Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Tuesday, February 10, 2009

Bazaria HEWI KPKM datang lagi! XD



















Biro Ekonomi KPKM akan mengadakan Bazaria Terbuka HEWI KPKM sekali lagi pada tahun ini. Butiran seperti berikut:

Tarikh : 16-19 Februari 2009
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 9.30 pagi - 10.00 malam
Tempat : Rumah Kelantan Baru

Permohonan tender dibuka untuk sesiapa yang berminat. Borang, berharga LE 5.00, beserta syarat-syarat penyertaan, boleh didapatkan di pejabat HEWI KPKM bermula dari sekarang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Mohd Supian Ab Kadir (Ketua Lajnah Ekonomi) : 0167385469 atau
Sukeriah Haron (Ketua Biro Ekonomi) : 0114689967

Bayaran tapak:
LE 55.00 - ahli KPKM
LE 60.00 - umum

____________________________

STRUKTUR AHLI JAWATANKUASA BAZARIA HEWI KPKM 2008/09

PENAUNG
Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Kerajaan Negeri Kelantan

PENASIHAT
Anggota Lembaga Penasihat
Yang Dipertua KPKM
Raisah HEWI KPKM

EX-OFFICIO
Mohd Supian Bin Abdul Kadir
Norhaslina Binti Ismail

PENGARAH
Sukeriah Binti Haron

TIMBALAN PENGARAH
Siti Khadijah Binti Che Kob

SETIAUSAHA
Nik Nor Azma Binti Nik Abdullah

BENDAHARI
Norhaya Binti Mustapha

UNIT PERSIAPAN DAN KEBERSIHAN
Ketua: Siti Zakiah Binti Zakaria
Timbalan: Wan Mohd Anwas Bin Wan Abdullah

UNIT PERHUBUNGAN DAN PROMOSI
Ketua: Nurul Adilah Binti Mat Jusoh
Timbalan: Muhammad Nasrun Bin Supi

UNIT PEMBEKALAN
Ketua: Siti Husna Binti Mohd Subri
Timbalan: Hamdam Mustafa

UNIT KAUNTER DAN DISIPLIN
Ketua: Nor Syazwani Binti Ismail
Timbalan: Wan Ahmad Hanif Bin Wan Mohamed @ Adnan

UNIT GERAI
Ketua: Asliza Binti Abdullah
Timbalan: Muaz Bin Amiruddin

__________________________

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ( PENENDER )
01. Permohonan terbuka kepada semua siswi KPKM dan PMRAM
02. Setiap permohonan akan dikenakan bayaran bagi borang pendaftaran sebanyak LE 5.00 dan mana-mana permohonan yang ditolak tidak akan dikembalikan bayarannya
03. Setiap penender dikenakan bayaran sebanyak LE 55.00 untuk ahli KPKM dan penender bukan ahli KPKM dikenakan bayaran sebanyak LE 60.00 sepanjang bazaria berlangsung
04. Jumlah gerai yang akan dibuka adalah sebanyak 10 buah gerai
05. Setiap penender hanya dibenarkan menjual satu makanan berat dan tiga makanan ringan
06. Penender mestilah memastikan kebersihan persekitaran gerai sentiasa bersih
07. Penender hendaklah bersikap adil dalam melayani pelanggan mengikut tempahan
08. Penender digalakkan berpakaian bersih, kemas dan sopan sepanjang berurusniga
09. Gerai hendaklah ditutup 15 minit sebelum azan dan dibuka 20 minit selepas azan
10. Semua yang terlibat dengan bazaria digalakkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah
11. Penender digalakkan menggunakan barang-barang persendirian
12. Keutamaan penerimaan tender dan menu akan diberikan kepada pemohon yang terawal
13. Sebarang permasalahan yang timbul hendaklah dirujuk kepada Pengarah Bazaria



2 comments:

kadaer said...

tarikh mana yg betul ni? tak gmbr tu ke (feb) atau kt posting (mac) ?

hanif mohamed said...

Uiks.Baru perasan.Yang betulnya Feb. Silakan dtg ke Bazar. Maaf!

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung