Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Koleksi Wallpapers Logo. Edisi ini sahaja.





Muat turun Koleksi Wallpapers di SINI

Nik Aziz: Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.

Sumber (KLIK)



Huraian ringkas
: Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana penyertaan saya di dalam pertandingan reka-bentuk logo Sambutan 20 Tahun Membangun Bersama Islam bagi digunakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan telah diterima sebagai Johan sekaligus merangkul hadiah yang ditawarkan oleh pihak penaja.

Saya tidak menyangkakan ia diterima memandangkan syarat penyertaan itu dibuka umum. Bukan rakyat Kelantan sahaja. Malah seluruh dunia boleh menyertainya. Ini yang menyebabkan saya rasa amat-amat TIDAK SANGKA (susah nak luahkan dengan tulisan dan kata-kata sebenarnya!).

Apa pun dalam hal ini juga, saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih khas untuk Mak dan Ayah yang banyak membantu dalam menguruskan siapa yang akan diwakilkan untuk menerima penghargaan pada majlis perasmian nanti (maksudnya hari ini). Dan berbanyak terima kasih juga khas kepada Azam (Abang) kerana kesanggupan dan susah payah beliau untuk menjadi wakil saya sekaligus menerima penghargaan pada malam itu dan terima kasih kepada Ilham (adik) yang turut ke sana. Begitu juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Faiz, Ikmal dan Amni (adik-beradik) kerana turut menyokong sama usaha yang tak seberapa ini.

Tak dilupakan juga, saya ingin rakamkan berbanyak terima kasih kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) atas dorongan persatuan ini yang saya berada di bawahnya. Tanpa taklifan yang saya terima selama ini, mungkin saya tidak mampu untuk menghasilkan logo ini. Moga Allah ta'ala meluas dan melimpahkan rezeki yang tak terhingga kepada persatuan kebajikan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir ini.


P/s : Duk Mesir ni...nak kongsikan perasaan gembira dengan siapa ye...?

Sunday, April 4, 2010

Lagu Tema Parti Keadilan
















Keadilan!
Keadilan rakyat kita,
Jana arus,
Kami arus perjuangan bangsa,

Keluhuran perlembagaan,
Perpaduan negara,
Masa depan anak Malaysia,

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita,
Diberkati Tuhan,
Memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu...melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,

Membujur lalu...melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia,

Keadilan!
Keadilan rakyat kita,
Jana arus,
Kami arus perjuangan bangsa,

Keluhuran perlembagaan,
Perpaduan negara,
Masa depan anak Malaysia,

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita,
Diberkati Tuhan,
Memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu...melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,

Membujur lalu...melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia,

Membujur lalu...melintang patah,
Keadilan rakyat Malaysia.

Sila klik di sini untuk muat-turun lagu tersebut : KLIK

Saturday, April 3, 2010

Microsoft Office 2010 versi RTM telah muncul!

Microsoft Office 2010, dengan nama kod Office 14, merupakan suite produk bagi Microsoft Windows dan merupakan kesinambungan daripada produk Office 2007 melalui Microsoft Windows. Antara ciri-ciri yang terdapat pada Microsoft Office 2010 ini ialah, keserasian jumlah gambar diperluaskan, pemuka yang dikemaskini (bukan kepada Microsoft Word sahaja) dan pengalaman pengguna yang masih menggunakan sistem operasi seperti Windows XP SP3 (32-bit), Windows Vista SP1, disamping menyokong sistem yang terkini iaitu Windows 7.

Dengan diperkenalkan produk ini, versi 64-bit akan disediakan untuk pertama kalinya, walaupun hanya untuk Windows Vista dan sistem operasi Windows 7 sahaja. Disamping itu, Microsoft telah mengesahkan bahawa Office 2010 ini akan dikeluarkan sekitar tahun 2010 (sekitar bulan Jun). Manakala versi Beta untuk digunakan bagi peringkat pengguna seluruhnya, telah disediakan pada bulan November 2009 lagi.

Office 2010 akan meletakkan kelebihannya sebagai versi online secara percuma seperti Word, Excel, PowerPoint, dan OneNote yang akan mudah beroperasi di web browser yang popular seperti; Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Apple Safari. Versi baru Office seperti Office Starter 2010, akan menggantikan low-end bagi pengguna yang menggunakan Microsoft Works sebelum ini. Turut disediakan ialah, Microsoft bagi suite produk mobile seperti Office Mobile 2010, yang akan dikeluarkan untuk Windows Phone menjalankan operasinya sebagai versi Windows Mobile 6.5 dan Windows Phone 7.

Terdapat juga ciri baru dalam Microsoft Office 2010 seperti Penyambung Sosial (Social Connector). Hal ini membolehkan pengguna, menulis e-mel ketika berhubung dengan keluarga mereka, teman-teman dan rakan sekerja dengan melihat status disamping berkomunikasi dengan individu yang lain. Apabila pengguna melihat e-mel mereka, nama, gambar, dan tajuk akan disediakan untuk orang yang mereka hubungi.

Saya sendiri sedang menggunakannya dengan versi RTM (Release Time Manufacturing) dan hasilnya sehingga kini agak memuaskan. Pemuka yang bertambah baik bahkan ia turut mengemaskini kepada pemuka yang lain seperti Microsoft Publisher dan yang lain-lain. Jika anda berminat untuk mencubanya, bolehlah memuat-turun perisian keluaran Microsoft yang baru ini dengan pautan-pautan yang telah saya sediakan di bawah. Sila muat-turun semua, letakkan dalam satu folder bersama-sama 15 fail berikut, kemudian extract menggunakan Winrar, 7zip atau sebagainya. Oh ya, jangan lupa sila "Run as administrator" (untuk pengguna Windows Vista dan Windows 7) untuk install ke dalam komputer peribadi anda! Selamat mencuba!


- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 01/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 02/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 03/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 04/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 05/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 06/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 07/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 08/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 09/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 10/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 11/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 12/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 13/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 14/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 15/15 (Baru!)

Aplikasi Windows Live yang perlu anda ketahui

Di sini saya ingin kongsikan dengan sahabat mengenai Windows Live yang disediakan bagi mengemaskini lagi aplikasi yang terdapat dalam Windows Seven. Jika dilihat pada imej sebelah, aplikasi ini menyediakan tujuh software iaitu:

1) Windows Live Call
2) Windows Live Family Safety
3) Windows Live Mail
4) Windows Live Messenger
5) Windows Live Movie Maker
6) Windows Live Photo Gallery
7) Windows Live Writer


Jika anda inginkannya, bolehlah muat-turunnya melalui pautan-pautan berikut:





Monday, May 26, 2008

Perasan atau tidak?

Ada pembaca mengatakan tidak perasan di mana saya telah menambah pautan pada layout sebelah kanan ini iaitu:
1- Friendster
2- Album
3- Download
4- Artikel yang telah di post.

Bagaimana? Cuba perhatikan kembali di kanan layout tersebut. Ada bukan? Jika sahabat berkesempatan untuk menjengah ke sana. Silakan ^_^


Saya juga telah meletakkan beberapa Adsense yang lain di bawah ini. Antaranya:
1- Mengupdate pautan azhari organization dengan menambah pautan BKAN dan DPM.
2- pollhost (pandangan anda mengenai blog saya?)

Maaf ya jikalau ada kesulitan yang timbul sebelum ini.
Syukran

Friday, April 25, 2008

Wartawan An-Naba' 2007/08

(klik pada gambar untuk paparan lebih besar 1772 x 1181 )

Sesi ini Unit An-Naba' dibawah Lajnah Penerbitan mengeluarkan kad wartawan kepada penggerak kolum berita KPKM. Not bad kan? ^_^

Waktu telah beralih?

Bumi Mesir ada empat musim, 1-luruh 2-sejuk 3-bunga 4-panas. Em, agak-agak pembaca yang berada di tempat lain, apakah musim yang disambut penduduk Mesir sekarang?

Tup
Tup
Tup

Musim panas! jawapan ini boleh dikatakan tepat jua ekoran waktu baru sahaja berubah pada hari ini (jumaat 25.4.08). Waktu beralih sejam. Kalau semalam jam 7.00 pagi, hari ini adalah 8.00 pagi (seolah-olah 7.00 pagi). Saya sendiri perasan daripada semalam lagi iaitu pada jam 12.00 malam semalam. Ketika itu saya berada dihadapan komputer bersama dengan sahabat yang datang dari kawasan Dusun Lama. Ketika jam merangkak ke pukul 12.00 malam, saya lihat di komputer jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Sedangkan jam ditangan sahabat saya dan mana-mana jam yang ada dibilik pada waktu tersebut adalah pukul 12.00 malam. Ha...apa maksudnya? tidak lain ia menunjukkan waktu telah berubah sejam awal berbanding semalam. Sekaligus mengakhiri musim sejuk dan musim bunga. Panas telah melanda!

Thursday, April 24, 2008

Penulisan Ayat-ayat al-Quran Dengan Huruf Roman

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tajuk:
Penulisan Ayat-ayat al-Quran Dengan Huruf Roman

Keputusan
:
Ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa telah bersetuju mengambil keputusan bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.

Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 24
Tarikh Keputusan: 5 Jun 1989
Tarikh Muzakarah: 5 Jun 1989 hingga 6 Jun 1989
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=40

Tuesday, December 11, 2007

Jolly Shandy- Carlsberg (arak)

Carlsberg telah mengeluarkan dua produk minuman tin yang bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

SEBARKAN!

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung