Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Saturday, June 13, 2009

Antara keistimewaan Windows 7 ( Masih versi RC )

Tajuk:
Antara keistimewaan Windows 7 ( Masih versi RC ) @ Malaysia

Keterangan:
Ini hanya sebahagian kelebihan Windows 7 berbanding Vista. Saya menggunakan versi RC build 7201.



Bagaimana? Lebih baik daripada Vista bukan? Anda juga boleh memuat-turunnya melalui fail torrent yang disediakan di bawah ini:

32-bit
Klik untuk muat-turun

64-bit
Klik untuk muat-turun

Nombor sirinya:
GG4MQ-MGK72-HVXFW-KHCRF-KW6KY ( 32-bit )
482XP-6J9WR-4JXT3-VBPP6-FQF4M ( 64-bit )

Perhatian!, jangka hayat nombor siri yang tertera ini kemungkinan sehingga Mac 2010 atau sebelumnya sahaja. Dan ia juga tidak mampu mengaktifkan Genuine Microsoft. Jika ingin berpanjangan, kita hanya boleh mengharapkan Windows Seven ini release sepenuhnya kepada versi yang benar-benar stabil untuk kita boleh gunakan ia sepenuhnya. Kini, ia telahpun keluar versi RC ( Release Candidate ) terbaru iaitu 7231. Versi RC mula dikeluarkan kepada umum oleh Microsoft dengan build 6.1.7.100 pada 5.5.2009 yang lepas iaitu kira-kira lima bulan selepas dikeluarkan versi Beta. Walaupun ia sumber tertutup ( Closed Source ), tetapi anda boleh memuat-turun secara percuma di laman web microsoft sendiri iaitu di Technetmicrosoft. Versi RC juga akan tamat tempoh sepenuhnya pada bulan Jun 2010 akan datang dan tanda-tanda tamatnya tempoh ini apabila komputer anda restart atau blank seawal bulan Mac 2010. Jadi, jika anda menggunapakainya sekarang, anda ada tempoh selama 10 bulan lagi ( Jun 2009 hingga Mac 2010 ).

Untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini, anda dinasihatkan supaya membackup semua fail yang berada di drive C atau kesemua drive yang ada dalam pada partition anda. Backup boleh dilakukan dengan memasukkan fail-fail anda ke dalam portable hard disk atau burn ke dalam Cd/DVD. Tetapi, itupun sekiranya anda ingin terus menggunakan versi RC ini kerana kemungkinan tarikh release Versi yang stabil nanti adalah dijangka hanyalah lima bulan sahaja lagi iaitu pada 22.10.2009 nanti.

A PC with these minimum recommended specifications:
- 1 GHz 32-bit or 64-bit processor or higher
- 1 GB of system memory or more
- 16 GB of available disk space
- Support for DirectX 9 graphics with 128 MB memory (to enable the Aero theme)
- DVD-R/W Drive
Please note these specifications could change. And, some product features of Windows 7, such as the ability to watch and record live TV or navigation through the use of "touch," may require advanced or additional hardware.

Thursday, June 11, 2009

Uploader / Downloader Link Checker

Tajuk:
Link Checker untuk Rapidshare dan sebagainya

Keterangan:
Rapidshare, Mediafire, Megaupload dan banyak lagi. Percayalah, anda memang perlukannya!



Skrip untuk Greasemonkeys
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/748

Skrip untuk Rapidshare sahaja
http://userscripts.org/scripts/show/9467

Skrip untuk kebanyakan server downloader / uploader yang lain seperti :
Mediafire, Megaupload, Netload, Megashares, Depositefiles, Easy-share, Vip-file, Yourfilehost
http://userscripts.org/scripts/show/24953


Semoga tutorial ini dapat membantu anda dengan baik.

Thursday, May 28, 2009

Lukisan gergasi di Gurun Nazca

Photobucket

Lukisan gergasi di Gurun Nazca
Petikan:
CopyPaste

Sebelum terciptanya kapal terbang, tiada siapa menyangka ada suatu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru.

Selama ribuan tahun, misteri itu terus menjadi rahsia yang tidak disedari sesiapa sehinggalah zaman berubah melewati masa dan kemajuan teknologi apabila pesawat mula dicipta. Ketika itu tatkala sebuah pesawat komersial terbang tinggi melintasi gurun berkenaan sekitar 1920-an, juruterbang dan penumpang tergamam melihat pelbagai objek aneh tertera di bumi Peru.

Di hadapan mata mereka, tertera pelbagai lukisan raksasa dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun.

Lukisan yang amat besar sehingga mencapai ratusan meter panjang itu tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara, itupun dari lokasi yang amat tinggi.

Sebaik melihat puluhan objek misteri berbentuk haiwan dan tumbuhan itu, juruterbang dan penumpang berasa hairan dan fikiran masing-masing dipenuhi pelbagai teka-teki.

Lukisan apakah ini? Siapa yang melakar lukisan yang amat besar ini dan apa tujuannya? Sejak bila ia dilukis dan bagaimana dengan bersaiz gergasi, manusia dapat melukis objek itu dengan tepat sehingga membentuk gambar haiwan dan tumbuhan?

Sejak itu, penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca. Ratusan pesawat berterbangan di atas kawasan itu semata-mata mahu melihat dan mengkaji misteri kewujudan lukisan aneh berkenaan. Kajian mendapati ada ratusan lukisan gergasi yang dihasilkan malah ia meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer. Antara objek gergasi yang tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri dan jasad makhluk aneh.

Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu, penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300 tahun lalu iaitu antara 200 Sebelum Masihi (SM) hingga tahun 700.

Akan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan itu atau lakaran objek aneh terbabit sudah dilukis pihak lain sebelum kewujudan penempatan purba berkenaan.

Proses pembinaannya adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek.

Bagaimanapun, misteri yang paling membingungkan penyelidik dan ramai pihak adalah siapa yang melukis lukisan berkenaan dan apakah tujuannya?

Kini pelbagai teori dikemukakan. Paling menarik ialah teori yang mengatakan lukisan aneh Nazca dibina makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba. Dengan teknologi canggih makhluk asing itu, tidak mustahil mereka mampu melukis ratusan lukisan gergasi terbabit.

Melewati masa, makhluk asing meninggalkan tapak pendaratan itu dan kawasan berkenaan dihuni kaum tertentu. Akan tetapi, disebabkan ia hanya dapat dilihat daripada udara, manusia yang menghuni kawasan itu tidak menyedari wujudnya lukisan gergasi berkenaan sehinggalah pesawat dicipta.

Lukisan gergasi itu juga dikatakan dibina sebagai upacara ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah ‘dewa’. Oleh itu terdapat lukisan berbentuk makhluk aneh menyerupai manusia. Pihak lain mengatakan ‘dewa’ yang disembah penduduk purba berkenaan sebenarnya adalah makhluk asing.

Ada pihak percaya misteri di Gurun Nazca itu berkaitan dengan misteri pembinaan piramid dan stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan ‘kuasa’ tinggi di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena ‘fata morgana’.

Teori lain mengatakan lukisan berkenaan dibina sebagai kalendar astronomi sekali gus memperlihatkan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan lakaran itu sudah mengkaji ilmu kaji bintang sejak zaman purba.

Ahli arkeologi dan matematik Jerman, Maria Reiche percaya garisan pada lukisan mewakili arah pergerakan bintang dan planet tertentu manakala gambar labah-labah dan monyet menunjukkan kumpulan bintang Orion dan Ursa Mayor.

Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan itu, suatu ketika dulu. Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di gurun itu.

Satu lagi teori mengatakan penduduk yang menghasilkan lukisan itu sebenarnya sudah membina ‘pesawat’ menyerupai belon udara panas walaupun ketika itu adalah zaman purba dan lukisan itu berupa tapak pendaratan.

Bagaimanapun, sehingga kini, jawapan sebenar kepada tujuan penghasilan lukisan raksasa itu serta teka-teki mengenai siapa yang menghasilkannya, masih kekal menjadi misteri.

FAKTA: Lukisan Gergasi Nazca
Ada lebih 300 lukisan yang berselerak di kawasan seluas kira-kira 500 kilometer persegi.
Lukisan terbesar dilukis dengan saiz panjang 270 meter.
Terletak antara Pergunungan Andes dan Pantai Peru.
Doktor yang juga antropologis tempatan, Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara saintis pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927.

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung