IKLAN di atas melihatkan beberapa usaha serius telah dilakukan oleh sahabat saya daripada Shoubra. Hari ini [rabu] adalah hari ke empat mereka bertubi-tubi berlatih di Perkarangan Hayy Asyir, Kaherah. Saya hanya sempat ke sana pada minggu pertama sahaja. Kemudian ada-ada sahaja benda yang menghalang dan hari ini, apabila sempat ke sana, saya terkejut kerana sahabat yang lain mula mengenakan pakaian seragam masing-masing. Hus. Dalam hati ada takjub. Sekurang-kurangnya [sebagai permulaan] latihan pada kali ini boleh menyahut masyarakat setempat di dataran tersebut untuk mendaftarkan diri ke kelab ini. Kemudian kami berlatih corak dan tendangan sebagai perkara asas dalam latihan. Semua maklum, sebarang seni bela diri, banyak perkara yang dititik-beratkan. Gaya melolos diri dari musuh, gaya menggunakan pisau, memecahkan papan dan bata, Sparring dan sebagainya adalah teknik yang perlu pelatih mahirkan. Namun itu akan kami pelajari selangkah demi selangkah kerana latihan belum masuk hari yang matang lagi. Tujuh kali ke atas mungkin dikira matang. Ini baru empat hari kan? Ngee.
Di sini, saya menyarankan agar pembaca yang tertarik dan ada rasa minat untuk turut serta, boleh berhubung di talian yang telah saya letakkan dalam iklan di atas. Atau hantar mesej kepada email rasmi kami di = itfcairo@yahoo.com. Nanti apabila daftar dan mula latihan tu, perlulah istiqamah pula. Bukan apa, kita sendiri yang dapat manfaat dan faedahnya nanti. Betul tak?
Yang berminat, daftarlah segera! Kita jumpa di padang hari sabtu nanti!
0 comments:
Post a Comment