Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Saturday, February 28, 2009

Kelas Pengajian daripada Unit Tadarus KPKM


















Berita Baik!
Lajnah Pengetahuan melalui Unit Tadarus, akan menganjurkan dua kelas pengajian iaitu: Tahsinul Qiraat
Akan bermula pada :
28 Februari 2009 ( Ikhwah )
01 Mac 2009 ( Akhawat )

Pengajian akan diadakan setiap minggu pada:
Hari : Sabtu ( Ikhwah ) Ahad ( Akhawat )
Waktu : Lepas Asar
Tempat : Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru.

______________________________________

Tajwid
Akan bermula pada :
04 Mac 2009 ( Ikhwah dan Akhawat )

Pengajian akan diadakan setiap minggu pada:
Hari : Rabu ( Ikhwah & Akhawat )
Waktu : Lepas Maghrib
Tempat : Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru.

Sebarang masalah, Sila hubungi:
Othman Siuti : 011-5182284
Asliza Abdullah : 016-3948905

Tenaga Pengajar ( Kedua-dua kelas )
Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim

Kitab dijual ditempat pengajian!

Monday, February 23, 2009

Jadual Kelas Tafaqquh ( KPKM ) 0809



Jadual Pengajian Tafaqquh Fiddin 2009 di RKB

Fasa Pertama

( Update pada 25.2.09 ) Tempat: Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru

Ahad
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Khairul Anuar Ismail ( نور اليقين / شرح الورقات )
Lepas Maghrib = Ustaz Saiful Azuran Mohd Nawi ( جواهر البخارى / تبيان فى علوم القرآن )

Isnin
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Hamdan Mustafa ( كفاية العوام )
Lepas Maghrib = Ustaz Saiful Azuran Mohd Nawi ( جواهر البخارى / تبيان فى علوم القرآن )

Selasa
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Khairul Anuar Ismail ( نور اليقين / شرح الورقات )
Lepas Maghrib = Ustaz Wan Mohd Nor ( تبيان فى آدب حمل القرآن )

Rabu
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Abdul Azib Hussain ( Fiqh )
Lepas Maghrib = Tiada

Khamis
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Ali ( العشمون على متن الأجرومية )
Lepas Maghrib = Ustaz Abdul Azib Hussain ( Fiqh )

Jumaat
Tiada

Sabtu
6.30 - 8.30 Pagi = Tiada
Lepas Maghrib = Ustaz Fakerei Muhayuddin ( Fiqh )

* Jadual mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila hadir ke kelas atau bertanya terus kepada Exco Pengetahuan KPKM ( Ustaz Mohd Tarmizi Ariffin ) untuk mengetahui dengan lebih lancar.

Sunday, February 22, 2009

Seorang terbunuh letupan di Kaherah












Seorang telah terbunuh dan sekitar 19 orang, iaitu kebanyakannya warga tempatan, telah cedera dalam kejadian letupan bom yang telah berlaku berhampiran Masjid Hussin, Kaherah. Pihak polis berkata, seorang yang terbunuh adalah pelancong warga Perancis yang berada di sekitar kejadian tersebut. 19 cedera akibat terkena serpihan batu dan serpihan marmar.

Letupan berlaku kira-kira jam 8.00 malam ( Mesir ) Atau 2.00 Pagi ( Waktu Malaysia ) pada hari ahad, 22 Februari 2009.

Turut cedera adalah pelancong warga Perancis dan Jerman.

"Ia adalah bahan peledak, dan barangkali daripada bom tangan ( Grenade )" Kata polis tersebut. Lumuran darah boleh dilihat di kawasan lapang hadapan Masjid Hussin, hadapan Pasar Khan Al-Khalili. Manakala ledekan kedua tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Penyiasatan Letupan
Kini, pihak polis telah mengawal rapi tempat pengeboman, polis juga menggunakan bantuan anjing pengesan dimana kawasan hadapan masjid itu telah dikosongkan daripada orang ramai.

"Saya sedang solat dan tiba-tiba terdengar letupan besar. Semua kelihatan panik. Kemudian polis datang dan menutup pintu utama masjid, serta mengosongkan kami melalui pintu belakang" Berkata Mohammed Abdel Azim. Dimana beliau setiap masa berada dalam masjid.

Perkara ini belum jelas siapa yang mendalanginya dan menjadikan pelancong sebagai sasaran pengebom. Siasatan sekarang adalah fasa permulaan, lapor wartawan Al-Jazeera cawangan Kaherah, Amr Al-Kahky.

Spekulasi ini rumit kerana ia turut melibatkan warga tempatan sebagai sasaran. Sejarah turut mencatat, kawasan kejadian pernah dibom iaitu pada tahun 2005 di mana 2 orang pelancong terbunuh dan 18 orang telah cedera dalam peristiwa berdarah ini.

Dipetik dan diterjemah daripada Al-Jazeera.

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung