Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Monday, April 19, 2010

Tuesday, April 6, 2010

Penerbitan - Antara kesungguhan atau pengalaman semata-mata (Bahagian II/III)

Pedas yang perlu dirasa
Perkara "terbalik" yang sentiasa berlaku adalah Penyunting, malah Ketua Badan yang mungkin berjawatan sebagai "Pengarah Urusan" pada waktu itu turut sama menyunting bahan yang melibatkan ejaan semata-mata walau perkara ini boleh diselesaikan oleh editorial. Ejaan, tatabahasa malah ayat-ayat yang perlu ditulis contohnya jarang diambil berat oleh editorial. Bahkan ada yang tidak mengambil endah sekiranya artikel yang dipertanggungjawabkan hanya disalin daripada individu lain sepenuhnya (amalan copy-paste). Ini amat mengecewakan. Jika kita bercakap soal kualiti, malah ketulinan fikrah mahasiswa itu sendiri, tindakan juga turut sama mengiyakannya iaitu dengan menghasilkan artikel sendiri, bukan dengan cara plagiarisme. Merujuk tidak salah, kemudian mengambil bahan rujukan tersebut sebagai membantu malah menyokong artikel yang ditulis saya mengganggapnya sebagai percambahan fakta. Itu tidak mengapa bahkan digalakkan. Yang tertolak di sini ialah amalan menyalin secara penuh artikel individu lain, kemudian menyebarkannya tanpa menulis sama nama penulis asal tersebut. Ini yang sentiasa berlaku dalam Penerbitan. Malah saban tahun perkara ini juga yang berulang-ulang.

Sepatutnya Penyunting / Pembaca Pruf yang dilantik hanya melihat kepada permasalahan yang lebih besar iaitu melibatkan tajuk, fakta yang bercanggah dengan etika bahagian Penerbitan dan sekiranya ia menyentuh soal politik Malaysia atau Mesir tanpa asas. Atau melibatkan perkara politik yang "memberatkan" satu pihak sahaja. Malah penyiaran gambar-gambar yang kurang sopan juga ditegah dengan pendedahan aurat sama ada wanita atau lelaki. Perkara inilah yang sepatutnya beredar dibahagian Penyunting. Dengan kata lain, jika ia dapat dilaksanakan, tugas yang terpundak oleh semua krew akan dapat berjalan dengan selancar-lancarnya melalui bidang tugas masing-masing. Pun begitu, untuk menyerahkan bahan mentah tadi kepada Penyunting dan pihak persatuan sendiri (seperti Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM), sebaiknya melalui proses reka-letak dahulu melalui pereka-bentuk. Pereka-bentuk akan menjadikan ia sebagai sebuah buku yang hampir sempurna untuk tatapan Penyunting bagi melihat, dan melakukan proses editing sebaiknya. Dengan menjaga halaman muka-surat, kualiti persembahan, susun atur huruf yang teratur dan mempunyai cover, pereka-bentuk perlulah dalam kalangan yang mempunyai kecenderungan dan minat supaya tugas yang terpundak dibahunya dapat disusun dengan penuh cermat dan beretika.

Kerahan tenaga
Proses menerbitkan bahan makalah ini tidak berhenti di situ sahaja. Selesai penyuntingan artikel dilakukan atau bahan berkenaan yang melibatkan gambar-gambar, ia akan diserahkan semula ke bahagian pereka-bentuk untuk pembetulan terakhir. Di sinilah kesemua tugas-tugas yang selama ini terpundak pada semua krew yang menyediakan artikel akan tertumpu pada pereka-bentuk. Jika ada ralat, seperti isi yang lebih, tidak cukup, hilang atau sebagainya, pereka-bentuk perlu bertanggungjawan atas reka-letaknya itu. Jadi, di sinilah ia perlu cermat, malah bersungguh-sungguh sama untuk membuat recheck terakhir sebelum proses cetakan berjalan. Tidak kisah menggunakan apa-apa aplikasi seperti produk Microsoft, Adobe, Corel atau apa sahaja yang sesuai untuk bidang penerbitan kerana semua ini melibatkan kesesuaian dan kemahiran pereka-bentuk terbabit. Jika mahir kesemuanya, ia merupakan nilai tambah supaya dapat menghasilkan sebuah makalah yang baik, cantik dan tersusun rapi. Apabila berpuas hati, maka proses percetakan boleh dilakukan.

Jika anda pernah terlibat dengan proses cetakan, anda mestilah mempunyai sedikit-sebanyak berkaitan dengan harga, tempat dan format cetakan itu sendiri. Biasaanya jika Suara Kampus, kerana ia merupakan majalah, malah dianggap aktiviti penting sesebuah persatuan, ia dicetak dikilang dengan harga yang begitu besar dalam lingkungan LE 2500-3500. Malah lebih. Ia bergantung pada kuantiti dan saiz majalah itu sendiri. Jika buletin atau makalah picisan seperti risalah, ia hanya melibatkan proses fotostat sahaja tidak melalui pihak kilang. Ketika ini atau selama mana seseorang memegang tugas ini, ia perlu faham dan mempunyai maklumat ini. Jika tidak, perjalanan sebagai seorang "Pegawai Pemasaran" akan dianggap lemah, tidak aktif malah terlepas pandang sama sekali bidangnya sendiri.

Siap cetak sahaja, proses yang wajib dilakukan juga adalah pengesahan cop daripada pihak berwajib seperti PMRAM. Ia akan memudahkan proses edaran supaya dapat diperluaskan oleh pasaran-pasaran yang lain termasuklah untuk mengedar ke cawangan-cawangan lain selain daripada Kaherah. Selain daripada menyentuh isu keselamatan, setiap bahan bercetak yang lain, seperti iklan, pamflet dan sebagainya perlulah mendapat cop pengesahan pihak berwajib dahulu.

Penerbitan - Antara kesungguhan atau pengalaman semata-mata (Bahagian I/III)

Sekadar Picisan?
Walaupun orang kata cibisan, nampak mudah dan hanya sekadar biasa sahaja, hasilnya juga tidaklah hebat dan sebagainya, tetapi itulah penerbitan. Lebih-lebih lagi ia dikaitkan dengan tugasan kita ketika berpesatuan di Mesir. Walau kita mengatakan ia sukar, meletihkan dan pening tetapi orang sekeliling bukan mudah percaya bahkan orang akan melihat cara proses yang dilakukan nampak seperti "goyang kaki." Betulkah begitu? Tidak sama sekali! Seperti saya katakan sebentar tadi, ia memang sukar walau disekeliling anda mempunyai ahli jawatankuasa yang ramai bahkan ditambah dengan pengalaman yang ada tetapi anda akan rasa ia masih lagi sukar. Lebih malang jika tiada minat, usaha dan sabar berpanjangan.

Proses menghasilkan buletin atau majalah seperti Suara Kampus sebagai contoh, memerlukan langkah yang cukup lengkap iaitu daripada pemilihan anggota kerja atau disebut sebagai krew/editorial, sehinggalah kepada mereka yang bekerja untuk reka-bentuk layout dan pemasaran. Seawal proses iaitu pengumpulan tenaga kerja ini terpundak bawah Ketua Editor yang dilantik oleh Ketua Badan atau Lajnah masing-masing.  Kemudian, akan dilakukan mesyuarat untuk membincangkan kertas kerja secara lumat dan sebati dimana persetujuan perlu dicapai dalam beberapa perkara besar melibatkan rubrik atau isi kandungan bagi makalah tersebut. Bunyi sukar? belum lagi...itu hanyalah proses biasa iaitu bermesyuarat. Proses yang mencabar adalah ketika mana artikel yang diperlukan oleh Ketua perlu dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Di sinilah berlaku pelbagai ralat yang memungkinkan proses untuk diterbitkan menjadi masalah, ralat seperti lewat untuk cetak dan sebagainya. Untuk menetapkan tarikh, ketua perlulah memainkan peranan dengan melihat kewajaran sesuatu bahan tersebut dihantar pada tarikh tertentu. Contoh, jika menghasilkan majalah, sudah tentu tarikh dipanjangkan sehingga tiga minggu bahkan sebulan. Apatah lagi, sekiranya kekurangan krew untuk bertindak. Namun, bagi penghasilan bahan penerbitan yang sedikit atau nipis, masa yang diambil hanyalah seminggu atau kurang daripada itu seperti buletin dan risalah. Pendek kata, lihat pada rasional apakah bentuk yang kita nak hasilkan.

Kepenatan yang ditanggung
Proses menerima bahan yang lewat daripada tarikh asal menyebabkan kekalutan yang teramat bagi pihak Ketua Editor. Malah di sini juga, ketua perlu berkorban untuk backup kerja-kerja yang terbengkalai atau tidak dihantar oleh editorial yang lain. Bayangkan jika ada lima orang editorial tidak menghantar artikel, jadi Ketua perlulah menyediakan lima artikel tadi supaya dapat dikumpulkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Bagaimana jika lebih daripada lima? Sukar bukan? Begitulah suka-duka kerja berpersatuan khususnya pengalaman sedia ada sendiri. Pelbagai alternatif perlu difikir dan dilakukan seperti meletakkan tarikh kedua untuk pengumpulan bahan, meminta bantuan Timbalan yang dilantik dan sebagainya yang dikira sesuai supaya bahan yang ditetapkan sebelum ini wujud sebelum proses suntingan dilakukan. Bukan itu sahaja, Ketua juga bertanggungjawab dan berhak menyunting, menambah baik, reject, atau sebagainya mengikut daya dan pengetahuan masing-masing. Bahkan sebaiknya, Ketua turut sama berbincang bersama Penyunting terhadap artikel-artikel yang dihantar. Ia menambahkan kebaikan bagi kesemua pihak kerana terdapat suntingan yang lebih cermat dan baik sekiranya dilakukan secara berkumpulan.

Antara kesukaran tugas Ketua di sini ialah menetapkan atau menyelaraskan artikel yang dihantar mengikut format yang diinginkan seperti saiz fon, format spacing, jenis font dan apa-apa yang terbabit. Walaupun cara dikumpulkan mungkin berbeza iaitu sama ada melalui kemudahan e-mel, bahan softcopy yang disimpan dalam cakera flash, malah ada yang bertaip pada kertas, kesemuanya perlu diambil berat memandangkan tidak semua krew yang dilantik mempunyai pengetahuan yang sama dalam perkara ini. Memadai mereka menghantar, ia sudah cukup lega. Ketua Editor juga perlu menyelaraskan kembali pelbagai butiran yang bersangkut paut sesebuah artikel dengan bahagian kolum tertentu. Ia penting supaya kolum-kolum yang telah ditetapkan sebelum ini tidak bertindan dengan artikel yang tidak sepatut berada pada tempatnya atau mudah kata, salah meletakkan artikel pada kolumnya sendiri. Jika tidak, proses untuk memasukkanya ke layout mungkin menimbulkan masalah lain. Jadi, selepas daripada bahan dihantar, pastikan Ketua Editor menyemak dahulu sebelum menyerahkannya ke Penyunting!

Sunday, April 4, 2010

Lagu Tema Parti Keadilan
















Keadilan!
Keadilan rakyat kita,
Jana arus,
Kami arus perjuangan bangsa,

Keluhuran perlembagaan,
Perpaduan negara,
Masa depan anak Malaysia,

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita,
Diberkati Tuhan,
Memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu...melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,

Membujur lalu...melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia,

Keadilan!
Keadilan rakyat kita,
Jana arus,
Kami arus perjuangan bangsa,

Keluhuran perlembagaan,
Perpaduan negara,
Masa depan anak Malaysia,

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita,
Diberkati Tuhan,
Memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu...melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,

Membujur lalu...melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia,

Membujur lalu...melintang patah,
Keadilan rakyat Malaysia.

Sila klik di sini untuk muat-turun lagu tersebut : KLIK

Saturday, April 3, 2010

Microsoft Office 2010 versi RTM telah muncul!

Microsoft Office 2010, dengan nama kod Office 14, merupakan suite produk bagi Microsoft Windows dan merupakan kesinambungan daripada produk Office 2007 melalui Microsoft Windows. Antara ciri-ciri yang terdapat pada Microsoft Office 2010 ini ialah, keserasian jumlah gambar diperluaskan, pemuka yang dikemaskini (bukan kepada Microsoft Word sahaja) dan pengalaman pengguna yang masih menggunakan sistem operasi seperti Windows XP SP3 (32-bit), Windows Vista SP1, disamping menyokong sistem yang terkini iaitu Windows 7.

Dengan diperkenalkan produk ini, versi 64-bit akan disediakan untuk pertama kalinya, walaupun hanya untuk Windows Vista dan sistem operasi Windows 7 sahaja. Disamping itu, Microsoft telah mengesahkan bahawa Office 2010 ini akan dikeluarkan sekitar tahun 2010 (sekitar bulan Jun). Manakala versi Beta untuk digunakan bagi peringkat pengguna seluruhnya, telah disediakan pada bulan November 2009 lagi.

Office 2010 akan meletakkan kelebihannya sebagai versi online secara percuma seperti Word, Excel, PowerPoint, dan OneNote yang akan mudah beroperasi di web browser yang popular seperti; Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Apple Safari. Versi baru Office seperti Office Starter 2010, akan menggantikan low-end bagi pengguna yang menggunakan Microsoft Works sebelum ini. Turut disediakan ialah, Microsoft bagi suite produk mobile seperti Office Mobile 2010, yang akan dikeluarkan untuk Windows Phone menjalankan operasinya sebagai versi Windows Mobile 6.5 dan Windows Phone 7.

Terdapat juga ciri baru dalam Microsoft Office 2010 seperti Penyambung Sosial (Social Connector). Hal ini membolehkan pengguna, menulis e-mel ketika berhubung dengan keluarga mereka, teman-teman dan rakan sekerja dengan melihat status disamping berkomunikasi dengan individu yang lain. Apabila pengguna melihat e-mel mereka, nama, gambar, dan tajuk akan disediakan untuk orang yang mereka hubungi.

Saya sendiri sedang menggunakannya dengan versi RTM (Release Time Manufacturing) dan hasilnya sehingga kini agak memuaskan. Pemuka yang bertambah baik bahkan ia turut mengemaskini kepada pemuka yang lain seperti Microsoft Publisher dan yang lain-lain. Jika anda berminat untuk mencubanya, bolehlah memuat-turun perisian keluaran Microsoft yang baru ini dengan pautan-pautan yang telah saya sediakan di bawah. Sila muat-turun semua, letakkan dalam satu folder bersama-sama 15 fail berikut, kemudian extract menggunakan Winrar, 7zip atau sebagainya. Oh ya, jangan lupa sila "Run as administrator" (untuk pengguna Windows Vista dan Windows 7) untuk install ke dalam komputer peribadi anda! Selamat mencuba!


- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 01/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 02/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 03/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 04/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 05/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 06/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 07/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 08/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 09/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 10/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 11/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 12/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 13/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 14/15 (Baru!)
- Microsoft Office 2010 RTM 14.0.4734.1000 ProfessionalPlus (32-bit).part 15/15 (Baru!)

Isu Royalti — Cermin tahap pemikiran pemimpin Malaysia

Manusia dikurniakan pelbagai sifat. Marah, suka, minat, cemburu dan sebagainya. Sifat-sifat ini merupakan nikmat yang dicipta khusus kepada manusia supaya ia dapat menggambarkan bahawa makhluk itu ialah manusia, bukan makhluk yang lain. Apabila soal manusia, sudah tentu berbilang kaum sama ada Melayu sebagai bumiputera di negara Malaysia, kaum China, India dan kaum orang asli di pelusuk negeri. Mempersoalkan isu yang dibangkitkan ini iaitu "adakah negeri Kelantan layak menerima royalti" bukanlah isu yang terlalu kritikal sehingga ia boleh diheret ke mahkamah, apatah lagi mahkamah antarabangsa. Tidak perlu sama sekali sekiranya sifat yang ada pada manusia iaitu suka, toleransi dan faham antara satu sama lain, wujud dalam diri pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang. Bahkan istilah "isu royalti" ini sendiri tidak sepatutnya wujud dan berlegar sehingga menjadi perkara besar di Malaysia lantaran ia sudah ditandatangani pada 35 tahun yang lalu diantara Dato' Haji Mohamed bin Nasir (Menteri Besar Kelantan) bersama Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah (Ketua dan Pengerusi PETRONAS) pada waktu itu. Seperti mana juga pandangan beliau yang dilontarkan baru-baru ini ketika memberi penerangan royalti untuk rakyat Terengganu, beliau mengatakan "sepatutnya ia tidak timbul sama sekali sebagai isu kerana ia dah lama selesai iaitu perlu bayar atau tidak, keputusannya, memang PETRONAS perlu membayar kepada Kerajaan Negeri yang terbabit." Walaupun beliau merupakan ahli tegar UMNO dan sebagai pemimpin UMNO sehingga sekarang, tetapi sikap ini harus dipuji dan mendapat respons yang baik memandangkan beliau sendiri yang terlibat mengasas PETRONAS. Namun, Najib Abdul Razak sendiri memberi kenyataan yang dangkal dan tidak berfakta sama sekali ketika parlimen bersidang pada bulan Februari 2010 baru-baru ini di mana kerajaan Kelantan hanya berhak menerima wang ehsan oleh PETRONAS.

Cuba kita renung sejenak dan berfikir dengan waras, berpegangkan fakta yang berada di hadapan mata kita. Apakah tahap yang boleh kita letakkan kepada pemimpin yang sebegini rupa? Saya sama sekali boleh katakan tahap IQnya = 0/10! Jika kenyataan tersebut dibuat, apa guna perjanjian pada tahun 1975 yang lalu? Adakah perjanjian tersebut hanya bertempoh atau ada had tertentu? seperti agama had hari had hari? Atau kerana bimbangkan kerajaan Kelantan akan bertambah maju dek royalti diberikan? Soal jarak yang ditimbulkan iaitu melebihi tiga batu nautika sama sekali tertolak. Dalam perjanjian tersebut, perkara ini tidak timbul bahkan langsung diberikan kepada Kelantan sebanyak 5%. Sekarang saya jelas dapat melihat masih ada ahli parlimen yang tidak mementingkan sama sekali rakyat yang diperintah bawah kawasannya. Kalau sebut Kelantan, sudah tentu mereka mempertahankan hak. Bagaimana pula Terengganu? Baru-baru ini Menteri Besar Terengganu sendiri mempersoalkan kenapa hanya membayar wang ehsan menunjukkan beliau ada taring dan boleh "memakan mangsa" di hadapan. Tapi alangkah kecewa kerana taring tersebut tumpul bahkan mungkin hampir patah hanya kerana penumbuk ahli politik yang seangkatan dengan beliau sendiri apabila soal ini diketengahkan.

Baiklah, kita beralih kepada wang ehsan akibat daripada "Kelantan tidak layak menerima royalti" ini. Kenyataan ini sama sekali mengakibatkan perangai pemimpin UMNO yang selama ini dangkal, menyebabkan ia lebih lagi menampakkan kebodohan mereka sendiri. Cuba kita guna hujah secara logik akal, iaitu "jika Kelantan tidak layak menerima royalti, maka status Kelantan adalah sama dengan negeri-negeri yang lain seperti Selangor, Perak, Perlis, Melaka dan sebagainya, maka serahkanlah kepada negeri-negeri ini wang ehsan sama!."

Sedarilah, jika kerajaan pusat serius dengan gagasan satu Malaysia dan perjuangan Ketuanan Melayu yang dijulang-julang malah menjadi tema seumur hidup UMNO, silakanlah memberi royalti kepada negeri (Kelantan dan Terengganu) ini yang mana hampir 95% berbangsa Melayu! Jika kalian dan juga calon bebas yang menubuhkan PERKASA ini mahu memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu sehingga menjulang-julang keris, nah! Inilah masa kalian! Ingatlah, rakyat memerhatikan tindak-tanduk dan perilaku kalian yang berada di atas ini. Jangan mudah lupa, nampak rakyat yang berada di bawah adalah kecil menandakan kalian besar, bahkan kami sebagai rakyat akan melihat kalian juga kecil jika kami pandang dari bawah ini. Jadi, fikirlah wahai pemimpin yang bertuanankan Melayu! Jadi, jangan marah apabila kami tonjolkan sifat marah ini pada tempatnya nanti!

Aplikasi Windows Live yang perlu anda ketahui

Di sini saya ingin kongsikan dengan sahabat mengenai Windows Live yang disediakan bagi mengemaskini lagi aplikasi yang terdapat dalam Windows Seven. Jika dilihat pada imej sebelah, aplikasi ini menyediakan tujuh software iaitu:

1) Windows Live Call
2) Windows Live Family Safety
3) Windows Live Mail
4) Windows Live Messenger
5) Windows Live Movie Maker
6) Windows Live Photo Gallery
7) Windows Live Writer


Jika anda inginkannya, bolehlah muat-turunnya melalui pautan-pautan berikut:





Friday, April 2, 2010

1 Malaysia, adakah kearah masyarakat yang bermuafakat?

Sebagai warganegara Malaysia, saya berbangga tanah air saya mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Masyarakat yang ditanam sekian lama tema kemurnian, adab dan toleransi oleh pemimpin tidak kira sama ada ia dicanang oleh pemimpin kerajaan mahupun pembangkang menandakan kedua-dua figure ini serius dalam menanam benih cintakan negara berasaskan pemuafakatan. Suasana ini amat dirasai apabila sesebuah negeri memainkan peranan penting untuk menarik pelancong mahupun pelabur berkunjung ke negeri masing-masing. Ketika itu, akan terdapat promosi yang melihatkan bahawa Malaysia "Unik", "Harmoni" "Masyarakat Sopan" dan sebagainya. Perkara ini merupakan inisiatif sendiri oleh bahagian pelancongan bagi setiap negeri mahupun negara bagi mempromosikan negara Malaysia di mata dunia. Ia berterusan sehinggalah sekarang. Namun, disebalik celah slogan-slogan tersebut, rakyat sendiri tertipu dan mula mempersoalkan slogan ini (lebih-lebih lagi waktu sekarang). Manakan tidak, pelbagai isu dan kes yang terpapar di hadapan kita saban hari mengaitkan isu perkauman dan kebobrokan pemimpin malah penjawat awam. Malaysia sama sekali dipandang serong oleh dunia yang lain kerana gagal atau lambat atau lembab menanggani kes yang serius di mana melibatkan isu perkauman.

Apabila isu perkauman ini timbul, rakyat yang celik fikiran iaitu tidak menganggap media massa dan lidah pemimpin sebagai "modal berkuasa" amat-amat ditagih. Kenapa? kerana ia menandakan level fikiran rakyat tersebut adalah matang dan mengambil berat soal isu disekeliling mereka sendiri. Isu perkauman yang bermula dengan Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, mula merebak dari mulut hingga tindakan sehinggalah bertindak membakar tiga buah gereja dan dua masjid!. Sedangkan secara jelas dan berhemat, kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS) adalah kenyataan yang "menerang" bukan "menyerang" dimana, orang bukan Islam, boleh menggunakan kalimah Allah. Saya yakin, keterangan yang telah dikeluarkan oleh beliau bukan berteraskan politik semata-mata bahkan ia menunjukkan kredibiliti beliau sebagai ulamak dalam mengupas isu semasa sekaligus memberi keterangan kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya. Saya juga sependapat dengan padangan Muhammad Sabu dan Tian Chua di mana beliau mengatakan "perkara ini perlu diselesaikan oleh golongan ilmuan dan para ulamak, bukan boleh turun ke jalan raya untuk tunjuk perasaan." Ya betul! itulah ucapan yang bertanggungjawab dan pandai menilai dahulu sebelum bertindak. Yang sedihnya, ada segelintir masyarakat Islam yang tidak menghirau, malah tidak faham. Mereka menggunakan tindakan tunjuk perasaan (selepas solat jumaat) dan terpampang sepanduk "Melayu." Pelik! Adakah kerana polis dan Perdana Menteri sendiri memberi lesen untuk mengadakan demonstrasi atau kerana masih lagi jahil? Mereka yang mengibarkan sepanduk Melayu seolah-olah hanya faham Islam hanya untuk kaum Melayu sahaja di Malaysia. Inilah yang dikatakan tindakan tidak faham dan berulamakkan kepada pemimpin kebangsaan semata-mata.

Isu ini semakin panas dan bergolak apabila berlakunya tindakan menyerang rumah ibadat. Yang ironinya, sehingga sekarang, rakyat tidak tahu siapakah penjenayah tersebut! Walaupun terdapat penangkapan yang dijalankan oleh pihak polis, tetapi belum ada keputusan lagi yang dibuat! Amat malang! Adakah kerana YB Azmin Ali pernah mengatakan penjenayah tersebut disyaki daripada ahli UMNO atau kerana polis lambat menjalankan tugas? Dimana kredibiliti pihak yang berwajib ini menjalankan tugas? Adakah perlu ada "pelincir" dahulu baharulah "nak jalan?" ini yang rakyat kian persoalkan!

Tema Malaysia sebagai negara yang unik dan masyarakat yang sopan dan peramah masih lagi gelap dimata dunia apabila kes penangkapan siswa luar negara seperti Negeria dan Timur Tengah yang lain masih lagi tidak selesai bahkan menambah kecelaruan kepada keluarga mangsa sendiri. Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang ditubuh pada tahun 1960 ini, rupa-rupanya bukan disasarkan oleh masyarakat Malaysia yang dituduh pengganas semata-mata, malah warganegara lain turut kena tempias sama! Lebih malang lagi, ia hanya penangkapan dan tuduhan semata-mata, tiada bukti yang sabit kesalahan mereka bersalah! Adakah ini tindakan Najib Abdul Razak selepas beliau mengatakan akta ini akan dikaji semula selepas daripada beliau naik tampuk pemerintah nombor satu negara? Jika begini, baik rakyat berundang-undangkan rimba! Bagaimanakah agaknya kesudahan penangkapan ini?

Tema yang saya sebutkan di atas tadi, diamati sekali lagi dan terpaku dengan konsep baru yang dicanang oleh Najib Abdul Razak. Konsep ini, malah sehingga ia diistilahkan "gagasan" menjadikan ia konsep besar dimata masyarakat. Namun, bukankah Perdana Menteri ini tidak berfikir, rakyat bukan dahaga atau laparkan konsep baru. Rakyat hanya dahagakan tindakan! Bukan retorik, bahkan tindakan yang perlu diutamakan! Setiap kali bertukarnya Perdana Menteri, akan ada di sana konsep yang diuar-uarkan. Itu tak salah, malah merupakan nafas baru kepada rakyat. Tetapi, yang dipersoalkan adalah tindakan. Sehingga sekarang, saya menganggap konsep ini hanyalah retorik semata-mata bahkan konsep yang paling memalukan kerana ditengah-tengah ia digagaskan, isu perkauman pula terjadi. Amat malang!

Hah! saya tidak tahu nak sudahi artikel ini dengan ayat yang sesuai. Biarkan saya tinggalkan pembaca dalam keadaan tergantung dan berfikir. Apa yang boleh kita lakukan, berdoa dan teruskan berfikir secara ligat dan matang. Yang penting, jangan lagi kita termakan dengan ucapan sahaja tanpa perilaku yang mengiakannya.

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung