Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Tuesday, April 22, 2008

berlapang dada (salamatus sodr)

(saya berada dibilik ustazrock. sobek-sobek laptop beliau sambil tengok akuarium ikan emas)


( saya dan ustazrock dihadapan masjid Nur Sobah, Jalan Sayyid Nawi di Tanta pada 22.4.08 jam 11.30pm)


Mufajaah
Hari ini tak disangka saya berada di bumi Tanta selepas mengambil keputusan hanya 5-6 minit berfikir. Memang bunyinya perkara agar besar. Yerlah kan, mana tidaknya ke Tanta dari Kaherah hanya berfikir secara mufajaah (tergesa-gesa). Dan saya mula mengambil langkah pada jam 11.00 malam (21.4.08) untuk menaiki transpot ke Ramsis. Dari Hayy Sabie iaitu tempat tinggal saya ke Ramsis adalah dengan menaiki tramco (mini van). Jaraknya tidaklah begitu lama. 15-20 minit sampailah disana. Dan dari Ramsis direct ke Tanta pun menaiki kenderaan yang sama. Cuma kenderaan orang lain pulalah kan^_^. Bayarannya? sekarang kadar bayaran yang dikenakan kepada penumpang ialah:
Hayy Sabie - Ramsis= LE 1.00
Ramsis - Tanta= LE 6.00

Mengapa agaknya?
Secara tiba-tiba kawan saya perlukan pertolongan berkaitan reka bentuk pakaian dan komputer. "Masalah ini perlu diselesaikan paling lewat hari esok" katanya. Saya termenung sejenak. Memang pada mulanya agak keberatan memandangkan masa hampir jam 12.00 malam. Tapi tidak cukup termenung saja kalau tak lakukan apa-apa. Hm, dengan itu saya mengambil keputusan untuk ke Tanta juga dengan dipandukan oleh sahabat saya sendiri yang berada di sana melalui telefon bimbit. Maklumlah, ini kali ke-3 saya ke cawangan tersebut. Jalan belum kenal molek lagi kata orang ^_^.

Hari Istimewa = Day + Day (khas 22.4.08)
Sepanjang perjalanan ke Tanta lebih kurang 1 jam 30 minit, saya menerima empat SMS dari kawan baik dan mak ayah. SMS mereka tidak lain, mengucapkan selamat hari lahir ke-23. Hehe. Agak keberatan juga untuk nak kongsikan kepada pembaca perasaan ini. Biasalah, menulis pun perlukan kekuatan kan? nak mengangkat pen perlukan kudrat. Nak mengangkat perasaan pun perlukan hemah (semangat) yang tinggi. Jadi, untuk mak ayah, sahabat-sahabat yang tidak lupa untuk mengucapkan wish semalam, terima kasih tak terhingga buat kalian! Moga Allah memberi kebahagian hidup dan keputusan yang terbaik untuk peperiksaan nanti!

Salamatus Sodri
Mahu menjadi orang yang diperlukan mestilah berlapang dada. Berlapang dengan dugaan dan cabaran. Kata orang, bukan senang nak jadi senang. Saya sampai jua ke Tanta pada jam 1.oo pagi lebih. Saya kurang pasti jam berapa pada waktu itu. Setibanya di TantaScan, (sahabat saya tinggal disana), saya menghubunginya. Sebelum itu, sempat juga membeli fatiroh (roti yang disapu madu dan gula) harganya LE=0.50. Makan dirumah sahabat saya, kenyang~~~

Malam ini bukanlah malam rehat. Saya tidak tidur sehinggalah jam 10.00 pagi keesokannya (22.4.08) kerana menyiapkan dua hajat untuk kesini; komputer dan reka bentuk baju. Fuh...agak penat, tapi jam 10.00 pagilah waktu membalas dendam tidur kan? Ketawa.

Selepas itu proses untuk menghantar reka bentuk tersebut dilakukan sahabat saya (beliau berurusan dengan orang tengah untuk menghantar ke kilang cetak). Done! dan selepas itu saya ketemui bantal...

0 comments:

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung