Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang forwardkan mesej-mesej ini.
Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya. Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya. Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya. Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya. Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna.
Renungilah...
______________________________________
Rentetan pertemuan antara Carter dan Khalid Mash'al yang menumpukan perbincangan sekitar penukaran tawanan Ghilad Shalit (tentera Israel), gencatan senjata dan blockade Gaza(kepungan dan kawalan), HAMAS mengatakan akan membuat kajian ke atas cadangan- cadangan yang dikemukakan oleh Carter tetapi bukan dengan bentuk bayaran. Pertemuan sebanyak 2 kali dalam masa 24 jam memberikan keuntungan terhadap HAMAS dari sudut politik, demikian yang ditegaskan oleh Mahmud Zahar sewaktu berada di Mesir.
Aboul Gheit (Menteri Luar Mesir) mengatakan dalam kenyataan akhbar bahawa pembentukan kerajaan perpaduan(Hukumah Wahdah Wataniah) agar tidak melibatkan HAMAS kerana dikatakan HAMAS menyukarkan proses perjanjian damai. Bagaimanapun, HAMAS membidas kenyataan tersebut kerana adanya usaha untuk tidak melibatkan HAMAS dalam kerajaan perpaduan yang lalu. Antara sebab dikatakan HAMAS menyukarkan proses perjanjian damai kerana HAMAS tidak mengiktiraf kewujudan Negara Israel di atas tanah Palestin sebagaimana yang ditegaskan oleh HAMAS semasa mengetuai Kerajaan Perpaduan Palestin.
Sumber maklumat (19/04/08, Berita Al-Jazeerah dan 20/04/08 Palestin Info)
______________________________________
Kadang-kadang kita terlalai dan terleka namun itulah yang dinamakan manusia, sering sahaja teruji imannya dengan perhiasan dunia sebagai tanda kasihnya Allah buat kita.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." Al-Imran : 14
______________________________________
Orang yang cerdas adalah orang telah diberikan kekuasaan dan kemampuan untuk menghukum nafsunya dalam taat kepada ALLAH, kerana dengan menyiksa nafsu, ia akan selamat dan jika disuburkan dan dibiarkan ia akan menjatuhkanmu!
______________________________________
"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi"
Lourence Brown (misionaris) berkata: "Kalau muslimin di seluruh empire arab bersatu, tentu sahaja mereka akan jadi satu laknat dan bala kepada dunia. Tetapi kalau mereka telah berpecah belah, maka mereka merupakan benda yang tidak ada nilai dan tidak punya pengaruh lagi. Biarlah bangsa arab dan muslimin berpecah supaya mereka tidak ada lagi kekuatan".
Sumber: 10 rancangan barat hancurkan Islam Cetakan pertama, Safar 1406 Penerbitan Mujahid
______________________________________
Diminta kepada semua mahasiswa di Perlembahan Nil ini untuk berhati-hati dan berwaspada ketika keluar daripada kawasan kediaman masing-masing khususnya pada waktu malam kerana telah berlaku sekali lagi kes ragut dan cubaan membunuh oleh orang Arab. Kejadian telah berlaku malam semalam (20 April) di Hayyu Sabie (tidak dapat dikenal pasti secara tepat). Mangsa merupakan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Zaqaziq. Mangsa telah dicekik sehingga pengsan dan diragut segala keperluan dan barang-barang yang ada bersama-samanya. Oleh yang demikian, PMRAM sekali lagi memohon jasa baik semua mahasiswa agar tidak mengabaikan keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah berjaga-jaga sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.
-PMRAM 1930
______________________________________
10 mayat yang tidak busuk dan tidak reput dihari kiamat kelak disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun. Umur akhirat dalam keadaan tidak makan dan tidak minum , tidak duduk dan tidak bercakap .Untuk renungan semua. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang sukar dalam menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat"
______________________________________
Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi."
______________________________________
Apa dah jadi dengan industri perfileman Malaysia? Lepas satu, satu filem yang menghina Islam, hina al-Quran, seks bebas, berbaur lucah dan sebagainya yang diterbitkan demi merosakkan anak bangsa sendiri! Ditambah pula dengan filem luar negara yang menjadi panduan oleh penerbit filem Malaysia masa kini seperti FITNA dan lain-lain. Adakah kita lupa dengan filem AKHIRAT, LATINA dan filem pendek yang telah terbit pada tahun lepas iaitu COMOLOT yang terang-terang memperjuangkan bangsa gay laknatullahialaihim? Ayuh! Mari kita selamatkan negara kita dengan menyebarkan dakwah besar-besaran melalui tulisan, ceramah, blog dan sebagainya untuk bersihkan fikiran umat Islam. Jangan banyak bermain dan bersuka ria. Tambahkan ilmu, pasakkan semangat untuk membangkitkan kembali maruah umat Islam!
-PMRAM 1930
______________________________________
Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih lautan"
Tujuh kalimah:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah tersilap berkata perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika ingin melakukan sesuatu pada hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
______________________________________
Jika sudah terang Bahawa masa depan adalah milik Islam, Kenapa kita tidak mempersiapkan diri untuk menyambut hari kegemilangan itu? Jika Islam bangun kerana perjuangan, kenapa kita tidak mempersiapkan diri dengan segala kepakaran dan kemahiran seorang pejuang? Jika Islam itu yang tertinggi dari segalanya, kenapa kita perlu membiarkan diri dipijak-pijak oleh musuh Islam? Bangun! Perkuatkan! Perkasakan minda dan fizikal! Berjuang! Sampai ke akhir hayat!
______________________________________
Israel membekal semula dengan menambah bahan bakar ke Stesen elektrik Gaza sebelum beberapa jam stesen tersebut dihentikan operasinya. Rentetan pemberhentian stesen tersebut akibat kehabisan bahan bakar, pihak UNRWA juga terpaksa menghentikan bantuan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang mencecah jumlah penduduk sebanyak 1.3 juta. Laporan akhbar yang lain turut menyebutkan bahan bakar untuk tujuan elektrik hanya mencukupi untuk hari ini.
Sumber maklumat (23/04/08, Berita Al-Jazeerah dan 23/04/08, Palestin-info)
______________________________________
Kedutaan dan perdana menteri serta media televisyen Denmark berusaha menghentikan boikot yang menyebabkan kerugian hingga 2 miliar uero dan jika boikot ini diteruskan selama 7 bulan maka mereka akan menerima kerugian hingga 40 miliar uero. Sebarkan untuk meninggikan martabat kita supaya mereka mengetahui kehebatan agama kita!
______________________________________
Seorang pejuang Palestin terbunuh, 3 lagi cedera dalam serangan tentera Israel di Beit Hanoun, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________
Mash'al(Ketua Biro Politik HAMAS) mengadakan pertemuan dengan Amir Qatar hari ini di Doha. ______________________________________
PBB gagal dalam menyampaikan keterangan akhbar berkaitan krisis kemanusiaan yang berlaku di Semenanjung Gaza. Mengikut laporan berita al-Jazeerah yang menyiarkan kenyataan NGO dunia, Human Right Watch pada 20/04/08, wartawan dari REUTERS turut dibunuh oleh tentera Israel semasa membuat liputan di Semenanjung Gaza baru-baru ini. Rentetan yang berlaku, kejadian ini bukanlah kali pertama malah sebelum ini telah berlaku dan kerap kali wartawan khasnya dari Al-Jazeerah juga pernah diugut kerana membuat liputan berhubung keadaan yang berlaku di Gaza dan di Tebing Barat. Sememangnya, Israel patut dipertanggungjawabkan malah pihak yang berautoriti seperti PBB dan selainnya mengambil perhatian terhadap perkara ini. Apa yang dirisaukan, tindakan dan serangan Israel itu, tidak ada tindakan tegas dari pihak yang berautoriti. Bagaimanapun, isu krisis kemanusiaan yang menimpa Semenanjung Gaza (Gaza under siege) juga kurang dititikberatkan oleh PBB seolah-olah merestui Israel meneruskan serangan dan mengekalkan blockade (kawalan dan kepungan) ke atas Gaza. Begitu juga pihak Amerika Syarikat yang mendakwa serangan Israel tersebut, adalah 'untuk mempertahankan diri' dari serangan pejuang Palestin yang dilabelkan pengganas.
Sumber maklumat (24/04/08, Berita Al-Jazeerah).
______________________________________
HAMAS menyampaikan jawapan balas terhadap cadangan Mesir untuk proses gencatan senjata dengan Israel di Semenanjung Gaza. Saudara Husin Abd Ghani, wakil Al-Jazeerah di Kaherah melaporkan (waktu Mesir 7.00 pagi tadi) pihak delegasi HAMAS yang diketuai Dr.Mahmud Zahar bertemu dengan bahagian perisikan Mesir, Said Omar Sulaiman bagi memyempurnakan tujuan tersebut.
______________________________________
TIPS BAGI ORANG YANG DAH KAHWIN & BAKAL BERKAHWIN: Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya!
______________________________________
Seorang penduduk Israel bertindak menggilis seorang anak Palestin dengan keretanya berdekatan bandar Khalil, utara Tebing Barat. Akibat kejadian tersebut, anak Palestin itu dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Sumber maklumat (24/04/08, harian Misril-youm).
______________________________________
Perunding Eropah menggesa Israel agar membekalkan semula bahan bakar ke Semenanjung Gaza.
Sumber maklumat (24/04/08, berita Al-Jazeerah)
______________________________________
Abbas berazam untuk mengadakan semula pertemuan dengan Bush yang dijadualkan pada bulan Mei akan datang(17/05). Rentetan pertemuan tersebut, Bush meyakinkan Abbas bahawa tertegaknya Negara Palestin adalah menjadi keutamaannya. Bush turut mengatakan penetapan kedudukan Negara Palestin sebelum akhir 2008.
Sumber maklumat (24/04/08,berita Al-Jazeerah)
______________________________________
Pertemuan antara Mahmoud Abbas (Presiden Palestin, Ramallah) dan Bush di Washington. Antara agenda pertemuan, adalah rundingan damai dengan Israel. Abbas juga menyebutkan bahawa rundingan dengan Israel dijalankan dengan sulit. Beliau menyebut "apa yang berlaku antara kami dan Israel tidak akan diketengahkan ke pengetahuan umum kerana sehingga sekarang, tidak ada sesuatu yang sesuai untuk kami war-warkan".
Sumber maklumat (24/04/08, harian Misril- youm)
______________________________________
Pertemuan antara Khalid Mash'al (HAMAS) dan Amir Negara Qatar membincangkan sekitar keadaan yang berkait rapat dengan Palestin.

HAMAS menerima cadangan Mesir dengan mengemukakan bentuk perdamaian dengan Israel. Perdamaian tersebut mengambil masa selama tempoh 6 bulan di Semenanjung Gaza, bagaimanapun juga dipanjangkan ke Tebing Barat. Mahmud Zahar (wakil HAMAS) dalam sidang akhbar meminta Mesir agar membuka sempadan Rafah jika Israel menolak bentuk perdamaian tersebut.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kekuatan kepada Sahabatku ini untuk menempuh imtihan, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang disembah selayaknya dan tiada Tuhan melainkan Engkau. Lapangkanlah Jiwanya sepertimana Engkau lapangkan jiwa Nabi Musa untuk mengadap Firaun, Engkau lancarkanlah lidahnya untuk menuturkan Kalam-kalamMu Yang Maha Agung seperti Engkau kurniakan keatas lidah para Rasul dalam menyampaikan Dakwah. Amin Ya Rabbal Alamin. Selamat menempuh Imtihan!
______________________________________
Wahai anakku! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
-Lukman Al-Hakim
______________________________________
I got very good tip for identifying the products to boycott. Every bar Coded product in the market contains its country code included in bar code digits. Please check the bar code of any product before you buy. Check the first 3 digits from the LEFT. Example, an Israeli product will have bar code like: 729 3453459070 The following list is given according the priority as the worst at top and then second worst is next. 729 - Israel 570 - 579 Denmark (i.e. 570, 571...579) 870 - 879 Netherlands (i.e. 870, 871...879) 300 - 379 France 700 - 709 Norway 400 - 440 German Please copy this text and forward this text to as many Muslims as possible Via Email via SMS Via Scrap. I ask all of u, Muslims...Cant u spare one hour in order to spread this message.
______________________________________
Penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan secara aman berdekatan sempadan Beit Hanoun. Dilaporkan, tujuan daripada tunjuk perasaan itu adalah sebagai satu desakan dan tuntutan supaya membebaskan Gaza daripada Blockade Israel (kepungan dan kawalan Israel). Sebelum ini, pihak Israel telah membekalkan semula bahan bakar ke Gaza, namun hanya sementara dan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Pihak UNRWA, mengingatkan Israel dengan tindakannya dan apa motif sebenar ekoran tindakan Israel yang memutuskan bekalan bahan bakar ke Gaza.
Sumber maklumat (25/04/08, Berita Al-Jazeerah)
______________________________________
Keadaan yang menimpa penduduk Palestin di Gaza saat ini amat buruk, dan memerlukan bantuan beberapa segera. Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada usaha yang serius daripada pihak yang berautoriti .
______________________________________
2 penduduk Israel terbunuh dalam satu serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin berdekatan dengan Tulkram, Tebing Barat. Laporan berita menyatakan, kumpulan pejuang Palestin yang melakukan serangan tersebut adalah Kataib Izzuddin Al-Qassam (HAMAS) dan Saraya Al-Quds (JIHAD ISLAMI).

Pihak Israel menolak dokumen perjanjian yang dikemukakan HAMAS, dan Israel mengungkapkan apa yang dikemukakan tidak menunjukkan bersungguh-sungguh kepada perdamaian. Sementara itu, pihak Mesir mengambil langkah dengan mengetatkan perlaksanaan keselamatan di Sempadan Rafah.

Penyakit umat-umat terdahulu :Daripada Abu Hurairah R.A.katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,"Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu".Sahabat2 bertanya,"Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?"Nabi S.A.W menjawab,"Penyakit2 itu ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah,(3) menghimpun harta sebanyak mungkin,(4) tipu-menipu dalam merebut harta-benda dunia,(5) saling memarahi,(6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi"
-H.R Hakim
______________________________________
“Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya di hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya Allah akan mudahkan baginya di dunia dan akhirat”
-Hadis Riwayat Muslim
______________________________________
Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa generasi muda merupakan masa depan kepada umat, harta kekayaan manusia yang lebih bernilai daripada kekayaan petroleum. Generasi muda merupakan tiang kepada kebangkitan Islam serta sendi asas kepada kebangkitan tersebut. Renungkanlah....
______________________________________
Perkara ini bukanlah suatu yang baru dalam senario politik Palestin-Israel, bahkan sebelum ini kesemua kumpulan pejuang-pejuang Palestin diarahkan oleh Kerajaan Palestin Ramallah supaya menyerahkan senjata dan tidak menyerang Israel demi menjaga keamanan Israel dan kehendak Israel. Bagaimanapun, keadaan ini membingungkan semua pihak termasuk pejuang dari Syuhada Al-Aqsa yang merupakan skuad tentera FATAH. Apatah lagi, HAMAS yang terang-terangan membidas tindakan Mahmoud Abbas. Meskipun, Mahmud Abbas kerap kali mengecam tindakan pejuang Palestin, namun mereka tidak sekali-kali mengikut perintah tersebut kerana melihat keadaan yang lebih buruk akan berlaku.
______________________________________
Harian 'Al-Kuwaitiyah' melaporkan Salam Fayadh (Perdana Menteri Palestin, Ramallah) telah menyerahkan nama-nama pejuang Palestin dari kalangan pejuang Syuhada Al-Aqsa (FATAH) kepada Israel kerana menolak penyerahan senjata dan pengampunan ke atas mereka. Dinyatakan juga bahawa perkara telah dipersetujui bersama antara Salam Fayadh dan Jeneral Keith Dayton.
Sumber maklumat (25/04/08, Palestin-info)
______________________________________
3 cedera dalam satu serangan Israel di Beit Hanoun, Gaza. Sumber maklumat
26/04/08, berita Al-Jazeerah
______________________________________
Mahmud Zahar: HAMAS menanti respon jawapan balas rasmi dari pihak Israel yang berperantaraan Mesir berikutan kenyataan Israel yang menolak bentuk perdamaian yang dikemukakan oleh HAMAS. Laporan akhbar mengungkapkan bahawa Israel menyatakan gencatan senjata atau bentuk perdamaian HAMAS hanyalah tipu daya dan merupakan usaha untuk mengukuhkan HAMAS. David Beker, Jurucakap Israel mengatakan operasi ketenteraan tetap akan diteruskan untuk melindungi warganya.
Sumber maklumat (26/04/08, berita Al-Jazeerah dan 26/04/08, Palestin-info)
______________________________________
Jumaat, 24/4/2008 -Subuh Khamis lalu, askar-askar Rejim Zionis telah menculik 7 akyat Palestin di bandar Nablus termasuk tiga lelaki sementara yang lain telah ditangkap berikutan kempen penangkapan Rejim Zionis setiap hari di kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Penduduk tempatan melaporkan bahawa askar-askar telah melakukan kemusnahan di semua rumah semasa menceroboh bandar tersebut serta kawasan berdekatan dengan kem pelarian Balata.
-presiden pmram08:
______________________________________
Tentera penakluk(Israel) mengepung sebuah rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian salah seorang pimpinan pejuang KATAIB SYUHADA Al-AQSA, di Jenin.
Sumber maklumat (29/04/08, berita al-Jazeerah)
______________________________________
Walaupun Kataib Syuhada Al-Aqsa adalah skuad tentera FATAH, tetapi Israel tetap memusuhinya kerana kenyataan-kenyataan pemimpin FATAH seolah-olah memberi peluang kepada Israel untuk menangkap dan menyerang pejuang Palestin. Amat menyedihkan, arahan supaya pejuang Palestin menyerahkan senjata adalah dari Kerajaan Palestin, Ramallah yang menyetujui permintaan Israel kononnya pejuang-pejuang Palestin akan diserap dalam bahagian ketenteraan Palestin. Perlu diketahui bahawa modus-operandi ini adalah rancangan daripada Keith Dayton.
______________________________________
Ilmu mantik politik (manpoli): al-Quran itu salah 1 bentuk hidayah ALLAH, menolak al-quran sebagai dasar kehidupan adalah menjauhkan diri dari hidayah ALLAH, maka Hidayah ALLAH adalah sumber dari al-Quran. Fikir-fikirkanlah wahai insan yang berakal murni!
______________________________________
Bush dalam kenyataan akhbar menolak sebarang rundingan atau apa jua perbincangan dengan HAMAS. Begitu juga kenyataan Condolezza Rice (Menteri Luar Amerika Syarikat) yang meminta supaya HAMAS diasingkan dan beliau turut menolak sebarang perbincangan dengan HAMAS.
Sumber maklumat (29&30/04/08, berita al-Jazeerah)
______________________________________
'In politics, nothing happen by accident. If it happen, it was planned that way'. Ada benarnya ungkapan Rooservelt (bekas Presiden Amerika) jika disamakan dengan apa yang berlaku terhadap HAMAS. Tambahan pula HAMAS kini dilihat berupaya mendominasi politik Palestin dengan sikap dan tindakannya yang tegas malahan dengan pertemuan Jimi Carter yang lalu memberikan keuntungan dari sudut politik.
______________________________________
Semasa HAMAS memenangi pilihanraya 2006 dan ketika wakil HAMAS menjadi Perdana Menteri Palestin serta menguasai Majlis Legislatif Palestin. Kesannya, bantuan kewangan kepada Palestin dibekukan tetapi Amerika tetap menyalurkan kewangan USD30 juta kepada FATAH. Lantas menjadi pertikaian sengit sesama Palestin-Palestin.
______________________________________
Kata-kata Ibrahim at-Taimiy: “Aku mengumpamakan diriku berada di Syurga memakan buah-buahnya dan minum dari air sungainya, dan bersama dengan para bidadari. Lalu aku mengumpamakan diriku berada di neraka, memakan buah zaqum, meminum nanah, dirantai dan dibelenggu. Lalu aku katakan pada diriku, “Hai jiwa, apa yang kau mahu sekarang? Jiwa itu menjawab, “Aku ingin kembali ke dunia dan melakukan amal soleh”. Aku pun berkata, “Kini angan-anganmu (untuk kembali ke dunia) tercapai , maka beramallah!”
______________________________________
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.” Dari: Riwayat al-bukhari Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
______________________________________
Qola as-syair : "Tirulah Kehidupan orang-orang yang Baik sekalipun tidak dapat sama dengan mereka, sesungguhnya meniru orang-orang yang baik adalah kejayaan"
______________________________________
Nasihat itu memberi peringatan, konsep nasihat adalah menjauhkan diri seseorang daripada mengumpat, mengata, mentohmah, mengfitnah dan seangkatan dengannya. Firman ALLAH: dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan (nasihat) itu bermanfaat kepada orang-orang beriman!

0 comments:
Post a Comment