Ketika saya menerima IM (Instant Messenger) di dalam YM dan link kepada beberapa akhbar yang melaporkan tentang perkara ini, saya agak terkejut. Nampaknya hasrat kerajaan untuk menyekat pelajar pengajian Islam tahun 3-4 (pengambilan ijazah) di Universiti Al-Azhar ini telah realiti. Akhbar yang saya baca adalah pertanyaan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada Datuk Haji Idris Harun (ahli parlimen Tangga Batu) dalam sidang parlimen, adalah sekaligus mengupas persoalan selama ini yang berada di benak kami pelajar Al-Azhar. Jawapan daripada Timbalan Menteri Pelajaran ini 100% tidak munasabah dan menyebabkan saya sekali lagi tenggelam dalam benak yang memerlukan jawapan kerana apa yang dilontarkan oleh Menteri tersebut seolah-olah alasan yang tiada dasar dan asas yang munasabah! Bayangkan, menteri dan ahli kabinet yang hadir dalam mesyuarat (segala keputusan sudah tentu diputuskan dalam mesyuarat) boleh mengaitkan sistem pekerjaan di negara Malaysia sekarang (permintaan pasaran) terhadap pelajar MoU (Memorandum of Understanding) ini adalah minima berbanding mereka yang menerima pengajian dalam bidang bukan agama. Seperti teknologi dan yang berkaitan dengan bidang tersebut. Pelik dan sinis bukan? Saya terus membaca artikel itu dan tiada jawapan yang kedua. Jadi, kesannya pada tahun akan datang 2009, iaitu untuk pengambilan mahasiswa-mahasiswi sesi hadapan hanya didaftarkan oleh mereka yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sahaja. Manakala tiada lagi yang akan menyambung pengajian untuk ke tahun 3 atau 4, di mana mereka merupakan siswa daripada kolej tertentu seperti Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan selainnya.
Terperangkap dengan jawapan sendiri
Saya boleh klasifikasikan tindakan daripada Jabatan Pelajaran Malaysia ini memang tidak munasabah sama sekali. Mereka secara langsung telah termakan dan terperangkap oleh jawapan diri sendiri. Manakan tidak, kalau permintaan pasaran untuk sektor pengajian agama ini adalah minima, mengapa dibiarkan lagi ada IPTS dan IPTA yang menyediakan bidang pengajian Islam ini turut dipelajari sehingga sekarang? Mengapa tidak dihadkan juga? Oh ya, mengapa tidak boleh ke Mesir untuk menyambung ijazah? Apakah kalau mereka menyambung di institusi tempatan mereka akan dijanjikan ada pekerjaan? Ai...pelik bukan? seolah-olah kalau hendakkan kerja, sila sambung di Malaysia. Hah, alasan apakah Jabatan Pelajaran hendak mainkan? Begitu juga di peringkat sekolah rendah, nampak gaya semua ahli kabinet di jabatan pelajaran ini perlu memikirkan lagi untuk menghadkan bilangan menghantar anak-anak ke sekolah agama. Iyerlah kan, dibimbangi tiada pekerjaan apabila meningkat dewasa nanti. Maklumlah, sektor pekerjaan agama ini sedikit. Minima dan sekaligus tiada jaminan untuk digelar "officer". Begitu juga mereka seperti tidak tahu menahu mengapa ditubuhkan cawangan Al-Azhar di Malaysia yang bertempat di Rembau Negeri Sembilan ini. Adakah kerana membuat bisnes? atau hendak memberi pendidikan kepada rakyat sendiri?
Adakah pekerjaan yang ditawarkan baru-baru ini palsu?
Saya akan menggeleng kepala mengatakan TIDAK SESEKALI jabatan pelajaran, begitu juga kerajaan LUPA atau TIDAK TAHU langsung berkaitan program yang telah diadakan di Mesir ini yang mana dirasmikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi di Cairo International Convention Centre (CICC) pada majlis Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 pada tarikh keramat 26-27 November 2007. Lihatlah pada program yang amat besar ini di mana kami ditawarkan pekerjaan dalam sektor pengajian Islam apabila pulang ke Malaysia nanti. Banyak institusi yang turut serta dalam program ini dan menyediakan peluang tersebut kepada penuntut Al-Azhar (tidak kira STAM atau MoU). Adakah menteri-menteri semua telah lupa? atau sememangnya sedang berbahas di dalam mesyuarat perkara tersebut. Kemudian membisu dan terus memberi poin yang lain? Adakah pihak kerajaan telah lupa bagaimana sektor perbankan perlukan siswa-siswi lepasan bidang Syariah Islamiah menjadi pekerja dalam bank-bank di Malaysia? Apakah telah ramai permohonan yang dibuat dalam sektor penterjemahan kitab-kitab agama/perterjemahan bahasa di Malaysia oleh pelajar kami ini terutama sekali lepasan Bahasa Arab (Arabic Language Course)? Bagaimana dengan modal insan yang selalu ditawarkan dan disebut oleh kerajaan serta pihak-pihak yang menaja program di Kaherah pada hari tersebut? Melayu di Jabatan pengajian ini mudahlah lupa...
Kepentingan mahasiswa MoU kepada Al-Azhar
Memorandum of Understanding ini telah lama diwujudkan oleh kerajaan Malaysia-Al Azhar untuk memberi laluan kepada mereka yang ingin menyambung peringkat ijazah terus ke tahun 3-4 adalah satu niat dan perancangan yang murni kedua-dua belah pihak. Propaganda untuk menghadkan bilangan pelajar ini yang bermula dengan pelbagai agenda seperti Imtihan Qabul nampaknya kurang berkesan dan menyebabkan Jabatan Pengajian ini mengambil keputusan yang drastik dengan alasan yang cincai bincai. Perlu diingat, kepentingan siswa MoU kepada pertumbuhan generasi muda yang matang ini amat banyak. Antaranya, ia secara langsung memberi kemudahan kepada pelajar tahun 1 (STAM) untuk memahami selok belok pengajian Islam di peringkat universiti dengan bimbingan senior daripada kolej tempatan yang telah berpengalaman. Memberi tunjuk ajar dan mampu memberi bimbingan dalam segi pembelajaran di tanah air kelak, dan sekurang-kurangnya apabila memprolehi pengalaman setahun-dua disini mereka akan menjadi siswa yang lebih produktiviti dengan mengutip pengalaman di negara orang.
Pesanan untuk menteri dan segala menteri yang ada di jabatan pengajian Malaysia.
Penulis dan ramai lagi penuntut yang lahir daripada keluaran Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam ini tidak boleh menerima dengan tindakan yang pihak menteri telah lakukan. Begitu juga kami tidak boleh menerima alasan penyekatan tersebut. Adakah hari konvokesyen pada hujung tahun 2008 nanti yang sudah tentu dianjurkan dan dirasmikan oleh Kedutaan Malaysia-Mesir ini akan tiada manafaat kepada mereka? kerana selepas pada hari tersebut mereka terus digelar graduan dan akan mengisi pekerjaan di Malaysia. Adakah tanggungjawab memberi pendidikan kepada rakyat dari segi agama dan kerohanian adalah amanah yang kecil? Siapa yang akan menggantikan untuk bersama dengan ahli qariah masjid di Malaysia nanti dan mengisi borang untuk menjadi tenaga pengajar di beratus-ratus sekolah yang memerlukan guru agama? Adakah pihak menteri tidak melihat perdana menteri sekarang juga keluaran pengajian Islam? bahkan layak untuk jadi Perdana Menteri. Katakanlah sahaja alasan tersebut adalah untuk memadamkan Islam di Malaysia dan menggalakkan aktiviti yang hanya berlandaskan survivor harta, maruah dan politik masing-masing. Inilah selfish yang akan membantutkan lagi pertumbuhan mahasiswa Islam di Malaysia.
Sebagai pemahit mulut, penulis mengharapkan keputusan yang telah dibuat itu jangan berlandaskan nafsu dan momokan jiwa yang kosong. Fikirkanlah untuk generasi yang akan datang. Kami percaya pihak jabatan yang terdiri oleh golongan bijak pandai ini boleh merencakan program yang mendatangkan manafaat kepada mahasiswa kolej-kolej tempatan ini dengan pembatalan semula keputusan yang dibuat itu. Fikirkanlah keputusan dengan seribu satu kesan yang akan diterima nanti. You wake up from the naped, not a seem wake up from the sleeped. Thinks about it.
P/s: Kualiti dijunjung, pendidikan disanjung...mana relevannya?

0 comments:
Post a Comment