Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Saturday, August 16, 2008

menjuarai atau dijuarai? kehangatan EGP menyengat!

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang
berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat
Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
al-Baqarah 218


Sepanjang tempoh julai, ogos majoriti mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di perlembahan nil akan merasai kehangatan menyambut dan meraikan hari kemerdekaan tanah air bermula 16 ogos 2008 ini. Di bawah anjuran persekutuan induk yang menaungi seluruh penuntut Malaysia-Mesir iaitu PMRAM, sekali lagi akan menganjurkan perayaan menyambut hari kemerdekaan kali ke-51. Bertempat di Dataran Hayy Asyir, Kaherah.

Mengikut objektif yang telah digariskan oleh jawatankuasa induk dan AJK-AJK yang terbabit dalam acara gilang-gemilang ini, tidak dinafikan program mega tahunan PMRAM yang diberi nafas baru pada tahun ini dengan perubahan namanya, ( Expo Gempak Pmram ) EGP - akan dapat merealisasikan tema umum yang dibawa iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan" dan moga program yang "grand" ini mampu membina jatidiri mahasiswa-mahasiswi agar terus gemilang dari segi pengajian dan berpesatuan.

Mengikut simbol paparan di atas, ia merupakan salah satu acara yang akan dipertandingkan menerusi acara padang dan sukan. Beberapa agenda turut diatur dan sememangnya kepada pemenang, anda akan berpeluang mengaut pingat menerusi acara yang dipertandingkan. Selain itu juga, EGP turut memberi tumpuan dalam bidang indoor atau lebih sinonim dengan panggilan acara dewan. Jika anda ingin mengetahui secara lanjut, pastikan sentiasa bersama pautan rasmi EGP ini iaitu= http://egp2008.blogspot.com/

Salam berjuang dari saya, teruskan sumbangan anda kepada PMRAM khususnya dan BKAN serta DPM masing-masing.

Bak kata sahabat saya, "seiring sejalan bersama PMRAM". [banner di bawah] ^_^

"Perpaduan Teras Kejayaan"

____________________

Objektif:

- Memperingati dan menghayati hari kemerdekaan negara Malaysia.

- Menanam semangat patriotik mengikut acuan Islam.

- Menyatukan suara dan halatuju Azhariyyun menghadapi cabaran alaf baru.

- Melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berkebolehan dan berketerampilan.

0 comments:

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung