Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Saturday, April 3, 2010

Isu Royalti — Cermin tahap pemikiran pemimpin Malaysia

Manusia dikurniakan pelbagai sifat. Marah, suka, minat, cemburu dan sebagainya. Sifat-sifat ini merupakan nikmat yang dicipta khusus kepada manusia supaya ia dapat menggambarkan bahawa makhluk itu ialah manusia, bukan makhluk yang lain. Apabila soal manusia, sudah tentu berbilang kaum sama ada Melayu sebagai bumiputera di negara Malaysia, kaum China, India dan kaum orang asli di pelusuk negeri. Mempersoalkan isu yang dibangkitkan ini iaitu "adakah negeri Kelantan layak menerima royalti" bukanlah isu yang terlalu kritikal sehingga ia boleh diheret ke mahkamah, apatah lagi mahkamah antarabangsa. Tidak perlu sama sekali sekiranya sifat yang ada pada manusia iaitu suka, toleransi dan faham antara satu sama lain, wujud dalam diri pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang. Bahkan istilah "isu royalti" ini sendiri tidak sepatutnya wujud dan berlegar sehingga menjadi perkara besar di Malaysia lantaran ia sudah ditandatangani pada 35 tahun yang lalu diantara Dato' Haji Mohamed bin Nasir (Menteri Besar Kelantan) bersama Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah (Ketua dan Pengerusi PETRONAS) pada waktu itu. Seperti mana juga pandangan beliau yang dilontarkan baru-baru ini ketika memberi penerangan royalti untuk rakyat Terengganu, beliau mengatakan "sepatutnya ia tidak timbul sama sekali sebagai isu kerana ia dah lama selesai iaitu perlu bayar atau tidak, keputusannya, memang PETRONAS perlu membayar kepada Kerajaan Negeri yang terbabit." Walaupun beliau merupakan ahli tegar UMNO dan sebagai pemimpin UMNO sehingga sekarang, tetapi sikap ini harus dipuji dan mendapat respons yang baik memandangkan beliau sendiri yang terlibat mengasas PETRONAS. Namun, Najib Abdul Razak sendiri memberi kenyataan yang dangkal dan tidak berfakta sama sekali ketika parlimen bersidang pada bulan Februari 2010 baru-baru ini di mana kerajaan Kelantan hanya berhak menerima wang ehsan oleh PETRONAS.

Cuba kita renung sejenak dan berfikir dengan waras, berpegangkan fakta yang berada di hadapan mata kita. Apakah tahap yang boleh kita letakkan kepada pemimpin yang sebegini rupa? Saya sama sekali boleh katakan tahap IQnya = 0/10! Jika kenyataan tersebut dibuat, apa guna perjanjian pada tahun 1975 yang lalu? Adakah perjanjian tersebut hanya bertempoh atau ada had tertentu? seperti agama had hari had hari? Atau kerana bimbangkan kerajaan Kelantan akan bertambah maju dek royalti diberikan? Soal jarak yang ditimbulkan iaitu melebihi tiga batu nautika sama sekali tertolak. Dalam perjanjian tersebut, perkara ini tidak timbul bahkan langsung diberikan kepada Kelantan sebanyak 5%. Sekarang saya jelas dapat melihat masih ada ahli parlimen yang tidak mementingkan sama sekali rakyat yang diperintah bawah kawasannya. Kalau sebut Kelantan, sudah tentu mereka mempertahankan hak. Bagaimana pula Terengganu? Baru-baru ini Menteri Besar Terengganu sendiri mempersoalkan kenapa hanya membayar wang ehsan menunjukkan beliau ada taring dan boleh "memakan mangsa" di hadapan. Tapi alangkah kecewa kerana taring tersebut tumpul bahkan mungkin hampir patah hanya kerana penumbuk ahli politik yang seangkatan dengan beliau sendiri apabila soal ini diketengahkan.

Baiklah, kita beralih kepada wang ehsan akibat daripada "Kelantan tidak layak menerima royalti" ini. Kenyataan ini sama sekali mengakibatkan perangai pemimpin UMNO yang selama ini dangkal, menyebabkan ia lebih lagi menampakkan kebodohan mereka sendiri. Cuba kita guna hujah secara logik akal, iaitu "jika Kelantan tidak layak menerima royalti, maka status Kelantan adalah sama dengan negeri-negeri yang lain seperti Selangor, Perak, Perlis, Melaka dan sebagainya, maka serahkanlah kepada negeri-negeri ini wang ehsan sama!."

Sedarilah, jika kerajaan pusat serius dengan gagasan satu Malaysia dan perjuangan Ketuanan Melayu yang dijulang-julang malah menjadi tema seumur hidup UMNO, silakanlah memberi royalti kepada negeri (Kelantan dan Terengganu) ini yang mana hampir 95% berbangsa Melayu! Jika kalian dan juga calon bebas yang menubuhkan PERKASA ini mahu memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu sehingga menjulang-julang keris, nah! Inilah masa kalian! Ingatlah, rakyat memerhatikan tindak-tanduk dan perilaku kalian yang berada di atas ini. Jangan mudah lupa, nampak rakyat yang berada di bawah adalah kecil menandakan kalian besar, bahkan kami sebagai rakyat akan melihat kalian juga kecil jika kami pandang dari bawah ini. Jadi, fikirlah wahai pemimpin yang bertuanankan Melayu! Jadi, jangan marah apabila kami tonjolkan sifat marah ini pada tempatnya nanti!

0 comments:

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung