Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Tuesday, April 6, 2010

Penerbitan - Antara kesungguhan atau pengalaman semata-mata (Bahagian II/III)

Pedas yang perlu dirasa
Perkara "terbalik" yang sentiasa berlaku adalah Penyunting, malah Ketua Badan yang mungkin berjawatan sebagai "Pengarah Urusan" pada waktu itu turut sama menyunting bahan yang melibatkan ejaan semata-mata walau perkara ini boleh diselesaikan oleh editorial. Ejaan, tatabahasa malah ayat-ayat yang perlu ditulis contohnya jarang diambil berat oleh editorial. Bahkan ada yang tidak mengambil endah sekiranya artikel yang dipertanggungjawabkan hanya disalin daripada individu lain sepenuhnya (amalan copy-paste). Ini amat mengecewakan. Jika kita bercakap soal kualiti, malah ketulinan fikrah mahasiswa itu sendiri, tindakan juga turut sama mengiyakannya iaitu dengan menghasilkan artikel sendiri, bukan dengan cara plagiarisme. Merujuk tidak salah, kemudian mengambil bahan rujukan tersebut sebagai membantu malah menyokong artikel yang ditulis saya mengganggapnya sebagai percambahan fakta. Itu tidak mengapa bahkan digalakkan. Yang tertolak di sini ialah amalan menyalin secara penuh artikel individu lain, kemudian menyebarkannya tanpa menulis sama nama penulis asal tersebut. Ini yang sentiasa berlaku dalam Penerbitan. Malah saban tahun perkara ini juga yang berulang-ulang.

Sepatutnya Penyunting / Pembaca Pruf yang dilantik hanya melihat kepada permasalahan yang lebih besar iaitu melibatkan tajuk, fakta yang bercanggah dengan etika bahagian Penerbitan dan sekiranya ia menyentuh soal politik Malaysia atau Mesir tanpa asas. Atau melibatkan perkara politik yang "memberatkan" satu pihak sahaja. Malah penyiaran gambar-gambar yang kurang sopan juga ditegah dengan pendedahan aurat sama ada wanita atau lelaki. Perkara inilah yang sepatutnya beredar dibahagian Penyunting. Dengan kata lain, jika ia dapat dilaksanakan, tugas yang terpundak oleh semua krew akan dapat berjalan dengan selancar-lancarnya melalui bidang tugas masing-masing. Pun begitu, untuk menyerahkan bahan mentah tadi kepada Penyunting dan pihak persatuan sendiri (seperti Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM), sebaiknya melalui proses reka-letak dahulu melalui pereka-bentuk. Pereka-bentuk akan menjadikan ia sebagai sebuah buku yang hampir sempurna untuk tatapan Penyunting bagi melihat, dan melakukan proses editing sebaiknya. Dengan menjaga halaman muka-surat, kualiti persembahan, susun atur huruf yang teratur dan mempunyai cover, pereka-bentuk perlulah dalam kalangan yang mempunyai kecenderungan dan minat supaya tugas yang terpundak dibahunya dapat disusun dengan penuh cermat dan beretika.

Kerahan tenaga
Proses menerbitkan bahan makalah ini tidak berhenti di situ sahaja. Selesai penyuntingan artikel dilakukan atau bahan berkenaan yang melibatkan gambar-gambar, ia akan diserahkan semula ke bahagian pereka-bentuk untuk pembetulan terakhir. Di sinilah kesemua tugas-tugas yang selama ini terpundak pada semua krew yang menyediakan artikel akan tertumpu pada pereka-bentuk. Jika ada ralat, seperti isi yang lebih, tidak cukup, hilang atau sebagainya, pereka-bentuk perlu bertanggungjawan atas reka-letaknya itu. Jadi, di sinilah ia perlu cermat, malah bersungguh-sungguh sama untuk membuat recheck terakhir sebelum proses cetakan berjalan. Tidak kisah menggunakan apa-apa aplikasi seperti produk Microsoft, Adobe, Corel atau apa sahaja yang sesuai untuk bidang penerbitan kerana semua ini melibatkan kesesuaian dan kemahiran pereka-bentuk terbabit. Jika mahir kesemuanya, ia merupakan nilai tambah supaya dapat menghasilkan sebuah makalah yang baik, cantik dan tersusun rapi. Apabila berpuas hati, maka proses percetakan boleh dilakukan.

Jika anda pernah terlibat dengan proses cetakan, anda mestilah mempunyai sedikit-sebanyak berkaitan dengan harga, tempat dan format cetakan itu sendiri. Biasaanya jika Suara Kampus, kerana ia merupakan majalah, malah dianggap aktiviti penting sesebuah persatuan, ia dicetak dikilang dengan harga yang begitu besar dalam lingkungan LE 2500-3500. Malah lebih. Ia bergantung pada kuantiti dan saiz majalah itu sendiri. Jika buletin atau makalah picisan seperti risalah, ia hanya melibatkan proses fotostat sahaja tidak melalui pihak kilang. Ketika ini atau selama mana seseorang memegang tugas ini, ia perlu faham dan mempunyai maklumat ini. Jika tidak, perjalanan sebagai seorang "Pegawai Pemasaran" akan dianggap lemah, tidak aktif malah terlepas pandang sama sekali bidangnya sendiri.

Siap cetak sahaja, proses yang wajib dilakukan juga adalah pengesahan cop daripada pihak berwajib seperti PMRAM. Ia akan memudahkan proses edaran supaya dapat diperluaskan oleh pasaran-pasaran yang lain termasuklah untuk mengedar ke cawangan-cawangan lain selain daripada Kaherah. Selain daripada menyentuh isu keselamatan, setiap bahan bercetak yang lain, seperti iklan, pamflet dan sebagainya perlulah mendapat cop pengesahan pihak berwajib dahulu.

0 comments:

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung