Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Tuesday, April 6, 2010

Penerbitan - Antara kesungguhan atau pengalaman semata-mata (Bahagian I/III)

Sekadar Picisan?
Walaupun orang kata cibisan, nampak mudah dan hanya sekadar biasa sahaja, hasilnya juga tidaklah hebat dan sebagainya, tetapi itulah penerbitan. Lebih-lebih lagi ia dikaitkan dengan tugasan kita ketika berpesatuan di Mesir. Walau kita mengatakan ia sukar, meletihkan dan pening tetapi orang sekeliling bukan mudah percaya bahkan orang akan melihat cara proses yang dilakukan nampak seperti "goyang kaki." Betulkah begitu? Tidak sama sekali! Seperti saya katakan sebentar tadi, ia memang sukar walau disekeliling anda mempunyai ahli jawatankuasa yang ramai bahkan ditambah dengan pengalaman yang ada tetapi anda akan rasa ia masih lagi sukar. Lebih malang jika tiada minat, usaha dan sabar berpanjangan.

Proses menghasilkan buletin atau majalah seperti Suara Kampus sebagai contoh, memerlukan langkah yang cukup lengkap iaitu daripada pemilihan anggota kerja atau disebut sebagai krew/editorial, sehinggalah kepada mereka yang bekerja untuk reka-bentuk layout dan pemasaran. Seawal proses iaitu pengumpulan tenaga kerja ini terpundak bawah Ketua Editor yang dilantik oleh Ketua Badan atau Lajnah masing-masing.  Kemudian, akan dilakukan mesyuarat untuk membincangkan kertas kerja secara lumat dan sebati dimana persetujuan perlu dicapai dalam beberapa perkara besar melibatkan rubrik atau isi kandungan bagi makalah tersebut. Bunyi sukar? belum lagi...itu hanyalah proses biasa iaitu bermesyuarat. Proses yang mencabar adalah ketika mana artikel yang diperlukan oleh Ketua perlu dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Di sinilah berlaku pelbagai ralat yang memungkinkan proses untuk diterbitkan menjadi masalah, ralat seperti lewat untuk cetak dan sebagainya. Untuk menetapkan tarikh, ketua perlulah memainkan peranan dengan melihat kewajaran sesuatu bahan tersebut dihantar pada tarikh tertentu. Contoh, jika menghasilkan majalah, sudah tentu tarikh dipanjangkan sehingga tiga minggu bahkan sebulan. Apatah lagi, sekiranya kekurangan krew untuk bertindak. Namun, bagi penghasilan bahan penerbitan yang sedikit atau nipis, masa yang diambil hanyalah seminggu atau kurang daripada itu seperti buletin dan risalah. Pendek kata, lihat pada rasional apakah bentuk yang kita nak hasilkan.

Kepenatan yang ditanggung
Proses menerima bahan yang lewat daripada tarikh asal menyebabkan kekalutan yang teramat bagi pihak Ketua Editor. Malah di sini juga, ketua perlu berkorban untuk backup kerja-kerja yang terbengkalai atau tidak dihantar oleh editorial yang lain. Bayangkan jika ada lima orang editorial tidak menghantar artikel, jadi Ketua perlulah menyediakan lima artikel tadi supaya dapat dikumpulkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Bagaimana jika lebih daripada lima? Sukar bukan? Begitulah suka-duka kerja berpersatuan khususnya pengalaman sedia ada sendiri. Pelbagai alternatif perlu difikir dan dilakukan seperti meletakkan tarikh kedua untuk pengumpulan bahan, meminta bantuan Timbalan yang dilantik dan sebagainya yang dikira sesuai supaya bahan yang ditetapkan sebelum ini wujud sebelum proses suntingan dilakukan. Bukan itu sahaja, Ketua juga bertanggungjawab dan berhak menyunting, menambah baik, reject, atau sebagainya mengikut daya dan pengetahuan masing-masing. Bahkan sebaiknya, Ketua turut sama berbincang bersama Penyunting terhadap artikel-artikel yang dihantar. Ia menambahkan kebaikan bagi kesemua pihak kerana terdapat suntingan yang lebih cermat dan baik sekiranya dilakukan secara berkumpulan.

Antara kesukaran tugas Ketua di sini ialah menetapkan atau menyelaraskan artikel yang dihantar mengikut format yang diinginkan seperti saiz fon, format spacing, jenis font dan apa-apa yang terbabit. Walaupun cara dikumpulkan mungkin berbeza iaitu sama ada melalui kemudahan e-mel, bahan softcopy yang disimpan dalam cakera flash, malah ada yang bertaip pada kertas, kesemuanya perlu diambil berat memandangkan tidak semua krew yang dilantik mempunyai pengetahuan yang sama dalam perkara ini. Memadai mereka menghantar, ia sudah cukup lega. Ketua Editor juga perlu menyelaraskan kembali pelbagai butiran yang bersangkut paut sesebuah artikel dengan bahagian kolum tertentu. Ia penting supaya kolum-kolum yang telah ditetapkan sebelum ini tidak bertindan dengan artikel yang tidak sepatut berada pada tempatnya atau mudah kata, salah meletakkan artikel pada kolumnya sendiri. Jika tidak, proses untuk memasukkanya ke layout mungkin menimbulkan masalah lain. Jadi, selepas daripada bahan dihantar, pastikan Ketua Editor menyemak dahulu sebelum menyerahkannya ke Penyunting!

0 comments:

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung