Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Friday, April 2, 2010

1 Malaysia, adakah kearah masyarakat yang bermuafakat?

Sebagai warganegara Malaysia, saya berbangga tanah air saya mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Masyarakat yang ditanam sekian lama tema kemurnian, adab dan toleransi oleh pemimpin tidak kira sama ada ia dicanang oleh pemimpin kerajaan mahupun pembangkang menandakan kedua-dua figure ini serius dalam menanam benih cintakan negara berasaskan pemuafakatan. Suasana ini amat dirasai apabila sesebuah negeri memainkan peranan penting untuk menarik pelancong mahupun pelabur berkunjung ke negeri masing-masing. Ketika itu, akan terdapat promosi yang melihatkan bahawa Malaysia "Unik", "Harmoni" "Masyarakat Sopan" dan sebagainya. Perkara ini merupakan inisiatif sendiri oleh bahagian pelancongan bagi setiap negeri mahupun negara bagi mempromosikan negara Malaysia di mata dunia. Ia berterusan sehinggalah sekarang. Namun, disebalik celah slogan-slogan tersebut, rakyat sendiri tertipu dan mula mempersoalkan slogan ini (lebih-lebih lagi waktu sekarang). Manakan tidak, pelbagai isu dan kes yang terpapar di hadapan kita saban hari mengaitkan isu perkauman dan kebobrokan pemimpin malah penjawat awam. Malaysia sama sekali dipandang serong oleh dunia yang lain kerana gagal atau lambat atau lembab menanggani kes yang serius di mana melibatkan isu perkauman.

Apabila isu perkauman ini timbul, rakyat yang celik fikiran iaitu tidak menganggap media massa dan lidah pemimpin sebagai "modal berkuasa" amat-amat ditagih. Kenapa? kerana ia menandakan level fikiran rakyat tersebut adalah matang dan mengambil berat soal isu disekeliling mereka sendiri. Isu perkauman yang bermula dengan Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, mula merebak dari mulut hingga tindakan sehinggalah bertindak membakar tiga buah gereja dan dua masjid!. Sedangkan secara jelas dan berhemat, kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS) adalah kenyataan yang "menerang" bukan "menyerang" dimana, orang bukan Islam, boleh menggunakan kalimah Allah. Saya yakin, keterangan yang telah dikeluarkan oleh beliau bukan berteraskan politik semata-mata bahkan ia menunjukkan kredibiliti beliau sebagai ulamak dalam mengupas isu semasa sekaligus memberi keterangan kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya. Saya juga sependapat dengan padangan Muhammad Sabu dan Tian Chua di mana beliau mengatakan "perkara ini perlu diselesaikan oleh golongan ilmuan dan para ulamak, bukan boleh turun ke jalan raya untuk tunjuk perasaan." Ya betul! itulah ucapan yang bertanggungjawab dan pandai menilai dahulu sebelum bertindak. Yang sedihnya, ada segelintir masyarakat Islam yang tidak menghirau, malah tidak faham. Mereka menggunakan tindakan tunjuk perasaan (selepas solat jumaat) dan terpampang sepanduk "Melayu." Pelik! Adakah kerana polis dan Perdana Menteri sendiri memberi lesen untuk mengadakan demonstrasi atau kerana masih lagi jahil? Mereka yang mengibarkan sepanduk Melayu seolah-olah hanya faham Islam hanya untuk kaum Melayu sahaja di Malaysia. Inilah yang dikatakan tindakan tidak faham dan berulamakkan kepada pemimpin kebangsaan semata-mata.

Isu ini semakin panas dan bergolak apabila berlakunya tindakan menyerang rumah ibadat. Yang ironinya, sehingga sekarang, rakyat tidak tahu siapakah penjenayah tersebut! Walaupun terdapat penangkapan yang dijalankan oleh pihak polis, tetapi belum ada keputusan lagi yang dibuat! Amat malang! Adakah kerana YB Azmin Ali pernah mengatakan penjenayah tersebut disyaki daripada ahli UMNO atau kerana polis lambat menjalankan tugas? Dimana kredibiliti pihak yang berwajib ini menjalankan tugas? Adakah perlu ada "pelincir" dahulu baharulah "nak jalan?" ini yang rakyat kian persoalkan!

Tema Malaysia sebagai negara yang unik dan masyarakat yang sopan dan peramah masih lagi gelap dimata dunia apabila kes penangkapan siswa luar negara seperti Negeria dan Timur Tengah yang lain masih lagi tidak selesai bahkan menambah kecelaruan kepada keluarga mangsa sendiri. Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang ditubuh pada tahun 1960 ini, rupa-rupanya bukan disasarkan oleh masyarakat Malaysia yang dituduh pengganas semata-mata, malah warganegara lain turut kena tempias sama! Lebih malang lagi, ia hanya penangkapan dan tuduhan semata-mata, tiada bukti yang sabit kesalahan mereka bersalah! Adakah ini tindakan Najib Abdul Razak selepas beliau mengatakan akta ini akan dikaji semula selepas daripada beliau naik tampuk pemerintah nombor satu negara? Jika begini, baik rakyat berundang-undangkan rimba! Bagaimanakah agaknya kesudahan penangkapan ini?

Tema yang saya sebutkan di atas tadi, diamati sekali lagi dan terpaku dengan konsep baru yang dicanang oleh Najib Abdul Razak. Konsep ini, malah sehingga ia diistilahkan "gagasan" menjadikan ia konsep besar dimata masyarakat. Namun, bukankah Perdana Menteri ini tidak berfikir, rakyat bukan dahaga atau laparkan konsep baru. Rakyat hanya dahagakan tindakan! Bukan retorik, bahkan tindakan yang perlu diutamakan! Setiap kali bertukarnya Perdana Menteri, akan ada di sana konsep yang diuar-uarkan. Itu tak salah, malah merupakan nafas baru kepada rakyat. Tetapi, yang dipersoalkan adalah tindakan. Sehingga sekarang, saya menganggap konsep ini hanyalah retorik semata-mata bahkan konsep yang paling memalukan kerana ditengah-tengah ia digagaskan, isu perkauman pula terjadi. Amat malang!

Hah! saya tidak tahu nak sudahi artikel ini dengan ayat yang sesuai. Biarkan saya tinggalkan pembaca dalam keadaan tergantung dan berfikir. Apa yang boleh kita lakukan, berdoa dan teruskan berfikir secara ligat dan matang. Yang penting, jangan lagi kita termakan dengan ucapan sahaja tanpa perilaku yang mengiakannya.

Wednesday, January 13, 2010

DDR3 VS DDR2: Adakah berbaloi meningkatkannya?

Hal ini sewaktu ketika dahulu, kami (build gaming computer website) pernah menulis artikel mengenai perbandingan antara DDR2 dan DDR RAM. Sekarang, dengan pelancaran teknologi DDR3 yang baru, sudah sampai masanya kita melakukan perbandingan antara DDR3 dan DDR2 dan memutuskan apakah itu benar-benar layak untuk meningkatkan sistem yang kita sedia ada sekarang (DDR2). Selain perbezaan dalam kedudukan takik kunci, DDR3 RAM juga diproses dalam kadar frekuensi yang lebih tinggi daripada DDR2 RAM. Spesifikasi yang diberikan oleh JEDEC memberikan lebih banyak kelebihan dan prestasinya.

Perbezaan antara DDR2 dan DDR3
Pada rekabentuk yang umum, baik DDR3 dan DDR2 ia menggunakan 240 pin. Namun begitu, anda boleh melihat perbezaanya melalui kedudukan takik kunci yang menghalang pengguna daripada salah memasukkan jenis RAM ke motherboard mereka. Anjakan kedudukan takik kunci DDR3 juga bererti bahawa tidak serasi dengan DDR2 dan slot DIMM yang berasingan mesti digunakan. (Perhatikan gambarajah pertama) Apabila standard JEDEC menetapkan untuk DDR2 RAM, ia tidak pernah bertujuan untuk membuatnya lebih 800MHz. Spesifikasi rasmi menyatakan bahawa kelajuan proses ke DDR-400, DDR2 400-800, dan DDR3 800-1600. Kerana kenyataan bahawa DDR2 800 dan 1066 (sebuah versi overclock DDR2 800) ada, DDR3 800 dan 1066 akan menjadi tumpang tindih dengan kelajuan DDR2. Dengan demikian, hanya 1333 yang pertama mempunyai kelajuan DDR3 lebih baik frekuensi / kelajuan prestasi di atas DDR2 RAM.


Sementara perbezaan antara DDR1 dan DDR2 RAM terletak pada frekuensi pendua bus, DDR3 bekerja dengan menggandakan data prefetch. Hal ini dicapai dengan menggandakan 8 dalaman bank. Setiap dalaman bank boleh memproses 1 bit data. DDR2 SDRAM mempunyai hanya 4 bank dalaman dan muat 4-bit sampel, DDR3 SDRAM menggunakan dalaman 8 bank-bank untuk melaksanakan 8-bit prefetch. Kesan dari bank dalaman tambahan bererti bahawa DDR3 SDRAM boleh melipat-gandakan kelajuan pemindahan data tanpa perlu membuat perubahan ke reka-bentuk aslinya.

Keuntungan lain dari DDR3 adalah keperluan voltan yang sedikit. Tegangan yang diperlukan untuk DDR3 adalah 1.5V dimana 16% pengurangan berbanding voltan DDR2 iaitu 1.8V. Ini boleh diterjemahkan kepada 30% pengurangan konsumsi daya dibandingkan dengan RAM DDR2 yang beroperasi pada kelajuan yang sama. Tambahan pula, daya built-in-power pemuliharaan DDR3 seperti refresh separa dan thermal sensor, boleh memungkinkan penjimatan sistem kuasa lebih lama dengan fungsi kitaran minimal iaitu ketika sistem dalam proses kerja.

Namun, satu perkara yang menyebabkan pemain computer (gamer) beralih kembali kepada DDR2 RAM ialah kerana harga DDR3 RAM. Kapasiti 1GB RAM DDR3 1066MHz ketika ini dijual lebih daripada 200 dolar Amarika, yang merupakan dua kali ganda harga sebuah RAM 1GB DDR2 1066MHz. Meskipun tidak ada perbaikan signifikan DDR3-1066 RAM lebih daripada DDR2-1066 RAM.

Kesimpulan Dalam waktu terdekat ini, tidak dapat tidak bahawa DDR3 bersedia untuk menggantikan DDR2 sebagai standard memori RAM Komputer. Pada saat sekarang ini juga, harga yang kekal hampir tidak membuatnya komponen yang 'mesti-upgrade', kerana kita masih lagi mampu mendapatkan RAM DDR2 pada kelajuan yang sama untuk di bawah harga $ 150. Sehinggalah sampai waktu penurunan harga RAM DDR3 nanti.

DDR: Double-Data-Rate

Mengenali kapasiti bit komputer!

Secara ringkas, satu byte adalah unit asas pengukuran simpanan maklumat dalam ilmu komputer. Istilah "byte" berasal dari "menggigit," (bite) seperti dalam jumlah terkecil data komputer dapat "menggigit" sekaligus.

Istilah byte dicipta oleh Dr.Werner Buchholz pada bulan Julai 1956 iaitu fasa awal reka bentuk untuk IBM Stretch komputer. Pada awalnya, ia ditakrifkan dalam penggunaan oleh sebuah 4-bit ukuran byte-field, yang membolehkan satu bit kepada 16 bit. Kemudian ia dirasmikan atau diterima pakai sebagai standard oleh System/360.

B = 1 Byte = 8 bit
KB = kilobyte = 2 ke-10 kekuatan = 1,024 bytes
MB = Megabyte = 2 ke-20 = 1.048.576 byte
GB = GigaByte = 2 hingga 30 = 1073741824 bytes
TB = Terabyte = 2 ke-40 = 1.099.511.627.776 bytes
PB = PetaByte = 2 ke-50 = 1.125.899.906.842.624 bytes
EB = ExaByte = 2 ke-60 = 1.152.921.504.606.846.976 bytes
ZB = ZettaByte = 2 untuk ke-70 = 1.180.591.620.717.411.303.424 bytes
YB = YottaByte = 2 hingga ke-80 = 1.208.925.819.614.629.174.706.176 bytes

Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung