KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.
Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.
Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.
Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.
Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).
Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.
Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.
“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.
“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.
Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.
Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.
Sumber (KLIK)
Huraian ringkas: Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana penyertaan saya di dalam pertandingan reka-bentuk logo Sambutan 20 Tahun Membangun Bersama Islam bagi digunakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan telah diterima sebagai Johan sekaligus merangkul hadiah yang ditawarkan oleh pihak penaja.
Saya tidak menyangkakan ia diterima memandangkan syarat penyertaan itu dibuka umum. Bukan rakyat Kelantan sahaja. Malah seluruh dunia boleh menyertainya. Ini yang menyebabkan saya rasa amat-amat TIDAK SANGKA (susah nak luahkan dengan tulisan dan kata-kata sebenarnya!).
Apa pun dalam hal ini juga, saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih khas untuk Mak dan Ayah yang banyak membantu dalam menguruskan siapa yang akan diwakilkan untuk menerima penghargaan pada majlis perasmian nanti (maksudnya hari ini). Dan berbanyak terima kasih juga khas kepada Azam (Abang) kerana kesanggupan dan susah payah beliau untuk menjadi wakil saya sekaligus menerima penghargaan pada malam itu dan terima kasih kepada Ilham (adik) yang turut ke sana. Begitu juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Faiz, Ikmal dan Amni (adik-beradik) kerana turut menyokong sama usaha yang tak seberapa ini.
Tak dilupakan juga, saya ingin rakamkan berbanyak terima kasih kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) atas dorongan persatuan ini yang saya berada di bawahnya. Tanpa taklifan yang saya terima selama ini, mungkin saya tidak mampu untuk menghasilkan logo ini. Moga Allah ta'ala meluas dan melimpahkan rezeki yang tak terhingga kepada persatuan kebajikan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir ini.
P/s : Duk Mesir ni...nak kongsikan perasaan gembira dengan siapa ye...?
3 comments:
Menarik doh statement tu (huraian ringkas). Mano tahu kalau press nak copy paste lepas ni. Apapun selamat maju jaya dalam mengharungi arus dunia yang bukan secalit fatamorgana-nya. Teruskan bersabar,moga sukses dlm hidup.
"20 tahun kelantan membangun bersama Islam".
Tak tahulah tu ada ker tak org nak ambik statement tu...hehe
Post a Comment