Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Thursday, May 28, 2009

Lukisan gergasi di Gurun Nazca

Photobucket

Lukisan gergasi di Gurun Nazca
Petikan:
CopyPaste

Sebelum terciptanya kapal terbang, tiada siapa menyangka ada suatu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru.

Selama ribuan tahun, misteri itu terus menjadi rahsia yang tidak disedari sesiapa sehinggalah zaman berubah melewati masa dan kemajuan teknologi apabila pesawat mula dicipta. Ketika itu tatkala sebuah pesawat komersial terbang tinggi melintasi gurun berkenaan sekitar 1920-an, juruterbang dan penumpang tergamam melihat pelbagai objek aneh tertera di bumi Peru.

Di hadapan mata mereka, tertera pelbagai lukisan raksasa dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun.

Lukisan yang amat besar sehingga mencapai ratusan meter panjang itu tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara, itupun dari lokasi yang amat tinggi.

Sebaik melihat puluhan objek misteri berbentuk haiwan dan tumbuhan itu, juruterbang dan penumpang berasa hairan dan fikiran masing-masing dipenuhi pelbagai teka-teki.

Lukisan apakah ini? Siapa yang melakar lukisan yang amat besar ini dan apa tujuannya? Sejak bila ia dilukis dan bagaimana dengan bersaiz gergasi, manusia dapat melukis objek itu dengan tepat sehingga membentuk gambar haiwan dan tumbuhan?

Sejak itu, penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca. Ratusan pesawat berterbangan di atas kawasan itu semata-mata mahu melihat dan mengkaji misteri kewujudan lukisan aneh berkenaan. Kajian mendapati ada ratusan lukisan gergasi yang dihasilkan malah ia meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer. Antara objek gergasi yang tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri dan jasad makhluk aneh.

Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu, penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300 tahun lalu iaitu antara 200 Sebelum Masihi (SM) hingga tahun 700.

Akan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan itu atau lakaran objek aneh terbabit sudah dilukis pihak lain sebelum kewujudan penempatan purba berkenaan.

Proses pembinaannya adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek.

Bagaimanapun, misteri yang paling membingungkan penyelidik dan ramai pihak adalah siapa yang melukis lukisan berkenaan dan apakah tujuannya?

Kini pelbagai teori dikemukakan. Paling menarik ialah teori yang mengatakan lukisan aneh Nazca dibina makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba. Dengan teknologi canggih makhluk asing itu, tidak mustahil mereka mampu melukis ratusan lukisan gergasi terbabit.

Melewati masa, makhluk asing meninggalkan tapak pendaratan itu dan kawasan berkenaan dihuni kaum tertentu. Akan tetapi, disebabkan ia hanya dapat dilihat daripada udara, manusia yang menghuni kawasan itu tidak menyedari wujudnya lukisan gergasi berkenaan sehinggalah pesawat dicipta.

Lukisan gergasi itu juga dikatakan dibina sebagai upacara ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah ‘dewa’. Oleh itu terdapat lukisan berbentuk makhluk aneh menyerupai manusia. Pihak lain mengatakan ‘dewa’ yang disembah penduduk purba berkenaan sebenarnya adalah makhluk asing.

Ada pihak percaya misteri di Gurun Nazca itu berkaitan dengan misteri pembinaan piramid dan stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan ‘kuasa’ tinggi di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena ‘fata morgana’.

Teori lain mengatakan lukisan berkenaan dibina sebagai kalendar astronomi sekali gus memperlihatkan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan lakaran itu sudah mengkaji ilmu kaji bintang sejak zaman purba.

Ahli arkeologi dan matematik Jerman, Maria Reiche percaya garisan pada lukisan mewakili arah pergerakan bintang dan planet tertentu manakala gambar labah-labah dan monyet menunjukkan kumpulan bintang Orion dan Ursa Mayor.

Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan itu, suatu ketika dulu. Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di gurun itu.

Satu lagi teori mengatakan penduduk yang menghasilkan lukisan itu sebenarnya sudah membina ‘pesawat’ menyerupai belon udara panas walaupun ketika itu adalah zaman purba dan lukisan itu berupa tapak pendaratan.

Bagaimanapun, sehingga kini, jawapan sebenar kepada tujuan penghasilan lukisan raksasa itu serta teka-teki mengenai siapa yang menghasilkannya, masih kekal menjadi misteri.

FAKTA: Lukisan Gergasi Nazca
Ada lebih 300 lukisan yang berselerak di kawasan seluas kira-kira 500 kilometer persegi.
Lukisan terbesar dilukis dengan saiz panjang 270 meter.
Terletak antara Pergunungan Andes dan Pantai Peru.
Doktor yang juga antropologis tempatan, Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara saintis pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927.

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul




Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Tulisan: Dato' Husam Musa
Petikan: Harakahdaily ( CopyPaste )


Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.

Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan; Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!... ( Klik Read More untuk baca selanjutnya ) Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad. Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau. Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan. Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu. Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!. Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut. Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu. Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan ini, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif. Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan. Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat
hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al-Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy,

Lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu. Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad sama ada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-
Fatih.

Friday, May 22, 2009

Memuat turun file melalui laman web esnips.

Tajuk:
Memuat turun file melalui laman web esnips.

Keterangan:
Memuat turun file melalui laman web esnips sama ada format mp3, video, atau mana-mana dokumen ( folder yang availabe sahaja )


Muat-turun esnips Link Generator ( Flash )
http://www.mediafire.com/?oimzii2rymm

Cara install font ke dalam komputer

Tajuk:
Cara install font ke dalam komputer

Keterangan:
Cara install font ke dalam komputer


Thursday, May 21, 2009

Rename semua file dengan mudah

Tajuk:
Rename semua file dengan mudah.

Keterangan:
Rename semua file dengan mudah. Tak kira gambar atau fail apa sahaja. Folder, Microsoft dan sebagainya. Tapi tutorial ini hanya difokuskan kepada gambar / wallpapers sahaja.


Wednesday, May 13, 2009

Info Kesihatan ( Ubat-ubatan )

Info Kesihatan ( Ubat-ubatan )
Sumber:
Risalah Info Kesihatan
Bil.1
BKTD dan UKTD HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


Sabda Rasulullah s.a.w "Bagi tiap-tiap sakit itu ada ubatnya melainkan mati"
Berkata Humaka' "Mencegah itu lebih baik daripada merawat"

Senarai ubat-ubatan yang boleh digunakan jika anda sakit

Nama ubat: Flustob
Jenis-jenis penyakit: Demam + Hidung berair
Cara pemakanan: 1 biji / 3 kali 1 hari

Nama ubat: Brufen 400
Jenis-jenis penyakit: Demam + Sakit kepala + Sakit tulang + Sakit otot
Cara pemakanan: 1 biji / 3 kali 1 hari lepas makan

Nama ubat: Orafar Loz
Jenis-jenis penyakit: Sakit tekak
Cara pemakanan: Kemam setiap 4 jam

Nama ubat: Osipect
Jenis-jenis penyakit: Batuk berkahak
Cara pemakanan: 1 Sudu besar 3 kali 1 hari selama 7 hari

Nama ubat: Sinecod
Jenis-jenis penyakit: Batuk tidak berkahak
Cara pemakanan: 1 Sudu 3 kali 1 hari selama 7 hari

Nama ubat: Ketofan 50 ml
Jenis-jenis penyakit: Sakit gigi + gusi
Cara pemakanan: 2 Biji 2 kali setiap hari selepas makan

Nama ubat: Solcoseryl Oint
Jenis-jenis penyakit: Pecah bibir + lidah
Cara pemakanan: -

Nama ubat: Vental
Jenis-jenis penyakit: Asma + Sesak nafas
Cara penggunaan: 2 Kali sembur

Nama ubat: Rhinocort
Jenis-jenis penyakit: Resdung + Gatal hidung
Cara penggunaan: Sekali sembur dihidung

Nama ubat: Motilium Tab
Jenis-jenis penyakit: Muntah
Cara pemakanan: 1 Biji 3 kali sehari setengah jam sebelum makan

Nama ubat: Claritien Tab
Jenis-jenis penyakit: Hasasiah / Alahan + Gatal-gatal
Cara pemakanan: Sekali satu biji selama 7 hari

Nama ubat: Elocon cream
Jenis-jenis penyakit: Hasasiah / Alahan + Gatal-gatal
Cara penggunaan: Sapu

Nama ubat: Flagyl 500 ml
Jenis-jenis penyakit: Cirit-birit
Cara pemakanan: 2 Biji setiap hari selama 5 hari

Nama ubat: Buscopan
Jenis-jenis penyakit: Sakit perut
Cara pemakanan: Sebiji setiap 8 jam selama 5 hari ( Semasa perut kosong )

Nama ubat: 100 ml Spray ethylchlorid
Jenis-jenis penyakit: Sakit otot + Kejang otot
Cara penggunaan: Spray ditempat yang sakit


Nama ubat: Vitacid
Jenis-jenis penyakit:Demam panas + Selesema + Tambah tenaga
Cara pemakanan: Larutkan dalam air dan minum


Untuk peringatan:
Setiap ubat yang diambil pastikan bertepatan dan bersesuaian dengan sakit yang dihadapi. Sebagai langkah keselamatan, anda diminta mendapatkan nasihat doktor dan mereka yang arif terlebih dahulu.

Usaha mencari penawar adalah kewajipan bagi mereka yang sakit dan pergantungan sepenuhnya bukanlah pada doktor mahupun ubat yang dimakan, namun ia adalah wasilah yang perlu kita usahakan dan kepada Allah s.w.t jua sebaik-baik pergantungan dan Dialah Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Cara Backup Bookmarks Mozilla anda

Tajuk:
Cara Backup Bookmarks Mozilla anda

Keterangan:
Sayangkan bookmark yang ada dalam browser Mozilla Firefox tetapi dan tidak mahu kehilangannya? Cubalah backup. Di sini saya buatkan tutorial untuk backup semua website yang anda save dalam bookmark. Easy enough to understand. Play it!

Kesungguhan kempen Islam daripada ICNA Amerika.


Apakah perkara yang perlu saya tahu?
Iklan pada bas oleh iCNA

Dipetik dan diterjemah daripada http://www.icnabay.us

" WhyIslam bus campaign, You deserve to know! " adalah bermula pada 9 Februari 2009 yang lalu. Sebanyak 140 iklan atau lebih telah dikempen oleh MUNI bas di San Francisco.

Pertanyaan:
Apa yang dimaksudkan oleh " You deserve to know " Adakah ia untuk menarik minat, unik, sebagai nama projek? Teknik publisiti? Apakah makna yang merujuk kepada " you deserve to know " itu sendiri. Apa sebenarnya yang perlu saya tahu?

Jawapan:
" You deserve to know " adalah merujuk kepada perkara yang semestinya seseorang perlu tahu apakah Islam itu sebenarnya. Ia juga merujuk, sesiapa sahaja perlu sedar dewasa ini acuan yang ingin popular mengenai kepercayaan penganut Islam mula beransur-ansur hilang, maka penerangan dan penjelasan agama ini merupakan kewajipan terhadap muslim yang lain.

Pertanyaan:
Apakah 877-Why-Islam?

Jawapan:
Projek ICNA 877-Why-Islam adalah rintisan daripada perkara dimana pembawakan ini dikemaskini supaya lebih baik untuk memahamkan Islam kepada yang lain dan untuk menjelaskan salah anggap / salah faham mengenai Islam.

Daripada aktiviti pelekat, temuduga di stesen radio, iklan di bas dan dengan melalui bandar metropolitan yang berbeza dan sekitar New York Subway, ICNA terus memperkenalkan agama Islam. Usaha ini menjangkau jutaan manusia yang berada di sana. Semua ingin tahu apakah Islam itu sebenarnya.

Melalui kempen ini:
- Sebahagian yang ingin tahu, mengambil keputusan untuk menghubungi pihak WhyIslam melalui telefon atau dengan melawat ke website WhyIslam itu sendiri.

- Nombor talian 877-WhyIslam akan terus dihubungkan kepada wakil yang akan memberi penerangan kepada pemanggil.

- Sekiranya pemanggil memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat ( Seperti salinan al-Quran, risalah bacaan Islam mengenai apa-apa isu ) ia boleh jua dihubungi melalui E-mail pihak tersebut.

- Jika sesiapa berminat mengunjungi masjid tempatan dikawasan masing-masing dan bergaul dengan orang Islam yang lain, pihak WhyIslam akan menjadi pemudah cara untuk berjumpa dengan komuniti Islam tempatan ini.


Info melalui usaha ini:
- Kempen ini diusahakan oleh Islamic Circle of The Bay Area dengan kerjasama Council on American Islamic Relations ( CAIR ) dan laman web WhyIslam.org. Mereka barada bawah pertubuhan ICNA iaitu Islamic Circle of North America.

- Hasil 4 minggu ( sebulan ) kempen ini dijalankan, sebanyak 600 panggilan telefon dan 6 orang telah mengucap dua kalimah syahadat. Memeluk agama Islam.

- Mereka turut mengiklankan di billboard yang boleh dilihat dilebuhraya Interstate 76, Pennsylvannia.

- Kempen ini dilanjutkan lagi. Ia juga akan melancarkan Sidang Tahunan ke-34 yang membincangkan Krisis Global = Penyelesaian Islam. Persidangan ini pada 23-25 Mei 2009 di Hartford, Convention Center Hartford, Cennecticut. Ia turut membariskan beberapa tokoh iaitu:
1) Maulana Yusof Islahi
2) Dr.Altaf Hussain
3) Dr.Perves Ahmed
4) Dr.Zahid Bukhari
5) Imam Shamsi Ali
6) Imam Hasan Al-Qazwini
7) Dr.Malia Mogaheb
8) Dr.Igtrid Matson

Dan ramai lagi tokoh-tokoh yang lain.

Usaha murni yang dilakukan oleh pihak ICNA perlu mendapat pujian seluruh umat Islam serata dunia dan perlu dikembangkan lagi oleh pihak kerajaan, NGO di negara-negara yang lain, termasuklah Malaysia.

Tuesday, May 12, 2009

Mengubah Skins uTorrent

Tajuk:
Mengubah Skins uTorrent

Keterangan:
Mengubah Skins uTorrent anda. Maaf kerana pada akhir video ini, ada klip yang berulang (Sekejap sahaja ). Tapi tutorial ini dapat disudahi dengan baik. Harap maklum.


Monday, May 11, 2009

Cara mudah alih image.iso untuk BOOT

Tajuk:
Malaysia = Cara mudah membolehkan Image ISO melakukan BOOT ke komputer

Keterangan:
Cara mudah membolehkan Image ISO melakukan BOOT ke komputer menggunakan ISO Burner. Jika anda mempunyai masalah sebelum ini iaitu bagaimanakah ingin meninstall Windows / Ubuntu menggunakan fail image.iso, kini anda tak perlu risau lagi. Lihat tutorial ini. Dengan menggunakan ISO Burner yang bersaiz kecil, ia boleh membantu anda mengextract terus image.iso tadi masuk ke dalam cakera CD atau DVD. Seterusnya, anda pasti boleh meninstall Windows / Ubuntu dengan mudah menggunakan BOOT seperti biasa. Sangat mudah!

Muat-turun ISO Burner
http://www.mediafire.com/?uhezmol4udx

Sunday, May 10, 2009

Mengecilkan saiz gambar menggunakan Paint

Tajuk:
Mengecilkan saiz gambar menggunakan Paint

Keterangan:
Mengecilkan saiz gambar menggunakan Paint. Salah satu trick dan rahsia perisian Paint yang berada di windows.


Saturday, May 9, 2009

Enable Dragging and Dropping

Tajuk:
Kepentingan butan Enable Dragging and Dropping


Friday, May 8, 2009

Soalan sukar dijawab

Soalan sukar dijawab
01. Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?
02. Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?
03. Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?
04. Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?
05. Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?
06. Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?
07. Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F,G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?
08. Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?
09. Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?
10. Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan.

Jangan Marah...Hehe.

Potrait kepada Landscape

Tajuk:
Potrait kepada Landscape ( Microsoft Word 2007 )

Keterangan:
Menukar halaman potrait kepada landscape di Microsoft Word 2007


Menukar nama Google kepada yang lain.

Tajuk:
Menukar nama Google kepada yang lain.

Keterangan:
Menukar nama Google di enjin pencarian Google kepada nama yang lain.


Menukar ejaan Inggeris kepada Arab

Tajuk:
Menukar ejaan Inggeris kepada Arab ( Microsoft Office 2007 )

Keterangan:
Menukar ejaan atau nombor Bahasa Inggeris kepada Bahasa Arab menggunakan Microsoft Office versi 2007


Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung