Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Tuesday, November 18, 2008

Ikhtisar Perkembangan Islam [ siri 1 ]


Kelahiran Kerajaan Umayyah

1. Latar belakang Bani Umayyah

Nama Umayyah diambil bersempena dengan nama Muawiyyah, iaitu Muawiyyah bin Abu Sufian bin Harb bin Umayyah bin Abdu Syam bin Abdu Manaf, salah seorang daripada pembesar Quraisy yang dihormati di zaman jahiliah. Antaranya dengan bapa saudaranya Hasyim bin Abdu Manaf sentiasa berlaku pertarungan merebut pangkat dan kedudukan, tetapi Umayyah mempunyai kedudukan yang lebih terpengaruh daripada Hasyim bin Abdu Manaf, kerana Umayyah mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk menjadi tokoh agung pada zaman itu. Dia mempunyai harta dan kekayaan, mempunyai sepuluh orang putera yang handal dan bijaksana.

Di bawah ini dijelaskan rajah keturunan keluarga Bani Umayyah :


Apabila lahirnya agama Islam perhubungan antara anak-anak keturunan Bani Umayyah dengan anak-anak keturunan bapa saudaranya Bani Hasyim bertambah tegang dan terputus, kerana pendirian keturunan Bani Umayyah menentang seruan Rasulullah yang kebetulannya daripada keturunan Bani Hasyim, manakala pendirian Bani Hasyim pula sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan Rasulullah dan pengikut-pengikutnya.

Dalam peperangan Badar, kekuatan tentera Quraisy boleh dikatakan keseluruhannya bergantung kepada keturunan Bani Abdu Syams ( Bapa kepada Umayyah ), kerana Abu Sufian, Cucu Umayyah, tuan punya dagangan daripada Syam itu meminta pertolongan tentera daripada Mekah sebaik-baik sahaja diketahui bahawa tentera Islam berada di tengah jalan antara Mekah dan Syam. Pertolongan daripada Mekah yang datang itu adalah diketuai oleh Utbah bin Rabiah bin Abdu Syams.

Kebanyakan kaum Bani Umayyah ini memeluk agama Islam di waktu terdesak di mana Rasulullah dan pengikut-pengikutnya menawan kembali kota Mekah. Sebelum itu mereka adalah musuh Islam yang sengit sekali kepada peribadi dan perjuangan Rasulullah. Dengan ini jelaslah bahawa mereka adalah golongan yang terkemudian sekali masuk Islam. Tetapi setelah mereka berada dalam agama Islam, mereka telah menunjukkan bakat-bakat kepahlawanan dan semangat yang luar biasa seolah-olah untuk mempertimbangkan perbuatan mereka yang telah lalu dan untuk melupakan pandangan orang ramai tentang permusuhan mereka kepada Rasulullah. Mereka telah menunjukkan keberanian dan semangat yang luar biasa itu dalam memerangi orang murtad dan orang yang mengaku nabi. Begitu juga dalam peperangan menghadapi musuh dari luar semenanjung Tanah Arab. Abu Sufian sendiri, iaitu bapa kepada Muawiyyah, sesudah memeluk agama Islam terus berjuang bermati-matian bersama Rasulullah dan berbagai pertempuran, sehingga sebelah matanya hilang dan sebelah mata lagi juga hilang dalam peperangan Yarmuk ketika turut berperang di bawah pimpinan anaknya yang bernama Yazid bin Abu Sufian.

Dalam jangka waktu yang paling singkat mereka telah dapat menduduki takhta khalifah. Walaupun pada awalnya, iaitu pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar, pengaruh mereka tidak muncul, khalifah-khalifah yang berkenaan adalah kuat-kuat belaka dasar-dasar Islam dan ajaran-ajarannya berjalan dengan baik. Akan tetapi di waktu kekuasaan telah berpindah ke tangan Sayyidina Osman, dan di waktu beliau telah melanjutkan usianya maka lahirlah kelemahan-kelemahan dalam masyarakat Islam, waktu itu pengaruh Bani Umayyah mula memperlihatkan kuasanya dengan mengambil peranan dalam pemerintahan Osman.

Ada sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa bibit-bibit pembentukan Kerajaan Umayyah ialah sejak Sayyidina Umar dilantik menjadi khalifah, kerana sejak itu lagi golongan Umayyah telah melengkapkan diri mereka dengan menyediakan negeri Syam sebagai tapak masa depan politik mereka. Pernah diriwayatkan bahawa Muawiyyah apabila dilantik sahaja Khalifah Umar sebagai gabenor Negeri Syam, beliau masuk menemui ayahnya Abu Sufian, lantas ayahnya berpesan. Antara lain katanya: " Anakku, mereka orang Muhajirin lebih awal amsuk Islam, kita adalah orang yang terkemudian. Hal ini menyebabkan mereka lebih tinggi daripada kita dan kita telah ketinggalan oleh kelewatan kita sendiri. Semuanya ini memaksa kita jadi pengikut sahaja dan mereka menjadi pemimpin. Walaubagaimanapun, mereka ini telah menganugerahkan kepada kamu suatu yang amat berharga sebagai amanah untukmu. Kerana itu jangan kamu menentang segala perintah yang dikeluarkan, kerana engkau sekarang sedang menuju kepada satu matlamat yang tidak akan kau sampai. Tetapi sekiranya engkau sampai nescaya engkau bernafas semula".

Nasihat yang berharga ini dipatuhi oleh Muawiyyah. Dia menjalankan tugasnya sebagai gabenor negeri Syam dengan baik. Walaubagaimanapun, waktu beliau dipecat daripada jawatan gabenor oleh Khalifah Ali selepas berlakunya pembunuhan Osman, dia telah melakukan suatu penentangan hingga berlaku fitnah dan perundingan Tahkim yang membawa akibat kepada terbunuhnya Khalifah Ali sendiri dan tegaknya Kerajaan Bani Umayyah.

Bani Umayyah mempunyai dua keturunan. Keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu Al-'As bin Umayyah. Kebanyakan khalifah datang daripada keturunan yang kedua. Keturunan pertama yang menjadi khalifah hanya Muawiyyah, Yazid anak Muawiyyah dan Muawiyyah yang kedua, cucu kepada Muawiyyah yang pertama. Kerana keadaan tertentu, maka jatuhlah keturunan Harb dan diganti oleh keturunan Abu Al-'As. Khalifah yang memerintah kerajaan ini semuanya seramai 14 orang yang memakan masa selama 91 tahun lebih.

Kerajaan ini menerima beberapa zaman pergolakan yang boleh dikhususkan kepada tiga zaman, iaitu zaman kelahiran, zaman kemajuan dan pembangunan, dan zaman kehancuran.

Rajah di bawah menunjukkan khalifah-khalifah Bani Umayyah:


I) Zaman kelahiran kerajaan Umayyah ini bermula dengan:

1. Muawiyyah bin Abu Sufian [ 40-60H / 660-680M ]
2. Yazid bin Muawiyyah [ 60-64H / 680-684M ]
3. Muawiyyah bin Yazid [ 64H / 684M ]
4. Marwan bin Al-Hakam [64-65H / 684-685M]
5. Abdul Malik bin Marwan [65-86H / 685-705M]

II) Zaman kemajuan dan pembangunan pula terdapat beberapa orang khalifah, iaitu:

6. Al-Walid bin Abdul Malik [ 86-96H / 705-715M ]
7. Sulaiman bin Abdul Malik [ 96-99H / 715-717M ]
8. Umar bin Abdul Aziz [ 96-101H / 717-720M ]
9. Yazid bin Abdul Malik [ 101-105H / 720-724M ]

III) Zaman kehancuran pula terdapat beberapa orang khalifah, iaitu:

10. Hisyam bin Abdul Malik [ 105-125H / 724-743M ]
11. Al-Walid bin Yazid [ 125-126H / 743-744M ]
12. Yazid bin Abdul Malik [ 126H / 744M ]
13. Ibrahim bin Al-Walid [ 126H / 744M ]
14. Marwan bin Muhammad [ 127-132H / 744-749M ]

Zaman permulaan pemerintahan khalifah-khalifah Bani Umayyah yang dimulai dengan khalifah Muawiyyah hingga kepada pemerintahan Abdul Malik adalah merupakan zaman kelahiran dan kegiatan ke arah penyatuan Islam dan penyelesaian dalam negeri. Itulah sebabnya mengapa dalam jangka masa selama 45 tahun yang pertama ini tidak banyak terdapat perubahan kemajuan yang boleh dibanggakan selain daripada zaman Muawiyyah sahaja, kerana khalifah-khalifah di waktu itu dan pembantu-pembantunya sibuk dengan masalah pemberontakan dalam negeri yang dilakukan oleh golongan Syiah, Khawarij, dan pemberontak yang lain.

akan bersambung siri kedua

1 comments:

Unknown said...

nk yg siri kedua

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung