Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Sunday, August 24, 2008

IM ringkas berkaitan kepentingan kasyfu natijah

Berikan makluman kepada seluruh ahli BKAN dan DPM masing-masing untuk membuat kasyfu natijah setiap tahun pengajian termasuk tahun yang i'adah dan istisnak.

Hal ini kerana, pihak kami memperolehi maklumat daripada beberapa pelajar yang telah tamat pengajian mereka dimana menghadapi masalah ketika membuat syahadah atas ketiadaan rekod natijah yang lepas. Khususnya yang panjang tahun pengajiannya, kerana rekod-rekod natijah tahun-tahun lalu tidak dijumpai. Jadi, sebagai langkah keselamatan pihak kami meminta sahabat-sahabat untuk memaklumkan kepada seluruh ahli BKAN dan DPM masing-masing supaya membuat kasyfu tersebut bagi mengelakkan masalah berlaku kemudian hari.
Sebarkan.

- ketua unit tutorial dan pengkulihan Lajnah pendidikan PMRAM

Friday, August 22, 2008

PERMIS

PERSIDANGAN MAHASISWA ISLAM SEDUNIA 2008 (PERMIS)

TARIKH
25 & 26 OGOS 2008

MASA
800 pagi - 500 petang

TEMPAT
Dewan Kristal di Sally Mall, Madinatul Nasr, Kaherah. (belakang Sarag Mall)

YURAN
LE 50 (fail bercetak-kertas kerja-makanan-keychain dan lain-lain)

PENGISIAN

1) SESI PEMBENTANGAN PERTAMA
- MESIR
- JORDAN
- SYRIA
*Slot Munaqasyah BKAN/DPM

2) SESI PEMBENTANGAN KEDUA
- JEPUN
- UNITED KINGDOM
*Slot Munaqasyah BKAN/DPM

3) SESI PEMBENTANGAN KETIGA
- AMERIKA
- IRELAND
- YAMAN
*Slot Munaqasyah BKAN/DPM

4) DIALOG BERSAMA PANEL PEMBENTANG & RESOLUSI PERMIS '08

Pendaftaran boleh dibuat kepada BKAN/DPM masing-masing melalui sistem perwakilan. Terbuka buat semua mahasiswa Malaysia di Mesir.

Jemput hadir beramai-ramai…(sila sebarkan iklan ini)

laman jaringan rasmi pmram = http://e-pmram.page.tl/



Saturday, August 16, 2008

poster khas kepada pelawat blog saya ^_^





Sesiapa yang rasa berkenan, bolehlah muat turun poster di atas. Kalau nakkan fail asal.png (bersaiz besar) datang sendiri ke rumah saya ya. kuhkuh

menjuarai atau dijuarai? kehangatan EGP menyengat!

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang
berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat
Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
al-Baqarah 218


Sepanjang tempoh julai, ogos majoriti mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di perlembahan nil akan merasai kehangatan menyambut dan meraikan hari kemerdekaan tanah air bermula 16 ogos 2008 ini. Di bawah anjuran persekutuan induk yang menaungi seluruh penuntut Malaysia-Mesir iaitu PMRAM, sekali lagi akan menganjurkan perayaan menyambut hari kemerdekaan kali ke-51. Bertempat di Dataran Hayy Asyir, Kaherah.

Mengikut objektif yang telah digariskan oleh jawatankuasa induk dan AJK-AJK yang terbabit dalam acara gilang-gemilang ini, tidak dinafikan program mega tahunan PMRAM yang diberi nafas baru pada tahun ini dengan perubahan namanya, ( Expo Gempak Pmram ) EGP - akan dapat merealisasikan tema umum yang dibawa iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan" dan moga program yang "grand" ini mampu membina jatidiri mahasiswa-mahasiswi agar terus gemilang dari segi pengajian dan berpesatuan.

Mengikut simbol paparan di atas, ia merupakan salah satu acara yang akan dipertandingkan menerusi acara padang dan sukan. Beberapa agenda turut diatur dan sememangnya kepada pemenang, anda akan berpeluang mengaut pingat menerusi acara yang dipertandingkan. Selain itu juga, EGP turut memberi tumpuan dalam bidang indoor atau lebih sinonim dengan panggilan acara dewan. Jika anda ingin mengetahui secara lanjut, pastikan sentiasa bersama pautan rasmi EGP ini iaitu= http://egp2008.blogspot.com/

Salam berjuang dari saya, teruskan sumbangan anda kepada PMRAM khususnya dan BKAN serta DPM masing-masing.

Bak kata sahabat saya, "seiring sejalan bersama PMRAM". [banner di bawah] ^_^

"Perpaduan Teras Kejayaan"

____________________

Objektif:

- Memperingati dan menghayati hari kemerdekaan negara Malaysia.

- Menanam semangat patriotik mengikut acuan Islam.

- Menyatukan suara dan halatuju Azhariyyun menghadapi cabaran alaf baru.

- Melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berkebolehan dan berketerampilan.

Wednesday, August 6, 2008

musim menyambut mahasiswa-mahasiswi baru telah bermula ^_^


Musim yang agak sibuk. Musim yang menandakan bumi Mesir mula dibanjiri sekali lagi oleh rakyat Malaysia, itulah musimnya sekarang. Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) tidak ketinggalan dalam menyambut dan meraikan mahasiswa-mahasiswi yang hadir dari segenap ceruk bidang pengajian sama ada lepasan STAM, Perubatan dan pengajian al-Quran.

Tanggal 5 ogos 2008 adalah tarikh permulaan KPKM meraikan mahasiswa lepasan pengajian al-Quran di institusi Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan. (MTAQ WQ). Seramai 23 orang telah mendaftarkan diri untuk memasuki kampus di Shoubra akan datang. Dalam masa yang sama juga, 5 orang daripada jumlah tersebut baru sahaja (sehari selepas tiba di Mesir iaitu 6 ogos 2008) telah berlepas ke bumi Madinah untuk memohon menyambung pengajian di sana melalui temuduga (muqabalah) dengan pihak institusi tertentu.

Walaubagaimanapun, selamat datang (ahlan wasahlan wamarhaban bikum fi ardhil kinanah) kepada para sahabat, rakan taulan kerana memilih Mesir sebagai tempat kalian menyambung pengajian. Ikhlaskan niat, jadikan medan di sini adalah tapak untuk memulakan cari gali ilmu seterusnya mampu menjadikan kalian semua orang yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat kelak sebagai dai'e yang boleh mengukuhkan dan mencorakkan warna Islam di Malaysia dengan lebih baik.

Selamat berjuang!

laman jaringan rasmi MTAQ WQ = http://mtaq.edu.my

___________

senarai nama
Ahmad Baihaqi b Ibrahim
Ahmad Faidhul Irfan b Ahmad Mustaffa Kamal
Mohamad Asyraf b Mohd Anuar
Mohamad Hamdi b Ramli
Mohamad Izuddin b Rahim
Mohamad Izwan b Rahim
Muhamed Amin As Syafie b Awang
Mohd Fikri b Mat Ali
Muhammad Al-Amin Siddiq b Mohamad Nor
Muhammad Amirullah b Rusli
Muhammad Imran b Mohd Zaki
Tuan Mohd Azrie b Tuan Ismail
Tuan Mohd Zamri b Tuan Mohamed
Wan Muhammad Zuhdi b Wan Mustaffa
Mohd Fais b Hamdan
Muhammad Nur Waafi b Badruldin
Mohd Saiful Aswat b Md Astalia


Di bawah senarai yang ke Jeddah
Muhammd Zubair b Mayuti
Muhammad Akmal b Mukhtar
Muhammd Hamdan b Suhaimi
Said Hawwa b Elias
Mohd Fathan Adi b Tarmizi
Ahmad Zamzami b Che Daud
Mohd Fathi Auni b Tarmizi

Sunday, August 3, 2008

SKEK digabungkan lagi bersama Al-Faanus! Dapatkannya sekarang!





Menjadi fokus pada keluaran kali ini:
RAHSIA BINTANG DAVID

dan banyak lagi yang menarik, mampu menyalur informasi segar kepada anda semua!

p/s: Mohon jasa baik sahabat-sahabiah yang ada blog untuk pautkan iklan ini ke laman blog masing-masing ya.
Jazakallah ^_^


Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung