Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Wednesday, August 6, 2008

musim menyambut mahasiswa-mahasiswi baru telah bermula ^_^


Musim yang agak sibuk. Musim yang menandakan bumi Mesir mula dibanjiri sekali lagi oleh rakyat Malaysia, itulah musimnya sekarang. Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) tidak ketinggalan dalam menyambut dan meraikan mahasiswa-mahasiswi yang hadir dari segenap ceruk bidang pengajian sama ada lepasan STAM, Perubatan dan pengajian al-Quran.

Tanggal 5 ogos 2008 adalah tarikh permulaan KPKM meraikan mahasiswa lepasan pengajian al-Quran di institusi Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan. (MTAQ WQ). Seramai 23 orang telah mendaftarkan diri untuk memasuki kampus di Shoubra akan datang. Dalam masa yang sama juga, 5 orang daripada jumlah tersebut baru sahaja (sehari selepas tiba di Mesir iaitu 6 ogos 2008) telah berlepas ke bumi Madinah untuk memohon menyambung pengajian di sana melalui temuduga (muqabalah) dengan pihak institusi tertentu.

Walaubagaimanapun, selamat datang (ahlan wasahlan wamarhaban bikum fi ardhil kinanah) kepada para sahabat, rakan taulan kerana memilih Mesir sebagai tempat kalian menyambung pengajian. Ikhlaskan niat, jadikan medan di sini adalah tapak untuk memulakan cari gali ilmu seterusnya mampu menjadikan kalian semua orang yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat kelak sebagai dai'e yang boleh mengukuhkan dan mencorakkan warna Islam di Malaysia dengan lebih baik.

Selamat berjuang!

laman jaringan rasmi MTAQ WQ = http://mtaq.edu.my

___________

senarai nama
Ahmad Baihaqi b Ibrahim
Ahmad Faidhul Irfan b Ahmad Mustaffa Kamal
Mohamad Asyraf b Mohd Anuar
Mohamad Hamdi b Ramli
Mohamad Izuddin b Rahim
Mohamad Izwan b Rahim
Muhamed Amin As Syafie b Awang
Mohd Fikri b Mat Ali
Muhammad Al-Amin Siddiq b Mohamad Nor
Muhammad Amirullah b Rusli
Muhammad Imran b Mohd Zaki
Tuan Mohd Azrie b Tuan Ismail
Tuan Mohd Zamri b Tuan Mohamed
Wan Muhammad Zuhdi b Wan Mustaffa
Mohd Fais b Hamdan
Muhammad Nur Waafi b Badruldin
Mohd Saiful Aswat b Md Astalia


Di bawah senarai yang ke Jeddah
Muhammd Zubair b Mayuti
Muhammad Akmal b Mukhtar
Muhammd Hamdan b Suhaimi
Said Hawwa b Elias
Mohd Fathan Adi b Tarmizi
Ahmad Zamzami b Che Daud
Mohd Fathi Auni b Tarmizi

0 comments:

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung