Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Tuesday, November 25, 2008

Ikhtisar Perkembangan Islam [ siri 3 ]


3. Peristiwa Karbala

2. Yazid bin Muawiyyah [ 60-64H / 680-684M ]

Yazid dilahirkan pada tahun 26 Hijrah ketika bapanya Muawiyyah menjadi gabenor di negeri Syam. Beliau menaiki takhta khalifah sebaik-baik sahaja ayahnya Muawiyyah meninggal dunia pada tahun 60 Hijrah. Pengisytiharan ini mendapat tentangan daripada orang di Madinah yang diketuai oleh Hussin bin Ali, Abdullah bin Zubir dan Abdullah bin Umar. Sebelum ini, iaitu pada tahun 56 Hijrah, beliau telahpun dilantik oleh ayahandanya sebagai putera mahkota. Muawiyyah sendiri berusaha mengadakan pungutan suara ( refendum ) secara paksa supaya anaknya Yazid diterima sebagai bakal khalifah yang akan mewarisinya kelak.

Pengaruh Muawiyyah telah dapat menawan hati orang Islam terutamanya penduduk Iraq dan Syam. Tetapi ada juga beberapa golongan yang menentang cara Muawiyyah itu, utamanya penduduk Kufah dan Hijaz. Penduduk Kufah mahu supaya Hussin bin Ali dilantik sebagai khalifah dan penduduk Hijaz pula mahukan Abdullah bin Zubair. Mereka ini berpendapat bahawa perlantikan Yazid bin Muawiyyah itu bukanlah hanya mengubah undang-undang khalifah yang telah diamalkan pada zaman khulafa' Rasyidin, tetapi bertentangan dengan perjanjian yang dibuat antaranya dengan Hassan bin Ali sewaktu penyerahan kuasa khalifah dahulu.

Sebaik-baik sahaja Yazid ditabalkan menjadi khalifah setelah ayahandanya wafat di Damsyik, terus beliau menulis surat kepada gabenornya Al-Walid bin Utbah di Madinah meminta taat setia daripada Hussin dan penyokong-penyokongnya. Secara terpaksa orang Madinah patuh kepada permintaan itu, tetapi Sayyidina Hussin, adik kepada Sayyidina Hassan enggan berbuat demikian. Lantas dia dan keluarganya berpindah ke Mekah. Di Mekah dia menerima surat daripada penyokong-penyokongnya di Kufah menjemput pindah ke sana untuk dilantik menjadi khalifah.

Orang Kufah yang terkenal dengan golongan Syiah itu, walaupun diwaktu Hassan bin Ali menarik diri daripada menjadi khalifah, mereka telah berubah sikap menyokong Muawiyyah, tetapi perlantikan Yazid sebagai putera mahkota, kemudian sebagai khalifah, dan perbuatan pihak Kerajaan Umayyah mencaci khalifah Ali di atas mimbar masjid waktu membaca khutbah itu telah menimbulkan sikap benci pula. Mereka ini mengganggap bahawa Hussin adalah orang yang berhak memegang jawatan khalifah, orang yang menentang Hussin adalah zalim. Hussin dan keluarganya yang selama ini tidak senang dengan peribadi Yazid yang kejam terus sahaja terpengaruh dengan jemputan itu. Beliau merasai satu penghargaan yang besar dari orang Islam di Kufah terhadap dirinya. Lantas beliau dan keluarganya, juga seramai 80 orang pengikutnya terus berhijrah ke Kufah tanpa mengendahkan larangan dan nasihat-nasihat daripada cerdik pandai di Mekah tentang kemungkinan-kemungkinan bahaya yang akan menimpa dirinya.

Apabila berita ini dan berita tentang kedudukan Kufah begitu genting, maka Khalifah Yazid pun memecat Gabenor Kufah, Mukmin bin Basyir, kemudian dicantum dengan Basrah di bawah Gabenor Ubaidullah bin Zaid. Ubaidullah terus memerintah angkatan tenteranya supaya segenap jalan menuju kota Kufah mesti dijaga dan diawasi. Waktu rombongan Sayyidina Hussin sampai di Karbala, mereka bertempur dengan tentera Ubaidullah bin Zaid, iaitu pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Kesudahannya pengikut Hussin menerima kekalahan dan Hussin sendiri gugur terkorban. Kepala Sayyidina Hussin dan keluarganya dikirimkan kepada Yazid di Damsyik. Yang tidak terkorban dalam pertempuran ini hanya kaum perempuan dan anaknya Ali Zainal Abidin bin Hussin.

Walaupun Yazid terkenal bengis dan kejam, tetapi kematian Sayyidina Hussin yang dasyat dan ngeri itu menyedihkan hatinya juga. Hal ini adalah kerana mengingatkan wasiat ayahandanya Muawiyyah, iaitu jika dia dapat mengalahkan Hussin, maka hendaklah dia menghormati dan memaafkan musuhnya itu. Tetapi nasi sudah menjadi bubur, dia sudah tidak berdaya membuat apa-apa lagi. Namun demikian kemurahan hatinya telah dibuktikan juga kepada keluarga Hussin dengan menghantar secara terhormat ke Madinah.

akan bersambung siri keempat

Demonstrasi Aman Gaza di Universiti Al-Azhar


Petunjuk kepada gambar di atas
1) Sedang berarak ke hadapan kuliah Bahasa Arab untuk berkumpul
2) Saya bersama warga tempatan dengan label yang ditulis Bahasa German
3) Semua khusyuk mendengar bacaan al-Quran oleh qari ( sedang duduk )
4) Para demonstrasi yang teramat ramai. Penuh membanjiri perkarangan kuliah Bahasa Arab

Perarakan ini adalah kelmarin [ 24.11.08, Isnin di Universiti Al-Azhar, Hussin Kaherah )

Saturday, November 22, 2008

Crysis for Vista 64-bit


Timbul beberapa masalah apabila pengguna Game Crysis cuba menggunakan Window Vista 64-bit untuk play game tersebut. Dalam folder Bin64 yang terdapat dalam tempat simpanan (installed), pengguna akan dapati terdapat dua patch iaitu Crysis dan Crysis64. Masalah yang timbul setelah game ini di install dalam Vista, skrin akan menjadi gelap sedangkan komputer kita sedang running. Bila membuka mana-mana forum, banyak terdapat solution dalam masalah ini. Tetapi ia seolah-olah bergantung kepada performance komputer yang kita gunakan. Walau bagaimanapun solution-solution tersebut tidak dapat memberikan hasil yang baik kepada saya. Saya teruskan mencari cara penyelesaian yang lain dan akhirnya, saya terjumpa file dalam web tertentu yang mengandungi patch ( no cd ) untuk Vista 64-bit ini. Apabila saya muat turunkan dan replace atas patch yang sedia ada, mujurlah ia berhasil juga.

Pengguna yang inginkan fail tersebut, bolehlah muat turunkan di link ini :
http://www.2shared.com/file/4326429/4a7b17dc/rzr-c64f.html

Saya telah upload fail.rar tersebut dan anda bolehlah mengaksesnya pada bila-bila masa! Enjoy your Crysis!

Oh ya, Anda juga perlulah mengdownload update untuk game ini yang dikenali sebagai:
1) Crysis Patch 1.2
2) Crysis Patch 1.2.1

Update ini adalah hotfix yang akan menyelesaikan masalah anda yang sentiasa menghadapi bug ketika play game tersebut. Sila download kedua-duanya dan install yang pertama dahulu sebelum patch kedua. Anda boleh mengdownload kedua-dua hotfix ini menerusi web crytek di : http://crymod.com/filebase.php?cat=29

Moga dapat menyelesaikan masalah anda dalam Crysis dan Crysis Warhead ini! XD

p/s : Crysis Warhead bukanlah Crysis II. Tetapi ia hanyalah lanjutan siri kepada Crysis Pertama sahaja. Menurut sumber dalam hal ini, Crysis II memang akan ada. Tapi belum pasti bila akan muncul. Heh, Be There!

Wednesday, November 19, 2008

Jadual Waktu Semester 1 [ 0809 ]

Di atas adalah jadual waktu pembelajaran kuliah saya. Em, saya taipkan juga di bawah ini untuk memudahkan sesiapa untuk faham. Lagipun gambar tersebut agak kabur sikit. Mungkin ada sahabat di luar sana yang sama dengan kuliah saya [ bahasa arab jurusan am tahun dua, Kaherah ]. Bolehlah menyalinnya.

Sabtu = Balaghah [ 9-11 ] Nahu [ 11-12 ] Tarikh Adab Arabi [ 12-1 ]
Ahad = Balaghah [ 9-10 ] Nahu [ 10-12 ] Ma'ajim Lughah [ 12-2 ] B.Inggeris [ 2-4 ]
Isnin = Tafsir [ 10-11] Tarikh Adab Arabi [ 11-1 ]
Selasa = Ma'ajim Lughah [ 9-11 ] Fekah Muamalat [ 11-1 ] Al-Quran [ 1-2 ]
Rabu = Fekah Muamalat [ 9-11 ] B.Inggeris [ 11-1 ]
Khamis dan Jumaat = cuti [ cuti diberikan untuk tahun dua jurusan am sahaja ]

__________________________________________________

Untuk subjek peperiksaan yang akan diduduki pada semester ini, hanyalah empat sahaja iaitu:
1- Bahasa Inggeris
2- Tarikh Adab Arabi [ * ]
3- Maajim Lughah
4- Fekah Muamalat [ * ]

Manakala untuk semester kedua, subjek yang akan diambil oleh calon peperiksaan ialah sebanyak sembilan subjek iaitu:
1- Al-Quran
2- Tafsir [ * ]
3- Nahu [ * ]
4- Qoah Bahas
5- Balaghah [ * ]
6- Nusus Adabiah [ * ]
7- Soraf [ * ]
8- Auwan Syair [ * ]
9- Tarikh Islam [ * ]

petunjuk
[ * ] subjek-subjek yang saya mengulang pada kedua-dua semester ini.

Tuesday, November 18, 2008

Ikhtisar Perkembangan Islam [ siri 2 ]


2. Kelahiran Kerajaan Bani Umayyah

1. Muawiyyah bin Abu Sufian [ 40-60H / 660-680M ]

Muawiyyah dilahirkan lebih kurang 15 tahun sebelum hijrah. Memeluk agama Islam pada tahun pembukaan Mekah diwaktu umurnya 23 tahun. Kerana masuk Islamnya itu terlalu akhir sedangkan beliau adalah seorang pemuda yang cergas dan dinamis maka Rasulullah memberi penghormatan khusus dengan cara mendampinginya dan melantik beliau salah seorang daripada jurutulis wahyu. Di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Muawiyyah pernah memimpin satu angkatan tentera untuk membantu tentera Islam di bawah pimpinan saudaranya Yazid bin Abu Sufian yang sedang berjuang di negeri Syam. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuka Kota Sida, Beirut dan lain-lain kota di sekitar negeri Syam. Di zaman khalifah Umar, Muawiyyah dilantik sebagai gabenor negeri Syam setelah Yazid meninggal dunia kerana serangan taun. Oleh yang demikian, Muawiyyah mempunyai kedudukan yang kuat di sana. Beliau adalah seorang yang amanaha dan bijak dalam pentadbiran dan politik. Inilah antara sebab-sebab mengapa Khalifah Umar kasih kepadanya. Waktu pemerintahan Khalifah Osman, Muawiyyah dapat menguasai seluruh negeri Syam. Muawiyyah menjadi gabenor selama 20 tahun seperti juga menjadi khalifah selama 20 tahun.

Apabila Khalifah Osman dibunuh, kemudian orang Madinah melantik penggantinya Sayyidina Ali bin Abu Talib, orang Syam yang diketuai oleh Muawiyyah tidak mengaku pelantikan itu. Beliau menuduh Ali sebagai orang yang bertanggungjawab di atas pembunuhan itu dan melakukan gerakan yang kononnya membela kematian Osman. Akhirnya tercetuslah perang saudara yang hebat di Saffin di mana tentera Ali mendapat kemenangan dalam perang tersebut, tetapi kalah di meja Perundingan Tahkim yang berlangsung kemudiannya. Walaupun setelah berlakunya pembunuhan Khalifah Ali, orang Islam di Iraq utamanya penduduk di Kufah berjaya melantik Sayyidina Hassan sebagai khalifah, pengganti khalifah ayahandanya, tetapi tidak memakan masa yang lama, kerana Sayyidina Hassan sendiri tidak bersedia untuk menghadapi tekanan suasana waktu itu. Beliau dengan suka hatinya meletakkan jawatan.

Ahli-ahli sejarah menjelaskan bahawa faktor utama perletakan jawatan itu ialah kerana Sayyidina Hassan tidak terdaya menghadapi Muawiyyah yang jauh lebih kuat pengaruh dan peribadinya daripada kekuatan yang ada pada Sayyidina Hassan. Faktor yang lainnya pula ialah kerana melawan Muawiyyah ertinya terpaksa mengorbankan orang Islam daripada kedua pihak. Di samping itu sayyidina Hassan juga menyedari kerumitan menjadi khalifah, ayahnya sendiri seorang jaguh dalam politik dan pentadbiran tidak dapat mengatasi kerumitan itu, bagaimana pula dia. Dengan demikian, Sayyidina Hassan dengan penuh kerelaan dan kejujuran telah meletak jawatan dan menyerah segala kuasanya kepada Muawiyyah dengan beberapa syarat. Antaranya:

1. Muawiyyah hendaklah memberi cukai hasil mahsul wilayah Iraq kepada Sayyidina Hassan setiap tahun.
2. Muawiyyah hendaklah memberi saguhati kepada adiknya Husein sebanyak 2 juta dirham sepanjang hidupnya.
3. Muawiyyah hendaklah melebihkan pemberian kepada Bani Hasyim berbanding dengan Bani Umayyah.
4. Muawiyyah hendaklah tidak akan menghina dan mencela nama ayahandanya Sayyidina Ali di atas mimbar.
5. Muawiyyah tidak boleh menuntut bela atau mengambil apa-apa tindakan terhadap penduduk Madinah, Hijaz dan Iraq berhubung dengan peperangan Saffin dan pembunuhan Khalifah Osman.
6. Perlantikan khalifah kemudian daripada Muawiyyah hendaklah dijalankan secara pemilihan yang dipersetujui oleh umat Islam

Bagi Muawiyyah, syarat-syarat ini bukanlah merupakan satu perkara penting. Apa yang perlu ialah kuasa pemerintahan dan taat setia seluruh rakyat. Itulah sebabnya setengah daripada ahli sejarah menceritakan bahawa sebaik-baik sahaja Muawiyyah mendengar bahawa Sayyidina Hassan ingin meletak jawatan dengan beberapa syarat, maka beliau pun menghantar sehelai kertas putih kosong yang ditanda-tangannya meminta Hassan menulis apa syarat-syarat yang dikehendaki.

Setelah selesai perletakan jawatan itu selepas memegang jawatan tersebut selama enam bulan, maka pada 25 Rabiul Thani tahun 41 hijrah, Muawiyyah pun berangkat ke Kufah untuk menerima ikrar taat setia daripada orang Iraq Muawiyyah mendapat sokongan dari Hassan dan Husein juga dari seluruh rakyat Iraq. Setelah itu Sayyidina Hassan dan keluarganya pun balik ke Madinah dan menetap di sana hingga akhir hayatnya pada tahun 50 hijrah. Tahun penyerahan kuasa ini dinamakan tahun penyatuan ( 'Amul Jamaah ), kerana pada tahun inilah tercapainya persetujuan dan penyatuan antara umat Islam menerima seorang khalifah memerintah seluruh jajahan takluk Islam. Sebelum ini mereka berpecah-belah dan mempunyai dua orang khalifah, iaitu Muawiyyah yang dilantik oleh orang Syam, manakala Hassan bin Ali menjadi khalifah di Kufah.

Ahli sejarah mengkritik pemilihan Muawiyyah sebagai khalifah adalah tidak sah kerana ia didasarkan oleh tipu daya politik dan kecekapannya dalam bidang diplomasi. Beliau tidak dipilih oleh ahlul hilli wal-aqdi sebagaimana pemilihan para Khalifah-Rasyidin. Pada mulanya Muawiyyah dilantik oleh sebahagian daripada umat Islam di Syam dan ditentang keras oleh penduduk di Iraq. Penerimaan kemudiannya adalah secara paksa.

Perubahan yang dilakukan oleh Muawiyyah

Ada beberapa perubahan besar telah diperkenalkan oleh Muawiyyah kepada masyarakat Islam setelah beliau memegang teraju pemerintahan Islam. Perubahan itu dilakukan dengan licin dan amat berhati-hati sekali mengikut perjalanan politik kerajaan Byzantine dan Sasan. Antaranya ialah perubahan pusat pentadbiran dari Madinah ke Damsyik, cara pengkhalifahan, dan wujudnya semangat keduniaan di dalam cara pentadbiran.

Perkara perubahan pusat pentadbiran tidaklah menimbulkan apa-apa kesan yang besar di kalangan rakyat dan tradisi pada ketika itu. Muawiyyah terpaksa melakukan demikian ialah kerana pengaruhnya dan pengikutnya ramai di Damsyik. Tambahan pula kota tersebut subur dan berada di tengah jalan perdagangan. Tetapi perubahan di dalam cara melantik khalifah dan timbulnya semangat keduniaan yang terbuka telah menimbulkan reaksi yang tidak baik di kalangan setengah golongan rakyat.

Dalam perkara pengkhalifahan, Muawiyyah telah melenyapkan sistem pemerintahan secara demokrasi dan memperkenalkan sistem monarki yang diamalkan dalam kerajaan di negeri-negeri China, India, Byzantine, Parsi dan lain-lain. Muawiyyah telah melahirkan corak baharu di dalam pentadbirannya dengan membuat penetapan rasmi memberi hak jawatan khalifah kepada keturunannya dari Bani Umayyah. Beliau telah berusaha untuk mengekalkan cara ini secara terus menerus untuk mengelakkan keturunan Bani Hasyim daripada jawatan khaifah. Di tinjau dari konsep demokrasi, keadaan ini adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan tidak pernah dilakukan oleh khalifah-khalifah yang terdahulu. Walaupun pada tahun 41 hijrah, telah ada persetujuan rasmi dengan Sayyidina Hassan tentang pelantikan khalifah, tetapi persetujuan itu telah dicabul dengan cara melantik anaknya Yazid sebagai putera mahkota yang akan menggantinya nanti dengan beberapa alasan demi penyatuan umat Islam. Dengan demikian orang Islam kehilangan satu hak yang telah diamalkan sejak beberapa lama, iaitu hak bersuara melantik pemerintah mereka.

Muawiyyah berpendapat bahawa faktor utama berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam sebelumnya ialah perebutan kuasa yang sering berlaku antara pemuka-pemuka Islam. Perlantikan anaknya itu adalah merupakan satu langkah ke arah menghapuskan satu penyakit yang besar dalam masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi suasana dan keadaan negara Islam di waktu itu telah berubah sama sekali, wilayah-wilayahnya telah meluas. Ini sudah tentu perhubungan antara satu wilayah dengan wilayahnya yang lain merupakan satu perkara yang sukar, utamanya bagi umat Islam melakukan pemilihan khalifah apabila khalifah yang ada meninggal dunia.

Satu lagi perubahan penting yang dikemukakan oleh Muawiyyah ialah pemakaian unsur-unsur keduniaan secara keterlaluan. Dalam masa Nabi Muhammad dan masa Khulafa Rasyidin tidak pernah dilakukan demikian melainkan secara sederhana sahaja. Apa yang perlu bagi mereka hanya kebajikan seluruh rakyat dimana nilai-nilai akhlak menjadi perinsipnya. Tetapi keadaan dalam masa Muawiyyah dan kebanyakan khalifah Umayyah yang lain adalah sangat berlainan. Beliau telah memulakan pengunaan alat kebesaran di dalam pentadbirannya sebagaimana yang terdapat di dalam kerajaan Byzantine, China dan lain-lain.

Muawiyyah telah mengutamakan kehidupan secara meterial yang begitu besar di dalam dan di luar istananya. Peraturan dalam istana khalifah dibuat dengan alat kebesaran yang mengkagumkan. Susunan pembesar-pembesar dan pengawai-pengawai dilakukan mengikut cara yang indah. Waktu Muawiyyah berangkat ke masjid terutamanya ketika menunaikan fardhu jumaat telah diiringi oleh pengawal-pengawal yang lengkap dan peralatan yang mengkagumkan. Di masjid pula beliau sembahyang di suatu tempat yang dikhaskan kepadanya.

Di dalam keadaan yang sama Muawiyyah telah mengutamakan dasar pengambilan keturunan darah arab. Secara beransur-ansur beliau telah melantik pegawai-pegawai dan pembesar-pembesar daripada mereka yang berdarah Arab, khususnya daripada keturunan Umayyah. Golongan Islam lain yang juga menjadi rakyat kerajaan Umayyah seumpama orang Parsi, Turki, India dan sebagainya tidak mendapat tempat yang sama. Keadaan ini secara beransur-beransur telah menimbulkan reaksi yang tidak baik di kalangan rakyat. Walaupun reaksi ini dalam jangka pendek dapat dihapuskan dengan kekuatan tentera, tetapi dalam jangka masa panjang adalah amat merbahaya.

akan bersambung siri ketiga

Ikhtisar Perkembangan Islam [ siri 1 ]


Kelahiran Kerajaan Umayyah

1. Latar belakang Bani Umayyah

Nama Umayyah diambil bersempena dengan nama Muawiyyah, iaitu Muawiyyah bin Abu Sufian bin Harb bin Umayyah bin Abdu Syam bin Abdu Manaf, salah seorang daripada pembesar Quraisy yang dihormati di zaman jahiliah. Antaranya dengan bapa saudaranya Hasyim bin Abdu Manaf sentiasa berlaku pertarungan merebut pangkat dan kedudukan, tetapi Umayyah mempunyai kedudukan yang lebih terpengaruh daripada Hasyim bin Abdu Manaf, kerana Umayyah mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk menjadi tokoh agung pada zaman itu. Dia mempunyai harta dan kekayaan, mempunyai sepuluh orang putera yang handal dan bijaksana.

Di bawah ini dijelaskan rajah keturunan keluarga Bani Umayyah :


Apabila lahirnya agama Islam perhubungan antara anak-anak keturunan Bani Umayyah dengan anak-anak keturunan bapa saudaranya Bani Hasyim bertambah tegang dan terputus, kerana pendirian keturunan Bani Umayyah menentang seruan Rasulullah yang kebetulannya daripada keturunan Bani Hasyim, manakala pendirian Bani Hasyim pula sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan Rasulullah dan pengikut-pengikutnya.

Dalam peperangan Badar, kekuatan tentera Quraisy boleh dikatakan keseluruhannya bergantung kepada keturunan Bani Abdu Syams ( Bapa kepada Umayyah ), kerana Abu Sufian, Cucu Umayyah, tuan punya dagangan daripada Syam itu meminta pertolongan tentera daripada Mekah sebaik-baik sahaja diketahui bahawa tentera Islam berada di tengah jalan antara Mekah dan Syam. Pertolongan daripada Mekah yang datang itu adalah diketuai oleh Utbah bin Rabiah bin Abdu Syams.

Kebanyakan kaum Bani Umayyah ini memeluk agama Islam di waktu terdesak di mana Rasulullah dan pengikut-pengikutnya menawan kembali kota Mekah. Sebelum itu mereka adalah musuh Islam yang sengit sekali kepada peribadi dan perjuangan Rasulullah. Dengan ini jelaslah bahawa mereka adalah golongan yang terkemudian sekali masuk Islam. Tetapi setelah mereka berada dalam agama Islam, mereka telah menunjukkan bakat-bakat kepahlawanan dan semangat yang luar biasa seolah-olah untuk mempertimbangkan perbuatan mereka yang telah lalu dan untuk melupakan pandangan orang ramai tentang permusuhan mereka kepada Rasulullah. Mereka telah menunjukkan keberanian dan semangat yang luar biasa itu dalam memerangi orang murtad dan orang yang mengaku nabi. Begitu juga dalam peperangan menghadapi musuh dari luar semenanjung Tanah Arab. Abu Sufian sendiri, iaitu bapa kepada Muawiyyah, sesudah memeluk agama Islam terus berjuang bermati-matian bersama Rasulullah dan berbagai pertempuran, sehingga sebelah matanya hilang dan sebelah mata lagi juga hilang dalam peperangan Yarmuk ketika turut berperang di bawah pimpinan anaknya yang bernama Yazid bin Abu Sufian.

Dalam jangka waktu yang paling singkat mereka telah dapat menduduki takhta khalifah. Walaupun pada awalnya, iaitu pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar, pengaruh mereka tidak muncul, khalifah-khalifah yang berkenaan adalah kuat-kuat belaka dasar-dasar Islam dan ajaran-ajarannya berjalan dengan baik. Akan tetapi di waktu kekuasaan telah berpindah ke tangan Sayyidina Osman, dan di waktu beliau telah melanjutkan usianya maka lahirlah kelemahan-kelemahan dalam masyarakat Islam, waktu itu pengaruh Bani Umayyah mula memperlihatkan kuasanya dengan mengambil peranan dalam pemerintahan Osman.

Ada sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa bibit-bibit pembentukan Kerajaan Umayyah ialah sejak Sayyidina Umar dilantik menjadi khalifah, kerana sejak itu lagi golongan Umayyah telah melengkapkan diri mereka dengan menyediakan negeri Syam sebagai tapak masa depan politik mereka. Pernah diriwayatkan bahawa Muawiyyah apabila dilantik sahaja Khalifah Umar sebagai gabenor Negeri Syam, beliau masuk menemui ayahnya Abu Sufian, lantas ayahnya berpesan. Antara lain katanya: " Anakku, mereka orang Muhajirin lebih awal amsuk Islam, kita adalah orang yang terkemudian. Hal ini menyebabkan mereka lebih tinggi daripada kita dan kita telah ketinggalan oleh kelewatan kita sendiri. Semuanya ini memaksa kita jadi pengikut sahaja dan mereka menjadi pemimpin. Walaubagaimanapun, mereka ini telah menganugerahkan kepada kamu suatu yang amat berharga sebagai amanah untukmu. Kerana itu jangan kamu menentang segala perintah yang dikeluarkan, kerana engkau sekarang sedang menuju kepada satu matlamat yang tidak akan kau sampai. Tetapi sekiranya engkau sampai nescaya engkau bernafas semula".

Nasihat yang berharga ini dipatuhi oleh Muawiyyah. Dia menjalankan tugasnya sebagai gabenor negeri Syam dengan baik. Walaubagaimanapun, waktu beliau dipecat daripada jawatan gabenor oleh Khalifah Ali selepas berlakunya pembunuhan Osman, dia telah melakukan suatu penentangan hingga berlaku fitnah dan perundingan Tahkim yang membawa akibat kepada terbunuhnya Khalifah Ali sendiri dan tegaknya Kerajaan Bani Umayyah.

Bani Umayyah mempunyai dua keturunan. Keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu Al-'As bin Umayyah. Kebanyakan khalifah datang daripada keturunan yang kedua. Keturunan pertama yang menjadi khalifah hanya Muawiyyah, Yazid anak Muawiyyah dan Muawiyyah yang kedua, cucu kepada Muawiyyah yang pertama. Kerana keadaan tertentu, maka jatuhlah keturunan Harb dan diganti oleh keturunan Abu Al-'As. Khalifah yang memerintah kerajaan ini semuanya seramai 14 orang yang memakan masa selama 91 tahun lebih.

Kerajaan ini menerima beberapa zaman pergolakan yang boleh dikhususkan kepada tiga zaman, iaitu zaman kelahiran, zaman kemajuan dan pembangunan, dan zaman kehancuran.

Rajah di bawah menunjukkan khalifah-khalifah Bani Umayyah:


I) Zaman kelahiran kerajaan Umayyah ini bermula dengan:

1. Muawiyyah bin Abu Sufian [ 40-60H / 660-680M ]
2. Yazid bin Muawiyyah [ 60-64H / 680-684M ]
3. Muawiyyah bin Yazid [ 64H / 684M ]
4. Marwan bin Al-Hakam [64-65H / 684-685M]
5. Abdul Malik bin Marwan [65-86H / 685-705M]

II) Zaman kemajuan dan pembangunan pula terdapat beberapa orang khalifah, iaitu:

6. Al-Walid bin Abdul Malik [ 86-96H / 705-715M ]
7. Sulaiman bin Abdul Malik [ 96-99H / 715-717M ]
8. Umar bin Abdul Aziz [ 96-101H / 717-720M ]
9. Yazid bin Abdul Malik [ 101-105H / 720-724M ]

III) Zaman kehancuran pula terdapat beberapa orang khalifah, iaitu:

10. Hisyam bin Abdul Malik [ 105-125H / 724-743M ]
11. Al-Walid bin Yazid [ 125-126H / 743-744M ]
12. Yazid bin Abdul Malik [ 126H / 744M ]
13. Ibrahim bin Al-Walid [ 126H / 744M ]
14. Marwan bin Muhammad [ 127-132H / 744-749M ]

Zaman permulaan pemerintahan khalifah-khalifah Bani Umayyah yang dimulai dengan khalifah Muawiyyah hingga kepada pemerintahan Abdul Malik adalah merupakan zaman kelahiran dan kegiatan ke arah penyatuan Islam dan penyelesaian dalam negeri. Itulah sebabnya mengapa dalam jangka masa selama 45 tahun yang pertama ini tidak banyak terdapat perubahan kemajuan yang boleh dibanggakan selain daripada zaman Muawiyyah sahaja, kerana khalifah-khalifah di waktu itu dan pembantu-pembantunya sibuk dengan masalah pemberontakan dalam negeri yang dilakukan oleh golongan Syiah, Khawarij, dan pemberontak yang lain.

akan bersambung siri kedua

Wednesday, November 5, 2008

Pelajar Kelantan paling ramai di Universiti Al Azhar

[ Kompleks yang didiami warga Kelantan sekarang di Hayyu Sabie, Kaherah ]

Wartawan : Salmah Mat Husain
Dipetik daripada : Harakahdaily

KOTA BHARU, 5 Nov (Hrkh) - Pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir sekarang berjumlah 1,800 orang dan ia merupakan bilangan paling ramai di negara terbabit.

Mengambil kira faktor tersebut kerajaan negeri bercadang membeli bangunan baru sembilan tingkat di Kaherah yang berharga RM15 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, asrama tersebut dapat menempatkan seramai 400 orang pelajar dalam satu-satu masa.

"Semua pelajar Kelantan yang belajar di sana sama ada lepasan Yayasan Islam Kelantan (Yik) atau sebaliknya layak menginap di aparment tersebut.

"Negeri-negeri lain telah mempunyai rumah mereka sendiri untuk menampung pelajar mereka yang belajar di Kaherah iaitu di Hayyu Sabi'," ujarnya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Mohd Amar berkata, semua anak negeri sama ada ibu bapa menetap tinggal di negeri-negeri lain sekarang juga layak tinggal di aparment tersebut.

Katanya, sebelum ini Kelantan memiliki dua bangunan untuk menempatkan pelajar di Al Azhar, bagaimanapun rumah itu sudah lama dan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

Menurutnya rumah terbabit masih boleh didiami, bagaimanapun perlu dibaiki semula.

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung