terus memperkenalkan agama Islam. Usaha ini menjangkau jutaan manusia yang berada di sana. Semua ingin tahu apakah Islam itu sebenarnya.

Melalui kempen ini:
- Sebahagian yang ingin tahu, mengambil keputusan untuk menghubungi pihak WhyIslam melalui telefon atau dengan melawat ke website WhyIslam itu sendiri.

- Nombor talian 877-WhyIslam akan terus dihubungkan kepada wakil yang akan memberi penerangan kepada pemanggil.

- Sekiranya pemanggil memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat ( Seperti salinan al-Quran, risalah bacaan Islam mengenai apa-apa isu ) ia boleh jua dihubungi melalui E-mail pihak tersebut.

- Jika sesiapa berminat mengunjungi masjid tempatan dikawasan masing-masing dan bergaul dengan orang Islam yang lain, pihak WhyIslam akan menjadi pemudah cara untuk berjumpa dengan komuniti Islam tempatan ini.


Info melalui usaha ini:
- Kempen ini diusahakan oleh Islamic Circle of The Bay Area dengan kerjasama Council on American Islamic Relations ( CAIR ) dan laman web WhyIslam.org. Mereka barada bawah pertubuhan ICNA iaitu Islamic Circle of North America.

- Hasil 4 minggu ( sebulan ) kempen ini dijalankan, sebanyak 600 panggilan telefon dan 6 orang telah mengucap dua kalimah syahadat. Memeluk agama Islam.

- Mereka turut mengiklankan di billboard yang boleh dilihat dilebuhraya Interstate 76, Pennsylvannia.

- Kempen ini dilanjutkan lagi. Ia juga akan melancarkan Sidang Tahunan ke-34 yang membincangkan Krisis Global = Penyelesaian Islam. Persidangan ini pada 23-25 Mei 2009 di Hartford, Convention Center Hartford, Cennecticut. Ia turut membariskan beberapa tokoh iaitu:
1) Maulana Yusof Islahi
2) Dr.Altaf Hussain
3) Dr.Perves Ahmed
4) Dr.Zahid Bukhari
5) Imam Shamsi Ali
6) Imam Hasan Al-Qazwini
7) Dr.Malia Mogaheb
8) Dr.Igtrid Matson

Dan ramai lagi tokoh-tokoh yang lain.

Usaha murni yang dilakukan oleh pihak ICNA perlu mendapat pujian seluruh umat Islam serata dunia dan perlu dikembangkan lagi oleh pihak kerajaan, NGO di negara-negara yang lain, termasuklah Malaysia.

Tuesday, April 14, 2009

10 Ways to Speed Up Your PC

01. Disable Indexing Services
02. Optimise Display Settings
03. Disable Performance Counters
04. Speedup Folder Browsing
05. Improve Memory Usage
06. Optimise your internet connection
07. Optimise Your Pagefile
08. Run Bootvis - Improve Boot Times
09. Remove the Desktop Picture
10. Remove Fonts for SpeedDetailed

Info:1.
Disable Indexing ServicesIndexing Services is a small little program that uses large amounts of RAM and can often make a computer endlessly loud and noisy. This system process indexes and updates lists of all the files that are on your computer. It does this so that when you do a search for something on your computer, it will search faster by scanning the index lists. If you don’t search your computer often, or even if you do search often, this system service is completely unnecessary. To disable do the following: 01. Go to Start
02. Click Settings
03. Click Control Panel
04. Double-click Add/Remove Programs
05. Click the Add/Remove Window Components
06. Uncheck the Indexing services
07. Click

Next 2.
Optimise Display SettingsWindows XP can look sexy but displaying all the visual items can waste system resources. To optimise:
01. Go to Start
02. Click Settings
03. Click Control Panel
04. Click System
05. Click Advanced tab
06. In the Performance tab click Settings
07. Leave only the following ticked:- Show shadows under menus- Show shadows under mouse pointer- Show translucent selection rectangle- Use drop shadows for icons labels on the desktop- Use visual styles on windows and buttons

3. Disable Performance CountersWindows XP has a performance monitor utility which monitors several areas of your PC’s performance. These utilities take up system resources so disabling is a good idea. To disable:
01. download and install the Extensible Performance Counter
List2.Then select each counter in turn in the ‘Extensible performance counters’ window and clear the ‘performance counters enabled’ checkbox at the bottom.button below.

4. Speedup Folder BrowsingYou may have noticed that everytime you open my computer to browse folders that there is a slight delay. This is because Windows XP automatically searches for network files and printers everytime you open Windows Explorer. To fix this and to increase browsing significantly:
01. Open My Computer
02. Click on Tools menu
03. Click on Folder Options
04. Click on the View tab.
05. Uncheck the Automatically search for network folders and printers check box
06. Click Apply
07. Click Ok
08. Reboot your computer

5. Improve Memory Usage Cacheman Improves the performance of your computer by optimizing the disk cache, memory and a number of other settings. Once Installed:
01. Go to Show Wizard and select All
02. Run all the wizards by selecting Next or Finished until you are back to the main menu. Use the defaults unless you know exactly what you are doing.
03. Exit and Save Cacheman
04. Restart Windows

6. Optimise your internet connectionThere are lots of ways to do this but by far the easiest is to run TCP/IP Optimizer.
01. Download and install
02. Click the General Settings tab and select your Connection Speed (Kbps)
03. Click Network Adapter and choose the interface you use to connect to the Internet
04. Check Optimal Settings then Apply
05. Reboot

7. Optimise Your PagefileIf you give your pagefile a fixed size it saves the operating system from needing to resize the page file.
01. Right click on My Computer and select Properties
02. Select the Advanced tab
03. Under Performance choose the Settings button
04. Select the Advanced tab again and under Virtual Memory select Change
05. Highlight the drive containing your page file and make the initial Size of the file the same as the Maximum Size of the file. Windows XP sizes the page file to about 1.5X the amount of actual physical memory by default. While this is good for systems with smaller amounts of memory (under 512MB) it is unlikely that a typical XP desktop system will ever need 1.5 X 512MB or more of virtual memory. If you have less than 512MB of memory, leave the page file at its default size. If you have 512MB or more, change the ratio to 1:1 page file size to physical memory size.

8. Run BootVis - Improve Boot TimesBootVis will significantly improve boot times
01. Download and Run
02. Select Trace
03. Select Next Boot and Driver Trace
04. A Trace Repetitions screen will appear, select Ok and Reboot
05. Upon reboot, BootVis will automatically start, analyze and log your system’s boot process. When it’s done, in the menu go to Trace and select Optimize System
06. Reboot.
07. When your machine has rebooted wait until you see the Optimizing System box appear. Be patient and wait for the process to complete

9. Remove the Desktop PictureYour desktop background consumes a fair amount of memory and can slow the loading time of your system. Removing it will improve performance.
01. Right click on Desktop and select Properties
02. Select the Desktop tab
03. In the Background window select None
04. Click Ok10. Remove Fonts for SpeedFonts, especially TrueType fonts, use quite a bit of system resources.
For optimal performance, trim your fonts down to just those that you need to use on a daily basis and fonts that applications may require.
01. Open Control Panel
02. Open Fonts folder
03. Move fonts you don’t need to a temporary directory (e.g. C:\FONTBKUP?) just in case you need or want to bring a few of them back. The more fonts you uninstall, the more system resources you will gain.

Hope you find these 10 tips useful. If you have any other simple tips you want to share with me other readers you are most welcome.


http://tech-bug.net/2006/07/



Sunday, February 22, 2009

Seorang terbunuh letupan di Kaherah












Seorang telah terbunuh dan sekitar 19 orang, iaitu kebanyakannya warga tempatan, telah cedera dalam kejadian letupan bom yang telah berlaku berhampiran Masjid Hussin, Kaherah. Pihak polis berkata, seorang yang terbunuh adalah pelancong warga Perancis yang berada di sekitar kejadian tersebut. 19 cedera akibat terkena serpihan batu dan serpihan marmar.

Letupan berlaku kira-kira jam 8.00 malam ( Mesir ) Atau 2.00 Pagi ( Waktu Malaysia ) pada hari ahad, 22 Februari 2009.

Turut cedera adalah pelancong warga Perancis dan Jerman.

"Ia adalah bahan peledak, dan barangkali daripada bom tangan ( Grenade )" Kata polis tersebut. Lumuran darah boleh dilihat di kawasan lapang hadapan Masjid Hussin, hadapan Pasar Khan Al-Khalili. Manakala ledekan kedua tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Penyiasatan Letupan
Kini, pihak polis telah mengawal rapi tempat pengeboman, polis juga menggunakan bantuan anjing pengesan dimana kawasan hadapan masjid itu telah dikosongkan daripada orang ramai.

"Saya sedang solat dan tiba-tiba terdengar letupan besar. Semua kelihatan panik. Kemudian polis datang dan menutup pintu utama masjid, serta mengosongkan kami melalui pintu belakang" Berkata Mohammed Abdel Azim. Dimana beliau setiap masa berada dalam masjid.

Perkara ini belum jelas siapa yang mendalanginya dan menjadikan pelancong sebagai sasaran pengebom. Siasatan sekarang adalah fasa permulaan, lapor wartawan Al-Jazeera cawangan Kaherah, Amr Al-Kahky.

Spekulasi ini rumit kerana ia turut melibatkan warga tempatan sebagai sasaran. Sejarah turut mencatat, kawasan kejadian pernah dibom iaitu pada tahun 2005 di mana 2 orang pelancong terbunuh dan 18 orang telah cedera dalam peristiwa berdarah ini.

Dipetik dan diterjemah daripada Al-Jazeera.

Sunday, February 8, 2009

System Requirements Adobe CS4



















ADOBE ACROBAT 9 PRO FOR CREATIVE PROFESSIONALS
= 1.3GHz or faster processor
= Microsoft® Windows® XP Home, Professional, or Tablet PC Edition with Service Pack 2 or 3 (32-bit and 64-bit); Windows Server® 2003 (with Service Pack 2 for 64-bit); or Windows Vista® Home Basic, Home Premium, Business, Ultimate, or Enterprise with or without Service Pack 1 (32-bit and 64-bit)
= Internet Explorer 6.0
= 256MB of RAM (512MB recommended)
= 2.13GB of available hard-disk space
= 1,024x768 screen resolution
= DVD-ROM drive
= Video hardware acceleration (optional)


ADOBE DREAMWEAVER CS4
= 1GHz or faster processor
= Microsoft® Windows® XP with Service Pack 2 (Service Pack 3 recommended) or Windows Vista® Home Premium, Business, Ultimate, or Enterprise with Service Pack 1 (certified for 32-bit Windows XP and Windows Vista)
= 512MB of RAM
= 1GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on flash-based storage devices)
= 1,280x800 display with 16-bit video card
= DVD-ROM drive
= Broadband Internet connection required for online services


ADOBE FIREWORKS CS4
=1GHz or faster processor
= Microsoft® Windows® XP with Service Pack 2 (Service Pack 3 recommended) or Windows Vista® Home Premium, Business, Ultimate, or Enterprise with Service Pack 1 (certified for 32-bit Windows XP and Windows Vista)
= 512MB of RAM (1GB recommended)
= 1GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on flash-based storage devices)
= 1,024x768 display (1,280x800 recommended) with 16-bit video card
= DVD-ROM drive
= Broadband Internet connection required for online services


ADOBE FLASH CS4 PROFESSIONAL

= 1GHz or faster processor
= Microsoft® Windows® XP with Service Pack 2 (Service Pack 3 recommended) or Windows Vista® Home Premium, Business, Ultimate, or Enterprise with Service Pack 1 (certified for 32-bit Windows XP and Windows Vista)
= 1GB of RAM
= 3.5GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on flash-based storage devices)
= 1,024x768 display (1,280x800 recommended) with 16-bit video card
= DVD-ROM drive
= QuickTime 7.1.2 software required for multimedia features
= Broadband Internet connection required for online services


ADOBE ILLUSTRATOR CS4

= 2GHz or faster processor
= Microsoft® Windows® XP with Service Pack 2 (Service Pack 3 recommended) or Windows Vista® Home Premium, Business, Ultimate, or Enterprise with Service Pack 1 (certified for 32-bit Windows XP and Windows Vista)
= 512MB of RAM (1GB recommended)
= 2GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on flash-based storage devices)
= 1,024x768 display (1,280x800 recommended) with 16-bit video card
= DVD-ROM drive
= Broadband Internet connection required for online services


ADOBE INDESIGN CS4
= 1.5GHz or faster processor
= Microsoft® Windows® XP with Service Pack 2 (Service Pack 3 recommended) or Windows Vista® Home Premium, Business, Ultimate, or Enterprise with Service Pack 1 (certified for 32-bit Windows XP and Windows Vista)
= 512MB of RAM (1GB recommended)
= 1.8GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on flash-based storage devices)
= 1,024x768 display (1,280x800 recommended) with 16-bit video card
= DVD-ROM drive
= QuickTime 7 software required for multimedia features
= Broadband Internet connection required for online services


ADOBE PHOTOSHOP CS4 EXTENDED
= 1.8GHz or faster processor
= Microsoft® Windows® XP with Service Pack 2 (Service Pack 3 recommended) or Windows Vista® Home Premium, Business, Ultimate, or Enterprise with Service Pack 1 (certified for 32-bit Windows XP and 32-bit and 64-bit Windows Vista)
= 512MB of RAM (1GB recommended)
= 1GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on flash-based storage devices)
= 1,024x768 display (1,280x800 recommended) with 16-bit video card
= Some GPU-accelerated features require graphics support for Shader Model 3.0 and OpenGL 2.0
= DVD-ROM drive
= QuickTime 7.2 software required for multimedia features
= Broadband Internet connection required for online services


ADOBE AFTER EFFECTS CS4
= 1.5GHz or faster processor*
= Microsoft® Windows® XP with Service Pack 2 (Service Pack 3 recommended) or Windows Vista® Home Premium, Business, Ultimate, or Enterprise with Service Pack 1 (certified for 32-bit Windows XP and 32-bit and 64-bit Windows Vista)
= 2GB of RAM
= 1.3GB of available hard-disk space for installation, plus 2GB of space for optional content; additional free space required during installation (cannot install on flash-based storage devices)
= 1,280x900 display with OpenGL 2.0–compatible graphics card
= DVD-ROM drive
= QuickTime 7.4.5 software required to use QuickTime features
= Broadband Internet connection required for online services

Wednesday, January 21, 2009

Review iKREATIF work


































Rujukan gambar :

1- Perisian Adobe Design Premium CS4 yang telah dimuatkan dalam window.
2- Frontview ala-ala Mac OS.


Ini adalah review dalam menghasilkan wallpaper sebagai pelengkap galeri iKREATIF saya. Sahabat boleh mendapatkan hasilnya menerusi galeri yang telah saya muat-naikkan ke dalam website tersebut. Sila klik di sini untuk terus ke galeri = Galeri

Perisian Adobe Design Premium CS4 yang saya muat-turunkan melalui bantuan P2P terdiri daripada 16 tugas yang pengguna boleh jalankan. Iaitu:

01- Acrobat Distiller 9
02- Adobe Acrobat 9 Pro
03- Adobe Bridge CS4
04- Adobe Device Central CS4
05- Adobe Dreamweaver CS4
06- Adobe Drive CS4
07- Adobe ExtendScript Toolkit CS4
08- Adobe Extension Manager CS4
09- Adobe Fireworks CS4
10- Adobe Flash CS4 Professional
11- Adobe Illustrator CS4
12- Adobe InDesign CS4
13- Adobe LiveCycle Designer ES 8.2
14- Adobe Media Encoder CS4
15- Adobe Photoshop CS4
16- Adobe Pixel Bender Toolkit

Size : 6.01gb

Tuesday, January 6, 2009

Tanah Palestin dari atas

INI adalah beberapa snapshot yang saya ambilkan menerusi application Google Earth. Pemandangan ini saya tidak pasti waktu dirakamkan oleh perisian tersebut memandangkan ia bukanlah update setiap minit atau saat. Saya juga hanyalah menggunakan produk freeware. Bukan berbanyar. Ada mengatakan setahun sekali di update, atau 6 bulan, atau sejam. ( Sejam tak mungkin ) kerana saya menandakan beberapa mark pada peta tersebut dimana objek yang saya tanda tidak bergerak walau melebihi 5 jam.

Walaubagaimanapun, bukanlah tempoh itu menjadi ukuran di sini. Isu Palestin yang perlu diambil perhatian. Lewat sehingga hari ini, media tidak putus-putus melaporkan keadaan di sana. Sehingga angka kematian warga Palestin daripada 0 terus ke 400 lebih dan 2000 cedera, termasuk parah. Masuk hari ke-8, rejim Zionis yang terus diarahkan oleh si Ehud nyanyuk ini mula mara melalui darat selepas tidak puas membunuh nyawa daripada udara. Inilah sikap Zionis yang gilakan kuasa pemerintahan dengan meluaskan tanah yang dirampas dengan menghalakan peluru tanpa mengira siapa mangsa. Dihalakan pula bom kimia fosforus putih yang boleh membakar kulit sesiapa apabila terkena. Kereta kebal? Tak usah cakap. PBB pula mandul. Agaknya terlalu kecut dengan mereka atau ada udang disebaliknya?

Bagaimana pula dengan pelarian Palestin yang berada di Sempadan Rafah? Di saat ini, Mesir diberi perhatian oleh media seolah-olah ada unsur penekanan kepada Negara Mesir ( dalam isu membuka sempadan tersebut kepada rakyat Palestin ). Ya, setahu saya ia tidak dibuka sepenuhnya sehingga kini. ( Kalau sahabat ada sumber terbaru, boleh beritahu kepada saya ) Tetapi Mesir bukanlah semboreno dalam perkara ini. Mesir sebenarnya membuka sempadan apabila ada rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat. Kita tidak boleh menegaskan supaya sempadan itu dibuka dengan sembarangan kerana akhirnya ia akan memberi untung yang berlipat kali ganda kepada Rejim Zionis untuk mara pula ke tanah Rafah. Jadi, hati-hatilah dengan tindakan kita terutamanya isu di sempadan. Masing-masing negara ada jalan ikhtiarnya apabila berlaku saat sebegini genting . Tidak boleh menuding jari ke arah Mesir untuk berhemah kepada rakyat Palestin di Rafah. Setiap negara ada peranan. Dan yang paling besar juga adalah negara yang ada suara dalam PBB. Tapi, mungkin terkena asap fosforus agaknya. Mata rambang, kulit terbakar...mati akal nampaknya. Tindakan demi tindakan terus kita lontarkan, akhirnya hanya seorang sahaja tentera Zionis mati katak di tanah Gaza. Satu nafas ini mati mungkin terkena peluru sesat atau peluru dari kita? Ask your self.

Saya sediakan link ini untuk anda mengenali peta Israel secara lebih dekat :
http://www.eyeonisrael.com/map_Israel.html

Satu doa, sejuta peluru balas untuk Israel. Amin


Tanah Israel

Jarak pemandangan diantara Gaza ke Rafah

Sempadan Rafah

Pusat sempadan Rafah



Tuesday, November 25, 2008

Ikhtisar Perkembangan Islam [ siri 3 ]


3. Peristiwa Karbala

2. Yazid bin Muawiyyah [ 60-64H / 680-684M ]

Yazid dilahirkan pada tahun 26 Hijrah ketika bapanya Muawiyyah menjadi gabenor di negeri Syam. Beliau menaiki takhta khalifah sebaik-baik sahaja ayahnya Muawiyyah meninggal dunia pada tahun 60 Hijrah. Pengisytiharan ini mendapat tentangan daripada orang di Madinah yang diketuai oleh Hussin bin Ali, Abdullah bin Zubir dan Abdullah bin Umar. Sebelum ini, iaitu pada tahun 56 Hijrah, beliau telahpun dilantik oleh ayahandanya sebagai putera mahkota. Muawiyyah sendiri berusaha mengadakan pungutan suara ( refendum ) secara paksa supaya anaknya Yazid diterima sebagai bakal khalifah yang akan mewarisinya kelak.

Pengaruh Muawiyyah telah dapat menawan hati orang Islam terutamanya penduduk Iraq dan Syam. Tetapi ada juga beberapa golongan yang menentang cara Muawiyyah itu, utamanya penduduk Kufah dan Hijaz. Penduduk Kufah mahu supaya Hussin bin Ali dilantik sebagai khalifah dan penduduk Hijaz pula mahukan Abdullah bin Zubair. Mereka ini berpendapat bahawa perlantikan Yazid bin Muawiyyah itu bukanlah hanya mengubah undang-undang khalifah yang telah diamalkan pada zaman khulafa' Rasyidin, tetapi bertentangan dengan perjanjian yang dibuat antaranya dengan Hassan bin Ali sewaktu penyerahan kuasa khalifah dahulu.

Sebaik-baik sahaja Yazid ditabalkan menjadi khalifah setelah ayahandanya wafat di Damsyik, terus beliau menulis surat kepada gabenornya Al-Walid bin Utbah di Madinah meminta taat setia daripada Hussin dan penyokong-penyokongnya. Secara terpaksa orang Madinah patuh kepada permintaan itu, tetapi Sayyidina Hussin, adik kepada Sayyidina Hassan enggan berbuat demikian. Lantas dia dan keluarganya berpindah ke Mekah. Di Mekah dia menerima surat daripada penyokong-penyokongnya di Kufah menjemput pindah ke sana untuk dilantik menjadi khalifah.

Orang Kufah yang terkenal dengan golongan Syiah itu, walaupun diwaktu Hassan bin Ali menarik diri daripada menjadi khalifah, mereka telah berubah sikap menyokong Muawiyyah, tetapi perlantikan Yazid sebagai putera mahkota, kemudian sebagai khalifah, dan perbuatan pihak Kerajaan Umayyah mencaci khalifah Ali di atas mimbar masjid waktu membaca khutbah itu telah menimbulkan sikap benci pula. Mereka ini mengganggap bahawa Hussin adalah orang yang berhak memegang jawatan khalifah, orang yang menentang Hussin adalah zalim. Hussin dan keluarganya yang selama ini tidak senang dengan peribadi Yazid yang kejam terus sahaja terpengaruh dengan jemputan itu. Beliau merasai satu penghargaan yang besar dari orang Islam di Kufah terhadap dirinya. Lantas beliau dan keluarganya, juga seramai 80 orang pengikutnya terus berhijrah ke Kufah tanpa mengendahkan larangan dan nasihat-nasihat daripada cerdik pandai di Mekah tentang kemungkinan-kemungkinan bahaya yang akan menimpa dirinya.

Apabila berita ini dan berita tentang kedudukan Kufah begitu genting, maka Khalifah Yazid pun memecat Gabenor Kufah, Mukmin bin Basyir, kemudian dicantum dengan Basrah di bawah Gabenor Ubaidullah bin Zaid. Ubaidullah terus memerintah angkatan tenteranya supaya segenap jalan menuju kota Kufah mesti dijaga dan diawasi. Waktu rombongan Sayyidina Hussin sampai di Karbala, mereka bertempur dengan tentera Ubaidullah bin Zaid, iaitu pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Kesudahannya pengikut Hussin menerima kekalahan dan Hussin sendiri gugur terkorban. Kepala Sayyidina Hussin dan keluarganya dikirimkan kepada Yazid di Damsyik. Yang tidak terkorban dalam pertempuran ini hanya kaum perempuan dan anaknya Ali Zainal Abidin bin Hussin.

Walaupun Yazid terkenal bengis dan kejam, tetapi kematian Sayyidina Hussin yang dasyat dan ngeri itu menyedihkan hatinya juga. Hal ini adalah kerana mengingatkan wasiat ayahandanya Muawiyyah, iaitu jika dia dapat mengalahkan Hussin, maka hendaklah dia menghormati dan memaafkan musuhnya itu. Tetapi nasi sudah menjadi bubur, dia sudah tidak berdaya membuat apa-apa lagi. Namun demikian kemurahan hatinya telah dibuktikan juga kepada keluarga Hussin dengan menghantar secara terhormat ke Madinah.

akan bersambung siri keempat

Saturday, November 22, 2008

Crysis for Vista 64-bit


Timbul beberapa masalah apabila pengguna Game Crysis cuba menggunakan Window Vista 64-bit untuk play game tersebut. Dalam folder Bin64 yang terdapat dalam tempat simpanan (installed), pengguna akan dapati terdapat dua patch iaitu Crysis dan Crysis64. Masalah yang timbul setelah game ini di install dalam Vista, skrin akan menjadi gelap sedangkan komputer kita sedang running. Bila membuka mana-mana forum, banyak terdapat solution dalam masalah ini. Tetapi ia seolah-olah bergantung kepada performance komputer yang kita gunakan. Walau bagaimanapun solution-solution tersebut tidak dapat memberikan hasil yang baik kepada saya. Saya teruskan mencari cara penyelesaian yang lain dan akhirnya, saya terjumpa file dalam web tertentu yang mengandungi patch ( no cd ) untuk Vista 64-bit ini. Apabila saya muat turunkan dan replace atas patch yang sedia ada, mujurlah ia berhasil juga.

Pengguna yang inginkan fail tersebut, bolehlah muat turunkan di link ini :
http://www.2shared.com/file/4326429/4a7b17dc/rzr-c64f.html

Saya telah upload fail.rar tersebut dan anda bolehlah mengaksesnya pada bila-bila masa! Enjoy your Crysis!

Oh ya, Anda juga perlulah mengdownload update untuk game ini yang dikenali sebagai:
1) Crysis Patch 1.2
2) Crysis Patch 1.2.1

Update ini adalah hotfix yang akan menyelesaikan masalah anda yang sentiasa menghadapi bug ketika play game tersebut. Sila download kedua-duanya dan install yang pertama dahulu sebelum patch kedua. Anda boleh mengdownload kedua-dua hotfix ini menerusi web crytek di : http://crymod.com/filebase.php?cat=29

Moga dapat menyelesaikan masalah anda dalam Crysis dan Crysis Warhead ini! XD

p/s : Crysis Warhead bukanlah Crysis II. Tetapi ia hanyalah lanjutan siri kepada Crysis Pertama sahaja. Menurut sumber dalam hal ini, Crysis II memang akan ada. Tapi belum pasti bila akan muncul. Heh, Be There!

Tuesday, November 18, 2008

Ikhtisar Perkembangan Islam [ siri 2 ]


2. Kelahiran Kerajaan Bani Umayyah

1. Muawiyyah bin Abu Sufian [ 40-60H / 660-680M ]

Muawiyyah dilahirkan lebih kurang 15 tahun sebelum hijrah. Memeluk agama Islam pada tahun pembukaan Mekah diwaktu umurnya 23 tahun. Kerana masuk Islamnya itu terlalu akhir sedangkan beliau adalah seorang pemuda yang cergas dan dinamis maka Rasulullah memberi penghormatan khusus dengan cara mendampinginya dan melantik beliau salah seorang daripada jurutulis wahyu. Di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Muawiyyah pernah memimpin satu angkatan tentera untuk membantu tentera Islam di bawah pimpinan saudaranya Yazid bin Abu Sufian yang sedang berjuang di negeri Syam. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuka Kota Sida, Beirut dan lain-lain kota di sekitar negeri Syam. Di zaman khalifah Umar, Muawiyyah dilantik sebagai gabenor negeri Syam setelah Yazid meninggal dunia kerana serangan taun. Oleh yang demikian, Muawiyyah mempunyai kedudukan yang kuat di sana. Beliau adalah seorang yang amanaha dan bijak dalam pentadbiran dan politik. Inilah antara sebab-sebab mengapa Khalifah Umar kasih kepadanya. Waktu pemerintahan Khalifah Osman, Muawiyyah dapat menguasai seluruh negeri Syam. Muawiyyah menjadi gabenor selama 20 tahun seperti juga menjadi khalifah selama 20 tahun.

Apabila Khalifah Osman dibunuh, kemudian orang Madinah melantik penggantinya Sayyidina Ali bin Abu Talib, orang Syam yang diketuai oleh Muawiyyah tidak mengaku pelantikan itu. Beliau menuduh Ali sebagai orang yang bertanggungjawab di atas pembunuhan itu dan melakukan gerakan yang kononnya membela kematian Osman. Akhirnya tercetuslah perang saudara yang hebat di Saffin di mana tentera Ali mendapat kemenangan dalam perang tersebut, tetapi kalah di meja Perundingan Tahkim yang berlangsung kemudiannya. Walaupun setelah berlakunya pembunuhan Khalifah Ali, orang Islam di Iraq utamanya penduduk di Kufah berjaya melantik Sayyidina Hassan sebagai khalifah, pengganti khalifah ayahandanya, tetapi tidak memakan masa yang lama, kerana Sayyidina Hassan sendiri tidak bersedia untuk menghadapi tekanan suasana waktu itu. Beliau dengan suka hatinya meletakkan jawatan.

Ahli-ahli sejarah menjelaskan bahawa faktor utama perletakan jawatan itu ialah kerana Sayyidina Hassan tidak terdaya menghadapi Muawiyyah yang jauh lebih kuat pengaruh dan peribadinya daripada kekuatan yang ada pada Sayyidina Hassan. Faktor yang lainnya pula ialah kerana melawan Muawiyyah ertinya terpaksa mengorbankan orang Islam daripada kedua pihak. Di samping itu sayyidina Hassan juga menyedari kerumitan menjadi khalifah, ayahnya sendiri seorang jaguh dalam politik dan pentadbiran tidak dapat mengatasi kerumitan itu, bagaimana pula dia. Dengan demikian, Sayyidina Hassan dengan penuh kerelaan dan kejujuran telah meletak jawatan dan menyerah segala kuasanya kepada Muawiyyah dengan beberapa syarat. Antaranya:

1. Muawiyyah hendaklah memberi cukai hasil mahsul wilayah Iraq kepada Sayyidina Hassan setiap tahun.
2. Muawiyyah hendaklah memberi saguhati kepada adiknya Husein sebanyak 2 juta dirham sepanjang hidupnya.
3. Muawiyyah hendaklah melebihkan pemberian kepada Bani Hasyim berbanding dengan Bani Umayyah.
4. Muawiyyah hendaklah tidak akan menghina dan mencela nama ayahandanya Sayyidina Ali di atas mimbar.
5. Muawiyyah tidak boleh menuntut bela atau mengambil apa-apa tindakan terhadap penduduk Madinah, Hijaz dan Iraq berhubung dengan peperangan Saffin dan pembunuhan Khalifah Osman.
6. Perlantikan khalifah kemudian daripada Muawiyyah hendaklah dijalankan secara pemilihan yang dipersetujui oleh umat Islam

Bagi Muawiyyah, syarat-syarat ini bukanlah merupakan satu perkara penting. Apa yang perlu ialah kuasa pemerintahan dan taat setia seluruh rakyat. Itulah sebabnya setengah daripada ahli sejarah menceritakan bahawa sebaik-baik sahaja Muawiyyah mendengar bahawa Sayyidina Hassan ingin meletak jawatan dengan beberapa syarat, maka beliau pun menghantar sehelai kertas putih kosong yang ditanda-tangannya meminta Hassan menulis apa syarat-syarat yang dikehendaki.

Setelah selesai perletakan jawatan itu selepas memegang jawatan tersebut selama enam bulan, maka pada 25 Rabiul Thani tahun 41 hijrah, Muawiyyah pun berangkat ke Kufah untuk menerima ikrar taat setia daripada orang Iraq Muawiyyah mendapat sokongan dari Hassan dan Husein juga dari seluruh rakyat Iraq. Setelah itu Sayyidina Hassan dan keluarganya pun balik ke Madinah dan menetap di sana hingga akhir hayatnya pada tahun 50 hijrah. Tahun penyerahan kuasa ini dinamakan tahun penyatuan ( 'Amul Jamaah ), kerana pada tahun inilah tercapainya persetujuan dan penyatuan antara umat Islam menerima seorang khalifah memerintah seluruh jajahan takluk Islam. Sebelum ini mereka berpecah-belah dan mempunyai dua orang khalifah, iaitu Muawiyyah yang dilantik oleh orang Syam, manakala Hassan bin Ali menjadi khalifah di Kufah.

Ahli sejarah mengkritik pemilihan Muawiyyah sebagai khalifah adalah tidak sah kerana ia didasarkan oleh tipu daya politik dan kecekapannya dalam bidang diplomasi. Beliau tidak dipilih oleh ahlul hilli wal-aqdi sebagaimana pemilihan para Khalifah-Rasyidin. Pada mulanya Muawiyyah dilantik oleh sebahagian daripada umat Islam di Syam dan ditentang keras oleh penduduk di Iraq. Penerimaan kemudiannya adalah secara paksa.

Perubahan yang dilakukan oleh Muawiyyah

Ada beberapa perubahan besar telah diperkenalkan oleh Muawiyyah kepada masyarakat Islam setelah beliau memegang teraju pemerintahan Islam. Perubahan itu dilakukan dengan licin dan amat berhati-hati sekali mengikut perjalanan politik kerajaan Byzantine dan Sasan. Antaranya ialah perubahan pusat pentadbiran dari Madinah ke Damsyik, cara pengkhalifahan, dan wujudnya semangat keduniaan di dalam cara pentadbiran.

Perkara perubahan pusat pentadbiran tidaklah menimbulkan apa-apa kesan yang besar di kalangan rakyat dan tradisi pada ketika itu. Muawiyyah terpaksa melakukan demikian ialah kerana pengaruhnya dan pengikutnya ramai di Damsyik. Tambahan pula kota tersebut subur dan berada di tengah jalan perdagangan. Tetapi perubahan di dalam cara melantik khalifah dan timbulnya semangat keduniaan yang terbuka telah menimbulkan reaksi yang tidak baik di kalangan setengah golongan rakyat.

Dalam perkara pengkhalifahan, Muawiyyah telah melenyapkan sistem pemerintahan secara demokrasi dan memperkenalkan sistem monarki yang diamalkan dalam kerajaan di negeri-negeri China, India, Byzantine, Parsi dan lain-lain. Muawiyyah telah melahirkan corak baharu di dalam pentadbirannya dengan membuat penetapan rasmi memberi hak jawatan khalifah kepada keturunannya dari Bani Umayyah. Beliau telah berusaha untuk mengekalkan cara ini secara terus menerus untuk mengelakkan keturunan Bani Hasyim daripada jawatan khaifah. Di tinjau dari konsep demokrasi, keadaan ini adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan tidak pernah dilakukan oleh khalifah-khalifah yang terdahulu. Walaupun pada tahun 41 hijrah, telah ada persetujuan rasmi dengan Sayyidina Hassan tentang pelantikan khalifah, tetapi persetujuan itu telah dicabul dengan cara melantik anaknya Yazid sebagai putera mahkota yang akan menggantinya nanti dengan beberapa alasan demi penyatuan umat Islam. Dengan demikian orang Islam kehilangan satu hak yang telah diamalkan sejak beberapa lama, iaitu hak bersuara melantik pemerintah mereka.

Muawiyyah berpendapat bahawa faktor utama berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam sebelumnya ialah perebutan kuasa yang sering berlaku antara pemuka-pemuka Islam. Perlantikan anaknya itu adalah merupakan satu langkah ke arah menghapuskan satu penyakit yang besar dalam masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi suasana dan keadaan negara Islam di waktu itu telah berubah sama sekali, wilayah-wilayahnya telah meluas. Ini sudah tentu perhubungan antara satu wilayah dengan wilayahnya yang lain merupakan satu perkara yang sukar, utamanya bagi umat Islam melakukan pemilihan khalifah apabila khalifah yang ada meninggal dunia.

Satu lagi perubahan penting yang dikemukakan oleh Muawiyyah ialah pemakaian unsur-unsur keduniaan secara keterlaluan. Dalam masa Nabi Muhammad dan masa Khulafa Rasyidin tidak pernah dilakukan demikian melainkan secara sederhana sahaja. Apa yang perlu bagi mereka hanya kebajikan seluruh rakyat dimana nilai-nilai akhlak menjadi perinsipnya. Tetapi keadaan dalam masa Muawiyyah dan kebanyakan khalifah Umayyah yang lain adalah sangat berlainan. Beliau telah memulakan pengunaan alat kebesaran di dalam pentadbirannya sebagaimana yang terdapat di dalam kerajaan Byzantine, China dan lain-lain.

Muawiyyah telah mengutamakan kehidupan secara meterial yang begitu besar di dalam dan di luar istananya. Peraturan dalam istana khalifah dibuat dengan alat kebesaran yang mengkagumkan. Susunan pembesar-pembesar dan pengawai-pengawai dilakukan mengikut cara yang indah. Waktu Muawiyyah berangkat ke masjid terutamanya ketika menunaikan fardhu jumaat telah diiringi oleh pengawal-pengawal yang lengkap dan peralatan yang mengkagumkan. Di masjid pula beliau sembahyang di suatu tempat yang dikhaskan kepadanya.

Di dalam keadaan yang sama Muawiyyah telah mengutamakan dasar pengambilan keturunan darah arab. Secara beransur-ansur beliau telah melantik pegawai-pegawai dan pembesar-pembesar daripada mereka yang berdarah Arab, khususnya daripada keturunan Umayyah. Golongan Islam lain yang juga menjadi rakyat kerajaan Umayyah seumpama orang Parsi, Turki, India dan sebagainya tidak mendapat tempat yang sama. Keadaan ini secara beransur-beransur telah menimbulkan reaksi yang tidak baik di kalangan rakyat. Walaupun reaksi ini dalam jangka pendek dapat dihapuskan dengan kekuatan tentera, tetapi dalam jangka masa panjang adalah amat merbahaya.

akan bersambung siri ketiga

Ikhtisar Perkembangan Islam [ siri 1 ]


Kelahiran Kerajaan Umayyah

1. Latar belakang Bani Umayyah

Nama Umayyah diambil bersempena dengan nama Muawiyyah, iaitu Muawiyyah bin Abu Sufian bin Harb bin Umayyah bin Abdu Syam bin Abdu Manaf, salah seorang daripada pembesar Quraisy yang dihormati di zaman jahiliah. Antaranya dengan bapa saudaranya Hasyim bin Abdu Manaf sentiasa berlaku pertarungan merebut pangkat dan kedudukan, tetapi Umayyah mempunyai kedudukan yang lebih terpengaruh daripada Hasyim bin Abdu Manaf, kerana Umayyah mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk menjadi tokoh agung pada zaman itu. Dia mempunyai harta dan kekayaan, mempunyai sepuluh orang putera yang handal dan bijaksana.

Di bawah ini dijelaskan rajah keturunan keluarga Bani Umayyah :


Apabila lahirnya agama Islam perhubungan antara anak-anak keturunan Bani Umayyah dengan anak-anak keturunan bapa saudaranya Bani Hasyim bertambah tegang dan terputus, kerana pendirian keturunan Bani Umayyah menentang seruan Rasulullah yang kebetulannya daripada keturunan Bani Hasyim, manakala pendirian Bani Hasyim pula sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan Rasulullah dan pengikut-pengikutnya.

Dalam peperangan Badar, kekuatan tentera Quraisy boleh dikatakan keseluruhannya bergantung kepada keturunan Bani Abdu Syams ( Bapa kepada Umayyah ), kerana Abu Sufian, Cucu Umayyah, tuan punya dagangan daripada Syam itu meminta pertolongan tentera daripada Mekah sebaik-baik sahaja diketahui bahawa tentera Islam berada di tengah jalan antara Mekah dan Syam. Pertolongan daripada Mekah yang datang itu adalah diketuai oleh Utbah bin Rabiah bin Abdu Syams.

Kebanyakan kaum Bani Umayyah ini memeluk agama Islam di waktu terdesak di mana Rasulullah dan pengikut-pengikutnya menawan kembali kota Mekah. Sebelum itu mereka adalah musuh Islam yang sengit sekali kepada peribadi dan perjuangan Rasulullah. Dengan ini jelaslah bahawa mereka adalah golongan yang terkemudian sekali masuk Islam. Tetapi setelah mereka berada dalam agama Islam, mereka telah menunjukkan bakat-bakat kepahlawanan dan semangat yang luar biasa seolah-olah untuk mempertimbangkan perbuatan mereka yang telah lalu dan untuk melupakan pandangan orang ramai tentang permusuhan mereka kepada Rasulullah. Mereka telah menunjukkan keberanian dan semangat yang luar biasa itu dalam memerangi orang murtad dan orang yang mengaku nabi. Begitu juga dalam peperangan menghadapi musuh dari luar semenanjung Tanah Arab. Abu Sufian sendiri, iaitu bapa kepada Muawiyyah, sesudah memeluk agama Islam terus berjuang bermati-matian bersama Rasulullah dan berbagai pertempuran, sehingga sebelah matanya hilang dan sebelah mata lagi juga hilang dalam peperangan Yarmuk ketika turut berperang di bawah pimpinan anaknya yang bernama Yazid bin Abu Sufian.

Dalam jangka waktu yang paling singkat mereka telah dapat menduduki takhta khalifah. Walaupun pada awalnya, iaitu pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar, pengaruh mereka tidak muncul, khalifah-khalifah yang berkenaan adalah kuat-kuat belaka dasar-dasar Islam dan ajaran-ajarannya berjalan dengan baik. Akan tetapi di waktu kekuasaan telah berpindah ke tangan Sayyidina Osman, dan di waktu beliau telah melanjutkan usianya maka lahirlah kelemahan-kelemahan dalam masyarakat Islam, waktu itu pengaruh Bani Umayyah mula memperlihatkan kuasanya dengan mengambil peranan dalam pemerintahan Osman.

Ada sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa bibit-bibit pembentukan Kerajaan Umayyah ialah sejak Sayyidina Umar dilantik menjadi khalifah, kerana sejak itu lagi golongan Umayyah telah melengkapkan diri mereka dengan menyediakan negeri Syam sebagai tapak masa depan politik mereka. Pernah diriwayatkan bahawa Muawiyyah apabila dilantik sahaja Khalifah Umar sebagai gabenor Negeri Syam, beliau masuk menemui ayahnya Abu Sufian, lantas ayahnya berpesan. Antara lain katanya: " Anakku, mereka orang Muhajirin lebih awal amsuk Islam, kita adalah orang yang terkemudian. Hal ini menyebabkan mereka lebih tinggi daripada kita dan kita telah ketinggalan oleh kelewatan kita sendiri. Semuanya ini memaksa kita jadi pengikut sahaja dan mereka menjadi pemimpin. Walaubagaimanapun, mereka ini telah menganugerahkan kepada kamu suatu yang amat berharga sebagai amanah untukmu. Kerana itu jangan kamu menentang segala perintah yang dikeluarkan, kerana engkau sekarang sedang menuju kepada satu matlamat yang tidak akan kau sampai. Tetapi sekiranya engkau sampai nescaya engkau bernafas semula".

Nasihat yang berharga ini dipatuhi oleh Muawiyyah. Dia menjalankan tugasnya sebagai gabenor negeri Syam dengan baik. Walaubagaimanapun, waktu beliau dipecat daripada jawatan gabenor oleh Khalifah Ali selepas berlakunya pembunuhan Osman, dia telah melakukan suatu penentangan hingga berlaku fitnah dan perundingan Tahkim yang membawa akibat kepada terbunuhnya Khalifah Ali sendiri dan tegaknya Kerajaan Bani Umayyah.

Bani Umayyah mempunyai dua keturunan. Keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu Al-'As bin Umayyah. Kebanyakan khalifah datang daripada keturunan yang kedua. Keturunan pertama yang menjadi khalifah hanya Muawiyyah, Yazid anak Muawiyyah dan Muawiyyah yang kedua, cucu kepada Muawiyyah yang pertama. Kerana keadaan tertentu, maka jatuhlah keturunan Harb dan diganti oleh keturunan Abu Al-'As. Khalifah yang memerintah kerajaan ini semuanya seramai 14 orang yang memakan masa selama 91 tahun lebih.

Kerajaan ini menerima beberapa zaman pergolakan yang boleh dikhususkan kepada tiga zaman, iaitu zaman kelahiran, zaman kemajuan dan pembangunan, dan zaman kehancuran.

Rajah di bawah menunjukkan khalifah-khalifah Bani Umayyah:


I) Zaman kelahiran kerajaan Umayyah ini bermula dengan:

1. Muawiyyah bin Abu Sufian [ 40-60H / 660-680M ]
2. Yazid bin Muawiyyah [ 60-64H / 680-684M ]
3. Muawiyyah bin Yazid [ 64H / 684M ]
4. Marwan bin Al-Hakam [64-65H / 684-685M]
5. Abdul Malik bin Marwan [65-86H / 685-705M]

II) Zaman kemajuan dan pembangunan pula terdapat beberapa orang khalifah, iaitu:

6. Al-Walid bin Abdul Malik [ 86-96H / 705-715M ]
7. Sulaiman bin Abdul Malik [ 96-99H / 715-717M ]
8. Umar bin Abdul Aziz [ 96-101H / 717-720M ]
9. Yazid bin Abdul Malik [ 101-105H / 720-724M ]

III) Zaman kehancuran pula terdapat beberapa orang khalifah, iaitu:

10. Hisyam bin Abdul Malik [ 105-125H / 724-743M ]
11. Al-Walid bin Yazid [ 125-126H / 743-744M ]
12. Yazid bin Abdul Malik [ 126H / 744M ]
13. Ibrahim bin Al-Walid [ 126H / 744M ]
14. Marwan bin Muhammad [ 127-132H / 744-749M ]

Zaman permulaan pemerintahan khalifah-khalifah Bani Umayyah yang dimulai dengan khalifah Muawiyyah hingga kepada pemerintahan Abdul Malik adalah merupakan zaman kelahiran dan kegiatan ke arah penyatuan Islam dan penyelesaian dalam negeri. Itulah sebabnya mengapa dalam jangka masa selama 45 tahun yang pertama ini tidak banyak terdapat perubahan kemajuan yang boleh dibanggakan selain daripada zaman Muawiyyah sahaja, kerana khalifah-khalifah di waktu itu dan pembantu-pembantunya sibuk dengan masalah pemberontakan dalam negeri yang dilakukan oleh golongan Syiah, Khawarij, dan pemberontak yang lain.

akan bersambung siri kedua

Wednesday, November 5, 2008

Pelajar Kelantan paling ramai di Universiti Al Azhar

[ Kompleks yang didiami warga Kelantan sekarang di Hayyu Sabie, Kaherah ]

Wartawan : Salmah Mat Husain
Dipetik daripada : Harakahdaily

KOTA BHARU, 5 Nov (Hrkh) - Pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir sekarang berjumlah 1,800 orang dan ia merupakan bilangan paling ramai di negara terbabit.

Mengambil kira faktor tersebut kerajaan negeri bercadang membeli bangunan baru sembilan tingkat di Kaherah yang berharga RM15 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, asrama tersebut dapat menempatkan seramai 400 orang pelajar dalam satu-satu masa.

"Semua pelajar Kelantan yang belajar di sana sama ada lepasan Yayasan Islam Kelantan (Yik) atau sebaliknya layak menginap di aparment tersebut.

"Negeri-negeri lain telah mempunyai rumah mereka sendiri untuk menampung pelajar mereka yang belajar di Kaherah iaitu di Hayyu Sabi'," ujarnya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Mohd Amar berkata, semua anak negeri sama ada ibu bapa menetap tinggal di negeri-negeri lain sekarang juga layak tinggal di aparment tersebut.

Katanya, sebelum ini Kelantan memiliki dua bangunan untuk menempatkan pelajar di Al Azhar, bagaimanapun rumah itu sudah lama dan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

Menurutnya rumah terbabit masih boleh didiami, bagaimanapun perlu dibaiki semula.

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung