Demo Site

DeviantArt Editor



Anda boleh memuat turun wallpapers di dalam akaun Deviantart Editor ini dengan cara berikut:
1-Klik pada gambar yang anda inginkan
2-Klik "Go to deviantion page"
3-Kemudian klik "Download Image di sebelah kanan page deviantart.
4-Siap!

Wednesday, October 29, 2008

Kewujudan Kelab Taekwon-do di Mesir!

[ klik pada gambar untuk paparan lebih besar 800 x 1132 ]


IKLAN
di atas melihatkan beberapa usaha serius telah dilakukan oleh sahabat saya daripada Shoubra. Hari ini [rabu] adalah hari ke empat mereka bertubi-tubi berlatih di Perkarangan Hayy Asyir, Kaherah. Saya hanya sempat ke sana pada minggu pertama sahaja. Kemudian ada-ada sahaja benda yang menghalang dan hari ini, apabila sempat ke sana, saya terkejut kerana sahabat yang lain mula mengenakan pakaian seragam masing-masing. Hus. Dalam hati ada takjub. Sekurang-kurangnya [sebagai permulaan] latihan pada kali ini boleh menyahut masyarakat setempat di dataran tersebut untuk mendaftarkan diri ke kelab ini. Kemudian kami berlatih corak dan tendangan sebagai perkara asas dalam latihan. Semua maklum, sebarang seni bela diri, banyak perkara yang dititik-beratkan. Gaya melolos diri dari musuh, gaya menggunakan pisau, memecahkan papan dan bata, Sparring dan sebagainya adalah teknik yang perlu pelatih mahirkan. Namun itu akan kami pelajari selangkah demi selangkah kerana latihan belum masuk hari yang matang lagi. Tujuh kali ke atas mungkin dikira matang. Ini baru empat hari kan? Ngee.

Di sini, saya menyarankan agar pembaca yang tertarik dan ada rasa minat untuk turut serta, boleh berhubung di talian yang telah saya letakkan dalam iklan di atas. Atau hantar mesej kepada email rasmi kami di = itfcairo@yahoo.com. Nanti apabila daftar dan mula latihan tu, perlulah istiqamah pula. Bukan apa, kita sendiri yang dapat manfaat dan faedahnya nanti. Betul tak?

Yang berminat, daftarlah segera! Kita jumpa di padang hari sabtu nanti!


Monday, October 27, 2008

myforum [newcomuniti]

[ kewujudan forum bersama blog zestlad85 ]


SAYA cuba menambah pautan baru iaitu myforum di sebelah kanan homepage ini. Atau anda semua boleh klik di sini untuk terus ke capaian forum tersebut. Jom kita bersembang dan menceritakan perkara-perkara berkaitan yang menjadi tajuk utama di forum ini. Oh ya, untuk masuk menjadi ahli forumer, sahabat boleh mulakan dahulu dengan mendaftar diri. Rasanya tidak perlu jelaskan bagaimana. Ia mudah, cuba dulu ya. ^_^

Let's talk! Jika ada cadangan, boleh kemukakan di sana. Untuk buku pelawat, saya akan sediakan sama. Let's roll!

Saturday, October 18, 2008

Konsert Apresiasi Graduan PMRAM '08


SILA edarkan poster ini ke laman blog masing-masing!

Wednesday, October 8, 2008

duty report [muktamar version]

(klik pada gambar untuk paparan lebih besar 1000 x 1415 )
duty.report[DVDrip]AC3.5.1[XviD]2008.zestlad85

Pengarah: zestlad85
Penulis: Hanif Mohamed
Tarikh disiarkan: 12 Syawal 1429H / 12 Oktober 2008 (eygpt)
Aliran: drama
Jalan cerita: mengisahkan 23 insan yang bakal menjalani kewajipan sebagai pimpinan dalam kpkm. Cerita ini penuh suka dan duka, lara dan nestapa. mustapa kamal. erk...

Peringatan: sesuai untuk sesiapa yang ingin mencalonkan diri sendiri untuk jawatan kpkm.

Sunday, October 5, 2008

OPS 2X !

UNTUK makluman semua ahli KPKM, kini pihak Lajnah Pengetahuan dan Lajnah Perumahan melancarkan aktiviti OPS yang melibatkan ahli-ahli KPKM terbabit iaitu:
1) OPS hak milik kitab Maktabah Darul Ulum
2) OPS harta KPKM

Lajnah-lajnah tersebut amat berharap kepada ahli yang pernah meminjam sebarang bentuk peralatan KPKM supaya memulangkan ia selewat-lewatnya 10.10.2008 ini. Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh sahabat, amat kami harapkan.

Untuk paparan lebih jelas, sila klik tetikus pada gambar-gambar di bawah.



[ Iklan Maktabah Darul Ulum ]


[ Iklan Harta KPKM ]



Fan

Feed Galeri

Feed Video

Hits Pengunjung