Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Thursday, March 5, 2009

Berita Sahih - Ribena dan Lucozade Ada Kandungan Arak!

Berita Sahih - Ribena dan Lucozade Ada Kandungan Arak!

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit . Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih . Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya" katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Za man Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami".katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. -Agensi

Saturday, February 28, 2009

Kelas Pengajian daripada Unit Tadarus KPKM


















Berita Baik!
Lajnah Pengetahuan melalui Unit Tadarus, akan menganjurkan dua kelas pengajian iaitu: Tahsinul Qiraat
Akan bermula pada :
28 Februari 2009 ( Ikhwah )
01 Mac 2009 ( Akhawat )

Pengajian akan diadakan setiap minggu pada:
Hari : Sabtu ( Ikhwah ) Ahad ( Akhawat )
Waktu : Lepas Asar
Tempat : Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru.

______________________________________

Tajwid
Akan bermula pada :
04 Mac 2009 ( Ikhwah dan Akhawat )

Pengajian akan diadakan setiap minggu pada:
Hari : Rabu ( Ikhwah & Akhawat )
Waktu : Lepas Maghrib
Tempat : Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru.

Sebarang masalah, Sila hubungi:
Othman Siuti : 011-5182284
Asliza Abdullah : 016-3948905

Tenaga Pengajar ( Kedua-dua kelas )
Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim

Kitab dijual ditempat pengajian!

Monday, February 23, 2009

Jadual Kelas Tafaqquh ( KPKM ) 0809



Jadual Pengajian Tafaqquh Fiddin 2009 di RKB

Fasa Pertama

( Update pada 25.2.09 ) Tempat: Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru

Ahad
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Khairul Anuar Ismail ( نور اليقين / شرح الورقات )
Lepas Maghrib = Ustaz Saiful Azuran Mohd Nawi ( جواهر البخارى / تبيان فى علوم القرآن )

Isnin
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Hamdan Mustafa ( كفاية العوام )
Lepas Maghrib = Ustaz Saiful Azuran Mohd Nawi ( جواهر البخارى / تبيان فى علوم القرآن )

Selasa
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Khairul Anuar Ismail ( نور اليقين / شرح الورقات )
Lepas Maghrib = Ustaz Wan Mohd Nor ( تبيان فى آدب حمل القرآن )

Rabu
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Abdul Azib Hussain ( Fiqh )
Lepas Maghrib = Tiada

Khamis
6.30 - 8.30 Pagi = Ustaz Ali ( العشمون على متن الأجرومية )
Lepas Maghrib = Ustaz Abdul Azib Hussain ( Fiqh )

Jumaat
Tiada

Sabtu
6.30 - 8.30 Pagi = Tiada
Lepas Maghrib = Ustaz Fakerei Muhayuddin ( Fiqh )

* Jadual mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila hadir ke kelas atau bertanya terus kepada Exco Pengetahuan KPKM ( Ustaz Mohd Tarmizi Ariffin ) untuk mengetahui dengan lebih lancar.

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung