2. Kelahiran Kerajaan Bani Umayyah
1. Muawiyyah bin Abu Sufian [ 40-60H / 660-680M ]
Muawiyyah dilahirkan lebih kurang 15 tahun sebelum hijrah. Memeluk agama Islam pada tahun pembukaan Mekah diwaktu umurnya 23 tahun. Kerana masuk Islamnya itu terlalu akhir sedangkan beliau adalah seorang pemuda yang cergas dan dinamis maka Rasulullah memberi penghormatan khusus dengan cara mendampinginya dan melantik beliau salah seorang daripada jurutulis wahyu. Di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Muawiyyah pernah memimpin satu angkatan tentera untuk membantu tentera Islam di bawah pimpinan saudaranya Yazid bin Abu Sufian yang sedang berjuang di negeri Syam. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuka Kota Sida, Beirut dan lain-lain kota di sekitar negeri Syam. Di zaman khalifah Umar, Muawiyyah dilantik sebagai gabenor negeri Syam setelah Yazid meninggal dunia kerana serangan taun. Oleh yang demikian, Muawiyyah mempunyai kedudukan yang kuat di sana. Beliau adalah seorang yang amanaha dan bijak dalam pentadbiran dan politik. Inilah antara sebab-sebab mengapa Khalifah Umar kasih kepadanya. Waktu pemerintahan Khalifah Osman, Muawiyyah dapat menguasai seluruh negeri Syam. Muawiyyah menjadi gabenor selama 20 tahun seperti juga menjadi khalifah selama 20 tahun.
Apabila Khalifah Osman dibunuh, kemudian orang Madinah melantik penggantinya Sayyidina Ali bin Abu Talib, orang Syam yang diketuai oleh Muawiyyah tidak mengaku pelantikan itu. Beliau menuduh Ali sebagai orang yang bertanggungjawab di atas pembunuhan itu dan melakukan gerakan yang kononnya membela kematian Osman. Akhirnya tercetuslah perang saudara yang hebat di Saffin di mana tentera Ali mendapat kemenangan dalam perang tersebut, tetapi kalah di meja Perundingan Tahkim yang berlangsung kemudiannya. Walaupun setelah berlakunya pembunuhan Khalifah Ali, orang Islam di Iraq utamanya penduduk di Kufah berjaya melantik Sayyidina Hassan sebagai khalifah, pengganti khalifah ayahandanya, tetapi tidak memakan masa yang lama, kerana Sayyidina Hassan sendiri tidak bersedia untuk menghadapi tekanan suasana waktu itu. Beliau dengan suka hatinya meletakkan jawatan.
Ahli-ahli sejarah menjelaskan bahawa faktor utama perletakan jawatan itu ialah kerana Sayyidina Hassan tidak terdaya menghadapi Muawiyyah yang jauh lebih kuat pengaruh dan peribadinya daripada kekuatan yang ada pada Sayyidina Hassan. Faktor yang lainnya pula ialah kerana melawan Muawiyyah ertinya terpaksa mengorbankan orang Islam daripada kedua pihak. Di samping itu sayyidina Hassan juga menyedari kerumitan menjadi khalifah, ayahnya sendiri seorang jaguh dalam politik dan pentadbiran tidak dapat mengatasi kerumitan itu, bagaimana pula dia. Dengan demikian, Sayyidina Hassan dengan penuh kerelaan dan kejujuran telah meletak jawatan dan menyerah segala kuasanya kepada Muawiyyah dengan beberapa syarat. Antaranya:
1. Muawiyyah hendaklah memberi cukai hasil mahsul wilayah Iraq kepada Sayyidina Hassan setiap tahun.
2. Muawiyyah hendaklah memberi saguhati kepada adiknya Husein sebanyak 2 juta dirham sepanjang hidupnya.
3. Muawiyyah hendaklah melebihkan pemberian kepada Bani Hasyim berbanding dengan Bani Umayyah.
4. Muawiyyah hendaklah tidak akan menghina dan mencela nama ayahandanya Sayyidina Ali di atas mimbar.
5. Muawiyyah tidak boleh menuntut bela atau mengambil apa-apa tindakan terhadap penduduk Madinah, Hijaz dan Iraq berhubung dengan peperangan Saffin dan pembunuhan Khalifah Osman.
6. Perlantikan khalifah kemudian daripada Muawiyyah hendaklah dijalankan secara pemilihan yang dipersetujui oleh umat Islam
Bagi Muawiyyah, syarat-syarat ini bukanlah merupakan satu perkara penting. Apa yang perlu ialah kuasa pemerintahan dan taat setia seluruh rakyat. Itulah sebabnya setengah daripada ahli sejarah menceritakan bahawa sebaik-baik sahaja Muawiyyah mendengar bahawa Sayyidina Hassan ingin meletak jawatan dengan beberapa syarat, maka beliau pun menghantar sehelai kertas putih kosong yang ditanda-tangannya meminta Hassan menulis apa syarat-syarat yang dikehendaki.
Setelah selesai perletakan jawatan itu selepas memegang jawatan tersebut selama enam bulan, maka pada 25 Rabiul Thani tahun 41 hijrah, Muawiyyah pun berangkat ke Kufah untuk menerima ikrar taat setia daripada orang Iraq Muawiyyah mendapat sokongan dari Hassan dan Husein juga dari seluruh rakyat Iraq. Setelah itu Sayyidina Hassan dan keluarganya pun balik ke Madinah dan menetap di sana hingga akhir hayatnya pada tahun 50 hijrah. Tahun penyerahan kuasa ini dinamakan tahun penyatuan ( 'Amul Jamaah ), kerana pada tahun inilah tercapainya persetujuan dan penyatuan antara umat Islam menerima seorang khalifah memerintah seluruh jajahan takluk Islam. Sebelum ini mereka berpecah-belah dan mempunyai dua orang khalifah, iaitu Muawiyyah yang dilantik oleh orang Syam, manakala Hassan bin Ali menjadi khalifah di Kufah.
Ahli sejarah mengkritik pemilihan Muawiyyah sebagai khalifah adalah tidak sah kerana ia didasarkan oleh tipu daya politik dan kecekapannya dalam bidang diplomasi. Beliau tidak dipilih oleh ahlul hilli wal-aqdi sebagaimana pemilihan para Khalifah-Rasyidin. Pada mulanya Muawiyyah dilantik oleh sebahagian daripada umat Islam di Syam dan ditentang keras oleh penduduk di Iraq. Penerimaan kemudiannya adalah secara paksa.
Perubahan yang dilakukan oleh Muawiyyah
Ada beberapa perubahan besar telah diperkenalkan oleh Muawiyyah kepada masyarakat Islam setelah beliau memegang teraju pemerintahan Islam. Perubahan itu dilakukan dengan licin dan amat berhati-hati sekali mengikut perjalanan politik kerajaan Byzantine dan Sasan. Antaranya ialah perubahan pusat pentadbiran dari Madinah ke Damsyik, cara pengkhalifahan, dan wujudnya semangat keduniaan di dalam cara pentadbiran.
Perkara perubahan pusat pentadbiran tidaklah menimbulkan apa-apa kesan yang besar di kalangan rakyat dan tradisi pada ketika itu. Muawiyyah terpaksa melakukan demikian ialah kerana pengaruhnya dan pengikutnya ramai di Damsyik. Tambahan pula kota tersebut subur dan berada di tengah jalan perdagangan. Tetapi perubahan di dalam cara melantik khalifah dan timbulnya semangat keduniaan yang terbuka telah menimbulkan reaksi yang tidak baik di kalangan setengah golongan rakyat.
Dalam perkara pengkhalifahan, Muawiyyah telah melenyapkan sistem pemerintahan secara demokrasi dan memperkenalkan sistem monarki yang diamalkan dalam kerajaan di negeri-negeri China, India, Byzantine, Parsi dan lain-lain. Muawiyyah telah melahirkan corak baharu di dalam pentadbirannya dengan membuat penetapan rasmi memberi hak jawatan khalifah kepada keturunannya dari Bani Umayyah. Beliau telah berusaha untuk mengekalkan cara ini secara terus menerus untuk mengelakkan keturunan Bani Hasyim daripada jawatan khaifah. Di tinjau dari konsep demokrasi, keadaan ini adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan tidak pernah dilakukan oleh khalifah-khalifah yang terdahulu. Walaupun pada tahun 41 hijrah, telah ada persetujuan rasmi dengan Sayyidina Hassan tentang pelantikan khalifah, tetapi persetujuan itu telah dicabul dengan cara melantik anaknya Yazid sebagai putera mahkota yang akan menggantinya nanti dengan beberapa alasan demi penyatuan umat Islam. Dengan demikian orang Islam kehilangan satu hak yang telah diamalkan sejak beberapa lama, iaitu hak bersuara melantik pemerintah mereka.
Muawiyyah berpendapat bahawa faktor utama berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam sebelumnya ialah perebutan kuasa yang sering berlaku antara pemuka-pemuka Islam. Perlantikan anaknya itu adalah merupakan satu langkah ke arah menghapuskan satu penyakit yang besar dalam masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi suasana dan keadaan negara Islam di waktu itu telah berubah sama sekali, wilayah-wilayahnya telah meluas. Ini sudah tentu perhubungan antara satu wilayah dengan wilayahnya yang lain merupakan satu perkara yang sukar, utamanya bagi umat Islam melakukan pemilihan khalifah apabila khalifah yang ada meninggal dunia.
Satu lagi perubahan penting yang dikemukakan oleh Muawiyyah ialah pemakaian unsur-unsur keduniaan secara keterlaluan. Dalam masa Nabi Muhammad dan masa Khulafa Rasyidin tidak pernah dilakukan demikian melainkan secara sederhana sahaja. Apa yang perlu bagi mereka hanya kebajikan seluruh rakyat dimana nilai-nilai akhlak menjadi perinsipnya. Tetapi keadaan dalam masa Muawiyyah dan kebanyakan khalifah Umayyah yang lain adalah sangat berlainan. Beliau telah memulakan pengunaan alat kebesaran di dalam pentadbirannya sebagaimana yang terdapat di dalam kerajaan Byzantine, China dan lain-lain.
Muawiyyah telah mengutamakan kehidupan secara meterial yang begitu besar di dalam dan di luar istananya. Peraturan dalam istana khalifah dibuat dengan alat kebesaran yang mengkagumkan. Susunan pembesar-pembesar dan pengawai-pengawai dilakukan mengikut cara yang indah. Waktu Muawiyyah berangkat ke masjid terutamanya ketika menunaikan fardhu jumaat telah diiringi oleh pengawal-pengawal yang lengkap dan peralatan yang mengkagumkan. Di masjid pula beliau sembahyang di suatu tempat yang dikhaskan kepadanya.
Di dalam keadaan yang sama Muawiyyah telah mengutamakan dasar pengambilan keturunan darah arab. Secara beransur-ansur beliau telah melantik pegawai-pegawai dan pembesar-pembesar daripada mereka yang berdarah Arab, khususnya daripada keturunan Umayyah. Golongan Islam lain yang juga menjadi rakyat kerajaan Umayyah seumpama orang Parsi, Turki, India dan sebagainya tidak mendapat tempat yang sama. Keadaan ini secara beransur-beransur telah menimbulkan reaksi yang tidak baik di kalangan rakyat. Walaupun reaksi ini dalam jangka pendek dapat dihapuskan dengan kekuatan tentera, tetapi dalam jangka masa panjang adalah amat merbahaya.

akan bersambung siri ketiga
0 comments:
Post a Comment