Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Tuesday, September 30, 2008

Kad hari raya AJKT dan LPN untuk semua ^_^

PIHAK Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa HEWI KPKM mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh warga Kelantan yang mendiami Mesir ini. Pihak kami turut menyediakan kad hari raya buat kalian semua. Bolehlah memuat-turunkan ke perisian komputer masing-masing. Jangan lupa bertandang ke Rumah Kelantan Baru pada syawal pertama jam 9.00 pagi. Datang beramai-ramai dan meriahkan sambutan syawal di perantauan ini dengan rakan taulan semua!

kad hari raya aidil fitri AJKT & AJKH KPKM [1]


kad hari raya aidil fitri AJKT & AJKH KPKM [2]


kad hari raya Lajnah Penerbitan KPKM 07/08


masih ingat poster yang pernah saya publishkan di blog ini yang mana ia juga bersempena syawal yang di sambut tak lama lagi. Jika lupa, cuba klik di sini [klik]


Friday, September 26, 2008

KPKM berevolusi?

[ klik untuk paparan lebih besar dan lebih jelas ]


TANGGAL
24.9.08 [rabu], bertempat di Dewan Tok Kenali telah dilancarkan satu program yang menjadi titik permulaan kepada perubahan Badan Kebajikan Anak Negeri Kelantan ini. Perubahan tersebut tidak lain, adalah pengubahan logo yang baru dimana ia mencerminkan identiti warga Kelantan yang menuntut di Perlembahan Nil ini. Perubahan ini adalah rentetan daripada keputusan majoriti ahli yang telah melakukan pengundian serta pemilihan sebelum ia diambil kira oleh panel atau urus setia pengubahan logo tersebut

Logo baru ini mula dilancarkan pada majlis Iftor Perdana anjuran rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir selepas menyudahi beberapa slot yang turut diatur pada hari tersebut. Antaranya; (1) khatami 30 juzu' al-Quran (2) Majlis berbuka puasa (3) Solat terawikh berjemaah (4) Dialog bersama pimpinan KPKM dan... (5) pelancaran logo baru KPKM.

Pelancaran logo baru ini turut dirasmikan oleh Wakil Presiden PMRAM iaitu al-Fadhil Ustaz Hanafi Zulkapli (Badan Pengurus PMRAM berjawatan Timbalan Setiausaha Agung PMRAM '08). Sebelum gimik pelancaran dilakukan, beliau turut memberikan ucapan ringkas mengenai peristiwa bersejarah ini. Menjadi harapan beliau, logo yang dipilih dan diganti ini menjadi nafas baru agar KPKM terus cemerlang lagi di masa akan datang. Bukan sahaja kita mengubah logo, tetapi logo yang baru ini mestilah menjadi ukuran yang baik untuk KPKM menjalankan serta menguruskan KPKM ini dengan baik dan tersusun. Beliau dan semua hadirin yang hadir pada malam tersebut kemudiaannya disajikan oleh presentation ringkas mengenai logo yang terdahulu dan keputusan logo baru beserta interpretasinya. Gimik pelancaran ini akhirnya selamat disempurnakan oleh beliau dengan digantung pada dinding Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru.

Pemenang logo, merangkap pengubah dan perekanya adalah tuan milik blog ini sendiri. ^_^ Syukur alhamdulillah, logo tersebut jua diterima dan diguna pakai oleh KPKM. Namun, di sini. saya sendiri ingin mengucapkan tahniah kepada pereka logo yang lain kerana bertungkus-lumus untuk menghantarnya kepada pihak urus setia pertandingan. Bukan mudah untuk menyediakan logo seterusnya membuat undian ini. Tahniah jua kepada kalian!

_______________________________________

Interpretasi logo baru KPKM

KELUARGA PELAJAR-PELAJAR KELANTAN MESIR:
nama penuh persatuan yang menaungi kecaknaan
anak-anak Kelantan di Mesir

LOGO NEGERI KELANTAN:
lambang negeri kelantan tercinta

PADI:
tabur bakti dan jasa melalui kebajikan terhadap seluruh ahli KPKM

PERISAI:
perisai untuk mempertahankan maruah dan kredibiliti ahli KPKM.
merah, putih dan hitam : warna negara mesir yang menjadi tapak
kepada institusi yang dipelajari oleh ahli KPKM

AL-QURAN:
al-Quran sebagai panduan keluarga pelajar-pelajar kelantan mesir yang
mana setiap tindak-tanduk dan gerak kerja mestilah berlandaskan al-Quran

TAHUN:
tahun hijriah dan masihi yang menjadi sejarah tahun penubuhan KPKM

IKATAN:
ikatan: sebagai jalinan mesra seluruh ahli KPKM yang di dasari oleh kesemua
simbol-simbol di atas beserta dengan kewujudan tema KPKM itu sendiri.
KPKM: ringkasan kepada keluarga pelajar-pelajar kelantan mesir

Sunday, September 21, 2008

jom membuang undi logo KPKM baru!

ahli KPKM yang dihormati sekalian,

Kini KPKM telah membuka undian untuk memilih logo KPKM yang baru. Ahli semua bolehlah membuang undi masing-masing di pejabat siswa (ikhwah) dan pejabat HEWI (akhawat). Undian hanya sah dilakukan sehingga 23.9.08 (selasa).
Ngundi ramai-ramai tuh!

sila layari juga http://ekpkm.com

Wednesday, September 17, 2008

Buletin Rasmi KPKM edisi terakhir 07/08 telah dipasarkan!


Buletin yang menjadi lidah rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir telah pun berada di pasaran ( Bil.70 ). Ini adalah buletin terakhir bagi sesi ini. Pihak kami memohon jutaan kemaafan kepada pembaca jika timbul pelbagai ralat berhubung cetakan dan sebagainya pada buletin ini.
Selamat membeli dan membaca. Jadikan An-Naba' sebagai buletin koleksi anda dan ingatlah, ilmu jika ia dibelanjakan, nescaya makin bertambah.

Anda boleh mendapatkannya sekarang di Rumah Kelantan Baru dengan harga LE 3.00 Senaskhah. + Mukasurat bertambah sehingga 80 Mukasurat.

Selamat membaca! dan selamat menjalani ibadah puasa!

" Julang Thaqafah Bakti Dicurah "

_____________________________

Antara yang menarik:

Triple Focus sempena:
Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan di Timur Tengah Kali Kedua [SPEKTRUM II]
Hari Kemerdekaan dan...
Sempena kedatangan ramadhan [versi perubatan]

Arus fikrah siswa & fenomena aqidah [bahagian I & II] a.k.a SPEKTRUM II [ fokus pertama]
sajak: Dimensi Fatamorgana
Apa Erti Kemerdekaan [fokus kedua]
Wawancara bersama al-Jantanie [sambungan edisi #69]
Relevenkah kehidupan tanpa Islam? [An-nabaul Adzim]
Cerpen: Hakikat bagai dinanti
Questions & Answers:CAKNA KESIHATAN DI BULAN RAMADHAN [fokus ketiga]
dan memuatkan pelbagai berita aktiviti KPKM

Jom beli!

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung