DeviantArt Editor
Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!
Thursday, October 21, 2010
Nik Aziz: Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.
Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.
Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.
Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.
Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).
Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.
Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.
“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.
“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.
Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.
Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.
Huraian ringkas: Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana penyertaan saya di dalam pertandingan reka-bentuk logo Sambutan 20 Tahun Membangun Bersama Islam bagi digunakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan telah diterima sebagai Johan sekaligus merangkul hadiah yang ditawarkan oleh pihak penaja.
Saya tidak menyangkakan ia diterima memandangkan syarat penyertaan itu dibuka umum. Bukan rakyat Kelantan sahaja. Malah seluruh dunia boleh menyertainya. Ini yang menyebabkan saya rasa amat-amat TIDAK SANGKA (susah nak luahkan dengan tulisan dan kata-kata sebenarnya!).
Apa pun dalam hal ini juga, saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih khas untuk Mak dan Ayah yang banyak membantu dalam menguruskan siapa yang akan diwakilkan untuk menerima penghargaan pada majlis perasmian nanti (maksudnya hari ini). Dan berbanyak terima kasih juga khas kepada Azam (Abang) kerana kesanggupan dan susah payah beliau untuk menjadi wakil saya sekaligus menerima penghargaan pada malam itu dan terima kasih kepada Ilham (adik) yang turut ke sana. Begitu juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Faiz, Ikmal dan Amni (adik-beradik) kerana turut menyokong sama usaha yang tak seberapa ini.
Tak dilupakan juga, saya ingin rakamkan berbanyak terima kasih kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) atas dorongan persatuan ini yang saya berada di bawahnya. Tanpa taklifan yang saya terima selama ini, mungkin saya tidak mampu untuk menghasilkan logo ini. Moga Allah ta'ala meluas dan melimpahkan rezeki yang tak terhingga kepada persatuan kebajikan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir ini.

Sumber (KLIK)

P/s : Duk Mesir ni...nak kongsikan perasaan gembira dengan siapa ye...?
Tuesday, May 25, 2010
Color Wheel
Bagaimanakah cara untuk membuat "Color Wheel" di atas? Anda boleh lihat dan pelajarinya melalui tutorial yang saya sediakan melalui akaun Youtube. Sila ke sana ya! Klik di pautan sub di atas bahagian video.
Sunday, May 23, 2010
Adobe CS5 Intro(s)
Berikut adalah beberapa intro Adobe Creative Suite 5 yang sempat saya snapkan. Menarik bukan? Ada lagi yang belum dimasukkan kerana masalah tertentu. Insya-Allah akan diupdate sedaya termampu. Jadi, dalam banyak-banyak aplikasi di bawah ini, mana satu yang anda kerap gunakan?
Monday, April 19, 2010
Tuesday, April 6, 2010
Penerbitan - Antara kesungguhan atau pengalaman semata-mata (Bahagian II/III)
Pedas yang perlu dirasa
Perkara "terbalik" yang sentiasa berlaku adalah Penyunting, malah Ketua Badan yang mungkin berjawatan sebagai "Pengarah Urusan" pada waktu itu turut sama menyunting bahan yang melibatkan ejaan semata-mata walau perkara ini boleh diselesaikan oleh editorial. Ejaan, tatabahasa malah ayat-ayat yang perlu ditulis contohnya jarang diambil berat oleh editorial. Bahkan ada yang tidak mengambil endah sekiranya artikel yang dipertanggungjawabkan hanya disalin daripada individu lain sepenuhnya (amalan copy-paste). Ini amat mengecewakan. Jika kita bercakap soal kualiti, malah ketulinan fikrah mahasiswa itu sendiri, tindakan juga turut sama mengiyakannya iaitu dengan menghasilkan artikel sendiri, bukan dengan cara plagiarisme. Merujuk tidak salah, kemudian mengambil bahan rujukan tersebut sebagai membantu malah menyokong artikel yang ditulis saya mengganggapnya sebagai percambahan fakta. Itu tidak mengapa bahkan digalakkan. Yang tertolak di sini ialah amalan menyalin secara penuh artikel individu lain, kemudian menyebarkannya tanpa menulis sama nama penulis asal tersebut. Ini yang sentiasa berlaku dalam Penerbitan. Malah saban tahun perkara ini juga yang berulang-ulang.Sepatutnya Penyunting / Pembaca Pruf yang dilantik hanya melihat kepada permasalahan yang lebih besar iaitu melibatkan tajuk, fakta yang bercanggah dengan etika bahagian Penerbitan dan sekiranya ia menyentuh soal politik Malaysia atau Mesir tanpa asas. Atau melibatkan perkara politik yang "memberatkan" satu pihak sahaja. Malah penyiaran gambar-gambar yang kurang sopan juga ditegah dengan pendedahan aurat sama ada wanita atau lelaki. Perkara inilah yang sepatutnya beredar dibahagian Penyunting. Dengan kata lain, jika ia dapat dilaksanakan, tugas yang terpundak oleh semua krew akan dapat berjalan dengan selancar-lancarnya melalui bidang tugas masing-masing. Pun begitu, untuk menyerahkan bahan mentah tadi kepada Penyunting dan pihak persatuan sendiri (seperti Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM), sebaiknya melalui proses reka-letak dahulu melalui pereka-bentuk. Pereka-bentuk akan menjadikan ia sebagai sebuah buku yang hampir sempurna untuk tatapan Penyunting bagi melihat, dan melakukan proses editing sebaiknya. Dengan menjaga halaman muka-surat, kualiti persembahan, susun atur huruf yang teratur dan mempunyai cover, pereka-bentuk perlulah dalam kalangan yang mempunyai kecenderungan dan minat supaya tugas yang terpundak dibahunya dapat disusun dengan penuh cermat dan beretika.
Kerahan tenaga
Proses menerbitkan bahan makalah ini tidak berhenti di situ sahaja. Selesai penyuntingan artikel dilakukan atau bahan berkenaan yang melibatkan gambar-gambar, ia akan diserahkan semula ke bahagian pereka-bentuk untuk pembetulan terakhir. Di sinilah kesemua tugas-tugas yang selama ini terpundak pada semua krew yang menyediakan artikel akan tertumpu pada pereka-bentuk. Jika ada ralat, seperti isi yang lebih, tidak cukup, hilang atau sebagainya, pereka-bentuk perlu bertanggungjawan atas reka-letaknya itu. Jadi, di sinilah ia perlu cermat, malah bersungguh-sungguh sama untuk membuat recheck terakhir sebelum proses cetakan berjalan. Tidak kisah menggunakan apa-apa aplikasi seperti produk Microsoft, Adobe, Corel atau apa sahaja yang sesuai untuk bidang penerbitan kerana semua ini melibatkan kesesuaian dan kemahiran pereka-bentuk terbabit. Jika mahir kesemuanya, ia merupakan nilai tambah supaya dapat menghasilkan sebuah makalah yang baik, cantik dan tersusun rapi. Apabila berpuas hati, maka proses percetakan boleh dilakukan.
Jika anda pernah terlibat dengan proses cetakan, anda mestilah mempunyai sedikit-sebanyak berkaitan dengan harga, tempat dan format cetakan itu sendiri. Biasaanya jika Suara Kampus, kerana ia merupakan majalah, malah dianggap aktiviti penting sesebuah persatuan, ia dicetak dikilang dengan harga yang begitu besar dalam lingkungan LE 2500-3500. Malah lebih. Ia bergantung pada kuantiti dan saiz majalah itu sendiri. Jika buletin atau makalah picisan seperti risalah, ia hanya melibatkan proses fotostat sahaja tidak melalui pihak kilang. Ketika ini atau selama mana seseorang memegang tugas ini, ia perlu faham dan mempunyai maklumat ini. Jika tidak, perjalanan sebagai seorang "Pegawai Pemasaran" akan dianggap lemah, tidak aktif malah terlepas pandang sama sekali bidangnya sendiri.
Siap cetak sahaja, proses yang wajib dilakukan juga adalah pengesahan cop daripada pihak berwajib seperti PMRAM. Ia akan memudahkan proses edaran supaya dapat diperluaskan oleh pasaran-pasaran yang lain termasuklah untuk mengedar ke cawangan-cawangan lain selain daripada Kaherah. Selain daripada menyentuh isu keselamatan, setiap bahan bercetak yang lain, seperti iklan, pamflet dan sebagainya perlulah mendapat cop pengesahan pihak berwajib dahulu.
Penerbitan - Antara kesungguhan atau pengalaman semata-mata (Bahagian I/III)
Sekadar Picisan?
Walaupun orang kata cibisan, nampak mudah dan hanya sekadar biasa sahaja, hasilnya juga tidaklah hebat dan sebagainya, tetapi itulah penerbitan. Lebih-lebih lagi ia dikaitkan dengan tugasan kita ketika berpesatuan di Mesir. Walau kita mengatakan ia sukar, meletihkan dan pening tetapi orang sekeliling bukan mudah percaya bahkan orang akan melihat cara proses yang dilakukan nampak seperti "goyang kaki." Betulkah begitu? Tidak sama sekali! Seperti saya katakan sebentar tadi, ia memang sukar walau disekeliling anda mempunyai ahli jawatankuasa yang ramai bahkan ditambah dengan pengalaman yang ada tetapi anda akan rasa ia masih lagi sukar. Lebih malang jika tiada minat, usaha dan sabar berpanjangan.
Proses menghasilkan buletin atau majalah seperti Suara Kampus sebagai contoh, memerlukan langkah yang cukup lengkap iaitu daripada pemilihan anggota kerja atau disebut sebagai krew/editorial, sehinggalah kepada mereka yang bekerja untuk reka-bentuk layout dan pemasaran. Seawal proses iaitu pengumpulan tenaga kerja ini terpundak bawah Ketua Editor yang dilantik oleh Ketua Badan atau Lajnah masing-masing. Kemudian, akan dilakukan mesyuarat untuk membincangkan kertas kerja secara lumat dan sebati dimana persetujuan perlu dicapai dalam beberapa perkara besar melibatkan rubrik atau isi kandungan bagi makalah tersebut. Bunyi sukar? belum lagi...itu hanyalah proses biasa iaitu bermesyuarat. Proses yang mencabar adalah ketika mana artikel yang diperlukan oleh Ketua perlu dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Di sinilah berlaku pelbagai ralat yang memungkinkan proses untuk diterbitkan menjadi masalah, ralat seperti lewat untuk cetak dan sebagainya. Untuk menetapkan tarikh, ketua perlulah memainkan peranan dengan melihat kewajaran sesuatu bahan tersebut dihantar pada tarikh tertentu. Contoh, jika menghasilkan majalah, sudah tentu tarikh dipanjangkan sehingga tiga minggu bahkan sebulan. Apatah lagi, sekiranya kekurangan krew untuk bertindak. Namun, bagi penghasilan bahan penerbitan yang sedikit atau nipis, masa yang diambil hanyalah seminggu atau kurang daripada itu seperti buletin dan risalah. Pendek kata, lihat pada rasional apakah bentuk yang kita nak hasilkan.
Kepenatan yang ditanggung
Proses menerima bahan yang lewat daripada tarikh asal menyebabkan kekalutan yang teramat bagi pihak Ketua Editor. Malah di sini juga, ketua perlu berkorban untuk backup kerja-kerja yang terbengkalai atau tidak dihantar oleh editorial yang lain. Bayangkan jika ada lima orang editorial tidak menghantar artikel, jadi Ketua perlulah menyediakan lima artikel tadi supaya dapat dikumpulkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Bagaimana jika lebih daripada lima? Sukar bukan? Begitulah suka-duka kerja berpersatuan khususnya pengalaman sedia ada sendiri. Pelbagai alternatif perlu difikir dan dilakukan seperti meletakkan tarikh kedua untuk pengumpulan bahan, meminta bantuan Timbalan yang dilantik dan sebagainya yang dikira sesuai supaya bahan yang ditetapkan sebelum ini wujud sebelum proses suntingan dilakukan. Bukan itu sahaja, Ketua juga bertanggungjawab dan berhak menyunting, menambah baik, reject, atau sebagainya mengikut daya dan pengetahuan masing-masing. Bahkan sebaiknya, Ketua turut sama berbincang bersama Penyunting terhadap artikel-artikel yang dihantar. Ia menambahkan kebaikan bagi kesemua pihak kerana terdapat suntingan yang lebih cermat dan baik sekiranya dilakukan secara berkumpulan.
Antara kesukaran tugas Ketua di sini ialah menetapkan atau menyelaraskan artikel yang dihantar mengikut format yang diinginkan seperti saiz fon, format spacing, jenis font dan apa-apa yang terbabit. Walaupun cara dikumpulkan mungkin berbeza iaitu sama ada melalui kemudahan e-mel, bahan softcopy yang disimpan dalam cakera flash, malah ada yang bertaip pada kertas, kesemuanya perlu diambil berat memandangkan tidak semua krew yang dilantik mempunyai pengetahuan yang sama dalam perkara ini. Memadai mereka menghantar, ia sudah cukup lega. Ketua Editor juga perlu menyelaraskan kembali pelbagai butiran yang bersangkut paut sesebuah artikel dengan bahagian kolum tertentu. Ia penting supaya kolum-kolum yang telah ditetapkan sebelum ini tidak bertindan dengan artikel yang tidak sepatut berada pada tempatnya atau mudah kata, salah meletakkan artikel pada kolumnya sendiri. Jika tidak, proses untuk memasukkanya ke layout mungkin menimbulkan masalah lain. Jadi, selepas daripada bahan dihantar, pastikan Ketua Editor menyemak dahulu sebelum menyerahkannya ke Penyunting!

Sunday, April 4, 2010
Lagu Tema Parti Keadilan
Keadilan!
Keadilan rakyat kita,
Jana arus,
Kami arus perjuangan bangsa,
Keluhuran perlembagaan,
Perpaduan negara,
Masa depan anak Malaysia,
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita,
Diberkati Tuhan,
Memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu...melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,
Membujur lalu...melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia,
Keadilan!
Keadilan rakyat kita,
Jana arus,
Kami arus perjuangan bangsa,
Keluhuran perlembagaan,
Perpaduan negara,
Masa depan anak Malaysia,
Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita,
Diberkati Tuhan,
Memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu...melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,
Membujur lalu...melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia,
Membujur lalu...melintang patah,
Keadilan rakyat Malaysia.
Saturday, April 3, 2010
Microsoft Office 2010 versi RTM telah muncul!
Microsoft Office 2010, dengan nama kod Office 14, merupakan suite produk bagi Microsoft Windows dan merupakan kesinambungan daripada produk Office 2007 melalui Microsoft Windows. Antara ciri-ciri yang terdapat pada Microsoft Office 2010 ini ialah, keserasian jumlah gambar diperluaskan, pemuka yang dikemaskini (bukan kepada Microsoft Word sahaja) dan pengalaman pengguna yang masih menggunakan sistem operasi seperti Windows XP SP3 (32-bit), Windows Vista SP1, disamping menyokong sistem yang terkini iaitu Windows 7.
Dengan diperkenalkan produk ini, versi 64-bit akan disediakan untuk pertama kalinya, walaupun hanya untuk Windows Vista dan sistem operasi Windows 7 sahaja. Disamping itu, Microsoft telah mengesahkan bahawa Office 2010 ini akan dikeluarkan sekitar tahun 2010 (sekitar bulan Jun). Manakala versi Beta untuk digunakan bagi peringkat pengguna seluruhnya, telah disediakan pada bulan November 2009 lagi.
Office 2010 akan meletakkan kelebihannya sebagai versi online secara percuma seperti Word, Excel, PowerPoint, dan OneNote yang akan mudah beroperasi di web browser yang popular seperti; Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Apple Safari. Versi baru Office seperti Office Starter 2010, akan menggantikan low-end bagi pengguna yang menggunakan Microsoft Works sebelum ini. Turut disediakan ialah, Microsoft bagi suite produk mobile seperti Office Mobile 2010, yang akan dikeluarkan untuk Windows Phone menjalankan operasinya sebagai versi Windows Mobile 6.5 dan Windows Phone 7.
Terdapat juga ciri baru dalam Microsoft Office 2010 seperti Penyambung Sosial (Social Connector). Hal ini membolehkan pengguna, menulis e-mel ketika berhubung dengan keluarga mereka, teman-teman dan rakan sekerja dengan melihat status disamping berkomunikasi dengan individu yang lain. Apabila pengguna melihat e-mel mereka, nama, gambar, dan tajuk akan disediakan untuk orang yang mereka hubungi.
Saya sendiri sedang menggunakannya dengan versi RTM (Release Time Manufacturing) dan hasilnya sehingga kini agak memuaskan. Pemuka yang bertambah baik bahkan ia turut mengemaskini kepada pemuka yang lain seperti Microsoft Publisher dan yang lain-lain. Jika anda berminat untuk mencubanya, bolehlah memuat-turun perisian keluaran Microsoft yang baru ini dengan pautan-pautan yang telah saya sediakan di bawah. Sila muat-turun semua, letakkan dalam satu folder bersama-sama 15 fail berikut, kemudian extract menggunakan Winrar, 7zip atau sebagainya. Oh ya, jangan lupa sila "Run as administrator" (untuk pengguna Windows Vista dan Windows 7) untuk install ke dalam komputer peribadi anda! Selamat mencuba!
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 01/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 02/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 03/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 04/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 05/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 06/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 07/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 08/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 09/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 10/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 11/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 12/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 13/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 14/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 15/15 (Baru!)

Isu Royalti — Cermin tahap pemikiran pemimpin Malaysia
Manusia dikurniakan pelbagai sifat. Marah, suka, minat, cemburu dan sebagainya. Sifat-sifat ini merupakan nikmat yang dicipta khusus kepada manusia supaya ia dapat menggambarkan bahawa makhluk itu ialah manusia, bukan makhluk yang lain. Apabila soal manusia, sudah tentu berbilang kaum sama ada Melayu sebagai bumiputera di negara Malaysia, kaum China, India dan kaum orang asli di pelusuk negeri. Mempersoalkan isu yang dibangkitkan ini iaitu "adakah negeri Kelantan layak menerima royalti" bukanlah isu yang terlalu kritikal sehingga ia boleh diheret ke mahkamah, apatah lagi mahkamah antarabangsa. Tidak perlu sama sekali sekiranya sifat yang ada pada manusia iaitu suka, toleransi dan faham antara satu sama lain, wujud dalam diri pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang. Bahkan istilah "isu royalti" ini sendiri tidak sepatutnya wujud dan berlegar sehingga menjadi perkara besar di Malaysia lantaran ia sudah ditandatangani pada 35 tahun yang lalu diantara Dato' Haji Mohamed bin Nasir (Menteri Besar Kelantan) bersama Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah (Ketua dan Pengerusi PETRONAS) pada waktu itu. Seperti mana juga pandangan beliau yang dilontarkan baru-baru ini ketika memberi penerangan royalti untuk rakyat Terengganu, beliau mengatakan "sepatutnya ia tidak timbul sama sekali sebagai isu kerana ia dah lama selesai iaitu perlu bayar atau tidak, keputusannya, memang PETRONAS perlu membayar kepada Kerajaan Negeri yang terbabit." Walaupun beliau merupakan ahli tegar UMNO dan sebagai pemimpin UMNO sehingga sekarang, tetapi sikap ini harus dipuji dan mendapat respons yang baik memandangkan beliau sendiri yang terlibat mengasas PETRONAS. Namun, Najib Abdul Razak sendiri memberi kenyataan yang dangkal dan tidak berfakta sama sekali ketika parlimen bersidang pada bulan Februari 2010 baru-baru ini di mana kerajaan Kelantan hanya berhak menerima wang ehsan oleh PETRONAS.
Cuba kita renung sejenak dan berfikir dengan waras, berpegangkan fakta yang berada di hadapan mata kita. Apakah tahap yang boleh kita letakkan kepada pemimpin yang sebegini rupa? Saya sama sekali boleh katakan tahap IQnya = 0/10! Jika kenyataan tersebut dibuat, apa guna perjanjian pada tahun 1975 yang lalu? Adakah perjanjian tersebut hanya bertempoh atau ada had tertentu? seperti agama had hari had hari? Atau kerana bimbangkan kerajaan Kelantan akan bertambah maju dek royalti diberikan? Soal jarak yang ditimbulkan iaitu melebihi tiga batu nautika sama sekali tertolak. Dalam perjanjian tersebut, perkara ini tidak timbul bahkan langsung diberikan kepada Kelantan sebanyak 5%. Sekarang saya jelas dapat melihat masih ada ahli parlimen yang tidak mementingkan sama sekali rakyat yang diperintah bawah kawasannya. Kalau sebut Kelantan, sudah tentu mereka mempertahankan hak. Bagaimana pula Terengganu? Baru-baru ini Menteri Besar Terengganu sendiri mempersoalkan kenapa hanya membayar wang ehsan menunjukkan beliau ada taring dan boleh "memakan mangsa" di hadapan. Tapi alangkah kecewa kerana taring tersebut tumpul bahkan mungkin hampir patah hanya kerana penumbuk ahli politik yang seangkatan dengan beliau sendiri apabila soal ini diketengahkan.
Baiklah, kita beralih kepada wang ehsan akibat daripada "Kelantan tidak layak menerima royalti" ini. Kenyataan ini sama sekali mengakibatkan perangai pemimpin UMNO yang selama ini dangkal, menyebabkan ia lebih lagi menampakkan kebodohan mereka sendiri. Cuba kita guna hujah secara logik akal, iaitu "jika Kelantan tidak layak menerima royalti, maka status Kelantan adalah sama dengan negeri-negeri yang lain seperti Selangor, Perak, Perlis, Melaka dan sebagainya, maka serahkanlah kepada negeri-negeri ini wang ehsan sama!."
Sedarilah, jika kerajaan pusat serius dengan gagasan satu Malaysia dan perjuangan Ketuanan Melayu yang dijulang-julang malah menjadi tema seumur hidup UMNO, silakanlah memberi royalti kepada negeri (Kelantan dan Terengganu) ini yang mana hampir 95% berbangsa Melayu! Jika kalian dan juga calon bebas yang menubuhkan PERKASA ini mahu memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu sehingga menjulang-julang keris, nah! Inilah masa kalian! Ingatlah, rakyat memerhatikan tindak-tanduk dan perilaku kalian yang berada di atas ini. Jangan mudah lupa, nampak rakyat yang berada di bawah adalah kecil menandakan kalian besar, bahkan kami sebagai rakyat akan melihat kalian juga kecil jika kami pandang dari bawah ini. Jadi, fikirlah wahai pemimpin yang bertuanankan Melayu! Jadi, jangan marah apabila kami tonjolkan sifat marah ini pada tempatnya nanti!

Aplikasi Windows Live yang perlu anda ketahui
Di sini saya ingin kongsikan dengan sahabat mengenai Windows Live yang disediakan bagi mengemaskini lagi aplikasi yang terdapat dalam Windows Seven. Jika dilihat pada imej sebelah, aplikasi ini menyediakan tujuh software iaitu:
1) Windows Live Call
2) Windows Live Family Safety
3) Windows Live Mail
4) Windows Live Messenger
5) Windows Live Movie Maker
6) Windows Live Photo Gallery
7) Windows Live Writer
Jika anda inginkannya, bolehlah muat-turunnya melalui pautan-pautan berikut:

Friday, April 2, 2010
1 Malaysia, adakah kearah masyarakat yang bermuafakat?
Sebagai warganegara Malaysia, saya berbangga tanah air saya mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Masyarakat yang ditanam sekian lama tema kemurnian, adab dan toleransi oleh pemimpin tidak kira sama ada ia dicanang oleh pemimpin kerajaan mahupun pembangkang menandakan kedua-dua figure ini serius dalam menanam benih cintakan negara berasaskan pemuafakatan. Suasana ini amat dirasai apabila sesebuah negeri memainkan peranan penting untuk menarik pelancong mahupun pelabur berkunjung ke negeri masing-masing. Ketika itu, akan terdapat promosi yang melihatkan bahawa Malaysia "Unik", "Harmoni" "Masyarakat Sopan" dan sebagainya. Perkara ini merupakan inisiatif sendiri oleh bahagian pelancongan bagi setiap negeri mahupun negara bagi mempromosikan negara Malaysia di mata dunia. Ia berterusan sehinggalah sekarang. Namun, disebalik celah slogan-slogan tersebut, rakyat sendiri tertipu dan mula mempersoalkan slogan ini (lebih-lebih lagi waktu sekarang). Manakan tidak, pelbagai isu dan kes yang terpapar di hadapan kita saban hari mengaitkan isu perkauman dan kebobrokan pemimpin malah penjawat awam. Malaysia sama sekali dipandang serong oleh dunia yang lain kerana gagal atau lambat atau lembab menanggani kes yang serius di mana melibatkan isu perkauman.
Apabila isu perkauman ini timbul, rakyat yang celik fikiran iaitu tidak menganggap media massa dan lidah pemimpin sebagai "modal berkuasa" amat-amat ditagih. Kenapa? kerana ia menandakan level fikiran rakyat tersebut adalah matang dan mengambil berat soal isu disekeliling mereka sendiri. Isu perkauman yang bermula dengan Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, mula merebak dari mulut hingga tindakan sehinggalah bertindak membakar tiga buah gereja dan dua masjid!. Sedangkan secara jelas dan berhemat, kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS) adalah kenyataan yang "menerang" bukan "menyerang" dimana, orang bukan Islam, boleh menggunakan kalimah Allah. Saya yakin, keterangan yang telah dikeluarkan oleh beliau bukan berteraskan politik semata-mata bahkan ia menunjukkan kredibiliti beliau sebagai ulamak dalam mengupas isu semasa sekaligus memberi keterangan kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya. Saya juga sependapat dengan padangan Muhammad Sabu dan Tian Chua di mana beliau mengatakan "perkara ini perlu diselesaikan oleh golongan ilmuan dan para ulamak, bukan boleh turun ke jalan raya untuk tunjuk perasaan." Ya betul! itulah ucapan yang bertanggungjawab dan pandai menilai dahulu sebelum bertindak. Yang sedihnya, ada segelintir masyarakat Islam yang tidak menghirau, malah tidak faham. Mereka menggunakan tindakan tunjuk perasaan (selepas solat jumaat) dan terpampang sepanduk "Melayu." Pelik! Adakah kerana polis dan Perdana Menteri sendiri memberi lesen untuk mengadakan demonstrasi atau kerana masih lagi jahil? Mereka yang mengibarkan sepanduk Melayu seolah-olah hanya faham Islam hanya untuk kaum Melayu sahaja di Malaysia. Inilah yang dikatakan tindakan tidak faham dan berulamakkan kepada pemimpin kebangsaan semata-mata.
Isu ini semakin panas dan bergolak apabila berlakunya tindakan menyerang rumah ibadat. Yang ironinya, sehingga sekarang, rakyat tidak tahu siapakah penjenayah tersebut! Walaupun terdapat penangkapan yang dijalankan oleh pihak polis, tetapi belum ada keputusan lagi yang dibuat! Amat malang! Adakah kerana YB Azmin Ali pernah mengatakan penjenayah tersebut disyaki daripada ahli UMNO atau kerana polis lambat menjalankan tugas? Dimana kredibiliti pihak yang berwajib ini menjalankan tugas? Adakah perlu ada "pelincir" dahulu baharulah "nak jalan?" ini yang rakyat kian persoalkan!
Tema Malaysia sebagai negara yang unik dan masyarakat yang sopan dan peramah masih lagi gelap dimata dunia apabila kes penangkapan siswa luar negara seperti Negeria dan Timur Tengah yang lain masih lagi tidak selesai bahkan menambah kecelaruan kepada keluarga mangsa sendiri. Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang ditubuh pada tahun 1960 ini, rupa-rupanya bukan disasarkan oleh masyarakat Malaysia yang dituduh pengganas semata-mata, malah warganegara lain turut kena tempias sama! Lebih malang lagi, ia hanya penangkapan dan tuduhan semata-mata, tiada bukti yang sabit kesalahan mereka bersalah! Adakah ini tindakan Najib Abdul Razak selepas beliau mengatakan akta ini akan dikaji semula selepas daripada beliau naik tampuk pemerintah nombor satu negara? Jika begini, baik rakyat berundang-undangkan rimba! Bagaimanakah agaknya kesudahan penangkapan ini?
Tema yang saya sebutkan di atas tadi, diamati sekali lagi dan terpaku dengan konsep baru yang dicanang oleh Najib Abdul Razak. Konsep ini, malah sehingga ia diistilahkan "gagasan" menjadikan ia konsep besar dimata masyarakat. Namun, bukankah Perdana Menteri ini tidak berfikir, rakyat bukan dahaga atau laparkan konsep baru. Rakyat hanya dahagakan tindakan! Bukan retorik, bahkan tindakan yang perlu diutamakan! Setiap kali bertukarnya Perdana Menteri, akan ada di sana konsep yang diuar-uarkan. Itu tak salah, malah merupakan nafas baru kepada rakyat. Tetapi, yang dipersoalkan adalah tindakan. Sehingga sekarang, saya menganggap konsep ini hanyalah retorik semata-mata bahkan konsep yang paling memalukan kerana ditengah-tengah ia digagaskan, isu perkauman pula terjadi. Amat malang!
Hah! saya tidak tahu nak sudahi artikel ini dengan ayat yang sesuai. Biarkan saya tinggalkan pembaca dalam keadaan tergantung dan berfikir. Apa yang boleh kita lakukan, berdoa dan teruskan berfikir secara ligat dan matang. Yang penting, jangan lagi kita termakan dengan ucapan sahaja tanpa perilaku yang mengiakannya.

Wednesday, January 13, 2010
DDR3 VS DDR2: Adakah berbaloi meningkatkannya?
Hal ini sewaktu ketika dahulu, kami (build gaming computer website) pernah menulis artikel mengenai perbandingan antara DDR2 dan DDR RAM. Sekarang, dengan pelancaran teknologi DDR3 yang baru, sudah sampai masanya kita melakukan perbandingan antara DDR3 dan DDR2 dan memutuskan apakah itu benar-benar layak untuk meningkatkan sistem yang kita sedia ada sekarang (DDR2). Selain perbezaan dalam kedudukan takik kunci, DDR3 RAM juga diproses dalam kadar frekuensi yang lebih tinggi daripada DDR2 RAM. Spesifikasi yang diberikan oleh JEDEC memberikan lebih banyak kelebihan dan prestasinya.
Perbezaan antara DDR2 dan DDR3
Pada rekabentuk yang umum, baik DDR3 dan DDR2 ia menggunakan 240 pin. Namun begitu, anda boleh melihat perbezaanya melalui kedudukan takik kunci yang menghalang pengguna daripada salah memasukkan jenis RAM ke motherboard mereka. Anjakan kedudukan takik kunci DDR3 juga bererti bahawa tidak serasi dengan DDR2 dan slot DIMM yang berasingan mesti digunakan. (Perhatikan gambarajah pertama) Apabila standard JEDEC menetapkan untuk DDR2 RAM, ia tidak pernah bertujuan untuk membuatnya lebih 800MHz. Spesifikasi rasmi menyatakan bahawa kelajuan proses ke DDR-400, DDR2 400-800, dan DDR3 800-1600. Kerana kenyataan bahawa DDR2 800 dan 1066 (sebuah versi overclock DDR2 800) ada, DDR3 800 dan 1066 akan menjadi tumpang tindih dengan kelajuan DDR2. Dengan demikian, hanya 1333 yang pertama mempunyai kelajuan DDR3 lebih baik frekuensi / kelajuan prestasi di atas DDR2 RAM.
Sementara perbezaan antara DDR1 dan DDR2 RAM terletak pada frekuensi pendua bus, DDR3 bekerja dengan menggandakan data prefetch. Hal ini dicapai dengan menggandakan 8 dalaman bank. Setiap dalaman bank boleh memproses 1 bit data. DDR2 SDRAM mempunyai hanya 4 bank dalaman dan muat 4-bit sampel, DDR3 SDRAM menggunakan dalaman 8 bank-bank untuk melaksanakan 8-bit prefetch. Kesan dari bank dalaman tambahan bererti bahawa DDR3 SDRAM boleh melipat-gandakan kelajuan pemindahan data tanpa perlu membuat perubahan ke reka-bentuk aslinya.
Keuntungan lain dari DDR3 adalah keperluan voltan yang sedikit. Tegangan yang diperlukan untuk DDR3 adalah 1.5V dimana 16% pengurangan berbanding voltan DDR2 iaitu 1.8V. Ini boleh diterjemahkan kepada 30% pengurangan konsumsi daya dibandingkan dengan RAM DDR2 yang beroperasi pada kelajuan yang sama. Tambahan pula, daya built-in-power pemuliharaan DDR3 seperti refresh separa dan thermal sensor, boleh memungkinkan penjimatan sistem kuasa lebih lama dengan fungsi kitaran minimal iaitu ketika sistem dalam proses kerja.
Namun, satu perkara yang menyebabkan pemain computer (gamer) beralih kembali kepada DDR2 RAM ialah kerana harga DDR3 RAM. Kapasiti 1GB RAM DDR3 1066MHz ketika ini dijual lebih daripada 200 dolar Amarika, yang merupakan dua kali ganda harga sebuah RAM 1GB DDR2 1066MHz. Meskipun tidak ada perbaikan signifikan DDR3-1066 RAM lebih daripada DDR2-1066 RAM.
Kesimpulan Dalam waktu terdekat ini, tidak dapat tidak bahawa DDR3 bersedia untuk menggantikan DDR2 sebagai standard memori RAM Komputer. Pada saat sekarang ini juga, harga yang kekal hampir tidak membuatnya komponen yang 'mesti-upgrade', kerana kita masih lagi mampu mendapatkan RAM DDR2 pada kelajuan yang sama untuk di bawah harga $ 150. Sehinggalah sampai waktu penurunan harga RAM DDR3 nanti.
DDR: Double-Data-Rate

Mengenali kapasiti bit komputer!
Secara ringkas, satu byte adalah unit asas pengukuran simpanan maklumat dalam ilmu komputer. Istilah "byte" berasal dari "menggigit," (bite) seperti dalam jumlah terkecil data komputer dapat "menggigit" sekaligus.
Istilah byte dicipta oleh Dr.Werner Buchholz pada bulan Julai 1956 iaitu fasa awal reka bentuk untuk IBM Stretch komputer. Pada awalnya, ia ditakrifkan dalam penggunaan oleh sebuah 4-bit ukuran byte-field, yang membolehkan satu bit kepada 16 bit. Kemudian ia dirasmikan atau diterima pakai sebagai standard oleh System/360.
B = 1 Byte = 8 bit
KB = kilobyte = 2 ke-10 kekuatan = 1,024 bytes
MB = Megabyte = 2 ke-20 = 1.048.576 byte
GB = GigaByte = 2 hingga 30 = 1073741824 bytes
TB = Terabyte = 2 ke-40 = 1.099.511.627.776 bytes
PB = PetaByte = 2 ke-50 = 1.125.899.906.842.624 bytes
EB = ExaByte = 2 ke-60 = 1.152.921.504.606.846.976 bytes
ZB = ZettaByte = 2 untuk ke-70 = 1.180.591.620.717.411.303.424 bytes
YB = YottaByte = 2 hingga ke-80 = 1.208.925.819.614.629.174.706.176 bytes

Apakah Blu-ray?
Blu-Ray (bukan Blue-ray) juga dikenali sebagai Blu-ray Disc (BD), adalah nama dari generasi selepasnya iaitu format cakera optik yang dikembangkan bersama-sama oleh Blu-ray Disc Association (BDA), sekumpulan elektronik terkemuka di dunia yang menghasilkan komputer peribadi dan pengilang media (termasuk Apple, Dell, Hitachi, HP, JVC, Motorola, Mitsubishi, Panasonic, Pioneer, Philips, Siemens, Sharp, Sony, TDK dan Thomson). Format ini dikembangkan untuk membolehkan rakaman, menulis ulang dan main balik video definisi tinggi (HD), serta menyimpan data dalam jumlah besar. Format ini menawarkan lebih daripada lima kali kapasiti simpanan DVD biasa dan boleh menyimpan sehingga 25GB pada single layer disc dan 50GB pada dual-layer disc. Kapasiti tambahan ini dikombinasikan dengan penggunaan keunggulan video dan audio codec yang menawarkan konsumen pengalaman HD yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Meskipun saat ini teknologi cakera optik seperti DVD, DVD ± R, DVD ± RW, dan DVD-RAM bergantung pada laser merah untuk membaca dan menulis data, format baru yang diperkenalkan ini adalah sebaliknya iaitu menggunakan laser biru-violet sebagai gantinya, maka nama yang diberi ialah Blu-ray. Walaupun jenis laser yang digunakan, produk-produk Blu-ray ini tetap dapat diserasikan dengan CD dan DVD melalui penggunaan BD / DVD / CD yang sama unit pickup optik. Keuntungan menggunakan laser biru-violet (405nm) adalah bahawa ia memiliki panjang gelombang lebih pendek dibandingkan laser merah (650nm), yang membolehkan anda memfokuskan laser spot dengan lebih presisi. Hal ini memungkinkan data akan dapat dikemas secara lebih ketat dan disimpan di ruangan sempit, jadi ia mungkin dapat memuatkan lebih banyak data pada disk meskipun saiz yang sama seperti CD / DVD. Ini selaras dengan perubahan aperture pada kadar 0,85 bertujuan untuk memungkinkan Blu-ray dapat mencakupi kapasiti 25GB/50GB. Perkembangan terbaru oleh Pioneer telah mendorong kapasiti simpanan 500GB pada satu cakera dengan menggunakan 20 lapisan.
Blu-ray saat ini disokong oleh sekitar 200 syarikat elektronik terkemuka di dunia, komputer peribadi, penulisan media, video game dan syarikat-syarikat muzik. Format ini juga mempunyai sokongan daripada semua studio Hollywood dan studio-studio kecil yang tak terhitung jumlahnya sebagai pengganti format DVD untuk masa ini. Banyak studio juga mengumumkan bahawa mereka akan mula meluncurkan filem baru di Blu-ray Disc pada hari-dan-masa disamping pengeluaran DVD.
Monday, December 14, 2009
Run Administrator - Compatibility Mode
Bagi mereka yang mengalami masalah "Program XP tidak boleh install ke dalam sistem operasi Vista atau Win7" tutorial ini caranya. Apa yang anda perlu lakukan ialah install menggunakan Run Administrator atau Compatibility Mode terlebih dahulu. Mudah sahaja. Sila lihat tutorial di atas.
Creating Yahoo Multi With Regedit
Begitu lama saya menyepi. Tiada apa-apa entri atau bahan yang dimasukkan ke dalam blog ini akibat internet yang tiada di rumah. Hampir tiga bulan juga. Sekarang apabila dah ada, saya kembali lagi dengan tutorial yang keberapa entah ini untuk dikongsi bersama.
Saya muat-naik ke dalam youtube dan embed ke sini kerana prosesnya lebih mudah untuk dilihat oleh sesiapa sahaja. Kalau anda inginkan muat-turun, dipersilakan.
Harap tutorial ini membantu sesiapa sahaja untuk multikan Yahoo Messenger masing-masing.
Saturday, June 13, 2009
Antara keistimewaan Windows 7 ( Masih versi RC )
Tajuk:
Antara keistimewaan Windows 7 ( Masih versi RC ) @ Malaysia
Keterangan:
Ini hanya sebahagian kelebihan Windows 7 berbanding Vista. Saya menggunakan versi RC build 7201.
Bagaimana? Lebih baik daripada Vista bukan? Anda juga boleh memuat-turunnya melalui fail torrent yang disediakan di bawah ini:
32-bit
Klik untuk muat-turun
64-bit
Klik untuk muat-turun
Nombor sirinya:
GG4MQ-MGK72-HVXFW-KHCRF-KW6KY ( 32-bit )
482XP-6J9WR-4JXT3-VBPP6-FQF4M ( 64-bit )
Perhatian!, jangka hayat nombor siri yang tertera ini kemungkinan sehingga Mac 2010 atau sebelumnya sahaja. Dan ia juga tidak mampu mengaktifkan Genuine Microsoft. Jika ingin berpanjangan, kita hanya boleh mengharapkan Windows Seven ini release sepenuhnya kepada versi yang benar-benar stabil untuk kita boleh gunakan ia sepenuhnya. Kini, ia telahpun keluar versi RC ( Release Candidate ) terbaru iaitu 7231. Versi RC mula dikeluarkan kepada umum oleh Microsoft dengan build 6.1.7.100 pada 5.5.2009 yang lepas iaitu kira-kira lima bulan selepas dikeluarkan versi Beta. Walaupun ia sumber tertutup ( Closed Source ), tetapi anda boleh memuat-turun secara percuma di laman web microsoft sendiri iaitu di Technetmicrosoft. Versi RC juga akan tamat tempoh sepenuhnya pada bulan Jun 2010 akan datang dan tanda-tanda tamatnya tempoh ini apabila komputer anda restart atau blank seawal bulan Mac 2010. Jadi, jika anda menggunapakainya sekarang, anda ada tempoh selama 10 bulan lagi ( Jun 2009 hingga Mac 2010 ).
Untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini, anda dinasihatkan supaya membackup semua fail yang berada di drive C atau kesemua drive yang ada dalam pada partition anda. Backup boleh dilakukan dengan memasukkan fail-fail anda ke dalam portable hard disk atau burn ke dalam Cd/DVD. Tetapi, itupun sekiranya anda ingin terus menggunakan versi RC ini kerana kemungkinan tarikh release Versi yang stabil nanti adalah dijangka hanyalah lima bulan sahaja lagi iaitu pada 22.10.2009 nanti.
A PC with these minimum recommended specifications:
- 1 GHz 32-bit or 64-bit processor or higher
- 1 GB of system memory or more
- 16 GB of available disk space
- Support for DirectX 9 graphics with 128 MB memory (to enable the Aero theme)
- DVD-R/W Drive
Please note these specifications could change. And, some product features of Windows 7, such as the ability to watch and record live TV or navigation through the use of "touch," may require advanced or additional hardware.

Thursday, June 11, 2009
Uploader / Downloader Link Checker
Tajuk:
Link Checker untuk Rapidshare dan sebagainya
Keterangan:
Rapidshare, Mediafire, Megaupload dan banyak lagi. Percayalah, anda memang perlukannya!
Skrip untuk Greasemonkeys
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/748
Skrip untuk Rapidshare sahaja
http://userscripts.org/scripts/show/9467
Skrip untuk kebanyakan server downloader / uploader yang lain seperti :
Mediafire, Megaupload, Netload, Megashares, Depositefiles, Easy-share, Vip-file, Yourfilehost
http://userscripts.org/scripts/show/24953
Semoga tutorial ini dapat membantu anda dengan baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)