Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Tuesday, November 25, 2008

Ikhtisar Perkembangan Islam [ siri 3 ]


3. Peristiwa Karbala

2. Yazid bin Muawiyyah [ 60-64H / 680-684M ]

Yazid dilahirkan pada tahun 26 Hijrah ketika bapanya Muawiyyah menjadi gabenor di negeri Syam. Beliau menaiki takhta khalifah sebaik-baik sahaja ayahnya Muawiyyah meninggal dunia pada tahun 60 Hijrah. Pengisytiharan ini mendapat tentangan daripada orang di Madinah yang diketuai oleh Hussin bin Ali, Abdullah bin Zubir dan Abdullah bin Umar. Sebelum ini, iaitu pada tahun 56 Hijrah, beliau telahpun dilantik oleh ayahandanya sebagai putera mahkota. Muawiyyah sendiri berusaha mengadakan pungutan suara ( refendum ) secara paksa supaya anaknya Yazid diterima sebagai bakal khalifah yang akan mewarisinya kelak.

Pengaruh Muawiyyah telah dapat menawan hati orang Islam terutamanya penduduk Iraq dan Syam. Tetapi ada juga beberapa golongan yang menentang cara Muawiyyah itu, utamanya penduduk Kufah dan Hijaz. Penduduk Kufah mahu supaya Hussin bin Ali dilantik sebagai khalifah dan penduduk Hijaz pula mahukan Abdullah bin Zubair. Mereka ini berpendapat bahawa perlantikan Yazid bin Muawiyyah itu bukanlah hanya mengubah undang-undang khalifah yang telah diamalkan pada zaman khulafa' Rasyidin, tetapi bertentangan dengan perjanjian yang dibuat antaranya dengan Hassan bin Ali sewaktu penyerahan kuasa khalifah dahulu.

Sebaik-baik sahaja Yazid ditabalkan menjadi khalifah setelah ayahandanya wafat di Damsyik, terus beliau menulis surat kepada gabenornya Al-Walid bin Utbah di Madinah meminta taat setia daripada Hussin dan penyokong-penyokongnya. Secara terpaksa orang Madinah patuh kepada permintaan itu, tetapi Sayyidina Hussin, adik kepada Sayyidina Hassan enggan berbuat demikian. Lantas dia dan keluarganya berpindah ke Mekah. Di Mekah dia menerima surat daripada penyokong-penyokongnya di Kufah menjemput pindah ke sana untuk dilantik menjadi khalifah.

Orang Kufah yang terkenal dengan golongan Syiah itu, walaupun diwaktu Hassan bin Ali menarik diri daripada menjadi khalifah, mereka telah berubah sikap menyokong Muawiyyah, tetapi perlantikan Yazid sebagai putera mahkota, kemudian sebagai khalifah, dan perbuatan pihak Kerajaan Umayyah mencaci khalifah Ali di atas mimbar masjid waktu membaca khutbah itu telah menimbulkan sikap benci pula. Mereka ini mengganggap bahawa Hussin adalah orang yang berhak memegang jawatan khalifah, orang yang menentang Hussin adalah zalim. Hussin dan keluarganya yang selama ini tidak senang dengan peribadi Yazid yang kejam terus sahaja terpengaruh dengan jemputan itu. Beliau merasai satu penghargaan yang besar dari orang Islam di Kufah terhadap dirinya. Lantas beliau dan keluarganya, juga seramai 80 orang pengikutnya terus berhijrah ke Kufah tanpa mengendahkan larangan dan nasihat-nasihat daripada cerdik pandai di Mekah tentang kemungkinan-kemungkinan bahaya yang akan menimpa dirinya.

Apabila berita ini dan berita tentang kedudukan Kufah begitu genting, maka Khalifah Yazid pun memecat Gabenor Kufah, Mukmin bin Basyir, kemudian dicantum dengan Basrah di bawah Gabenor Ubaidullah bin Zaid. Ubaidullah terus memerintah angkatan tenteranya supaya segenap jalan menuju kota Kufah mesti dijaga dan diawasi. Waktu rombongan Sayyidina Hussin sampai di Karbala, mereka bertempur dengan tentera Ubaidullah bin Zaid, iaitu pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Kesudahannya pengikut Hussin menerima kekalahan dan Hussin sendiri gugur terkorban. Kepala Sayyidina Hussin dan keluarganya dikirimkan kepada Yazid di Damsyik. Yang tidak terkorban dalam pertempuran ini hanya kaum perempuan dan anaknya Ali Zainal Abidin bin Hussin.

Walaupun Yazid terkenal bengis dan kejam, tetapi kematian Sayyidina Hussin yang dasyat dan ngeri itu menyedihkan hatinya juga. Hal ini adalah kerana mengingatkan wasiat ayahandanya Muawiyyah, iaitu jika dia dapat mengalahkan Hussin, maka hendaklah dia menghormati dan memaafkan musuhnya itu. Tetapi nasi sudah menjadi bubur, dia sudah tidak berdaya membuat apa-apa lagi. Namun demikian kemurahan hatinya telah dibuktikan juga kepada keluarga Hussin dengan menghantar secara terhormat ke Madinah.

akan bersambung siri keempat

0 comments:

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung