TAHUN 2 ( 2007/2008 )
UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH
9.30 Pagi
Khamis - 03.1.2008 - Bahasa Inggeris
Khamis - 10.1.2008 - Tarikh Adab
Isnin - 14.1.2008 - Ma’ajim Lughah
Khamis - 17.1.2008 -Fiqh Muamalat
_________________________________
Peperiksaan makin hampir. aku punya karier sebagai seorang penuntut ilmu entah kemana. Jarang sekali sampai sekarang pegang kitab.( Tapi ada juga lah kan.cuma tidak serius ) Urm, wacana pemikiran aku kena ubah sikit. Lumat pemikiran tu kerana mulut kita lumatkan dengan ilmu di kitab. then meresap ke dada. Tiada lagi disana istilah " al-ilmu fil kutub, laisa fis-sudur" aa.. tak mau begini. Tapi yang penting sekarang adalah mengikut fasa pembelajaran dengan berkesan. membaca - memahami - menghafal. disamping tidak lepaskan nafsu dengan mengabaikan perintah Allah Ta'ala.
Yang pastinya muqarrar dah keluar. Kalau malas-malas lagi habislah kan :d heh, macam-macam perkara yang akan berlaku apabila fatrah imtihan bermula. Lebih-lebih lagi sekarang musim sejuk. tapi yang tabah belajar sebenarnya tiada alasan. Yang malas ni aja mencari pelbagai tojahan. Entahlah mengapa...
Baiklah, tumpukan perhatian pada peperiksaan yang makin hampir ni 100% penumpuan. No More Excuse. Ayuh diri sendiri & kawan-kawan yang diluar sana. tidak kira satu jurusan atau berlainan. Nilai ilmu perlu kita faham. Tidak boleh dijual beli dengan nilai masa yang kita selalu buang. Gapailah padanya dengan doa yang selalu beriringan. Be Honest!
0 comments:
Post a Comment